BELI SET HI-TEA MURAH UNTUK 2 ORANG HANYA RM22 DI FAVE !

Sis Lin
10
BELI SET HI-TEA MURAH UNTUK 2 ORANG HANYA RM22 DI FAVE | Korang tau apa itu Fave? Atau korang dah biasa guna, beli dan redeem di Fave? Yaa bestkan, harga jauh beza dari harga walk in terus ke tempatnya. Sis dah banyak kali guna, beli dan redeem dah. Berbaloi. So kali ni nak share dengan korang. 

Fave yang dahulunya di kenali sebelum ni adalah Groupun, tapi sekarang sudah namanya Fave. Korang boleh donlod di Play Store atau di Apps Store dan setelah itu boleh terus guna tanpa kena register atau bayaran pun, just donlod and guna free. Kalau beli je baru bayo yer hehehe. 

Untuk perkongsian kali ni, Sis nak tunjuk dan rekemen bagi sesiapa yang nak sangat berhi-tea tu dan mampu ikut budget aje, so korang boleh beli set hi-tea yang Sis beli ni di Fave. 

Set Hi-tea ni untuk 2 orang hanya rm22 sahaja, murahkan? kalau bagi 2 orang, so sorang bayo je rm11. Kalau korang beli walk in, harga rm29.90 .

Menunya? 

Kalau dah murah, korang jangan nak bayangkan macam makan hitea di hotel-hotel yang biasa Sis review pulak, yang penuh segala macam menu dan desert. Itu dah harga lain ya, tapi kenyang sampai ke esok hahaha. 

Yang set ini hanya ada certain menu. Terdiri dari 3 jenis menu. Korang boleh pilih antara satu yang korang nak. 

Antaranya: English set, Fusion Set, atau Johorean Set. 
Yang ini nanti Sis cerita di post lain ya. 


Dah nama pun hi-tea, so memanglah dia hidang tea ya. 

Tapi kalau korang nak kopi, boleh bagitau mereka, cumanya kopi tak boleh refill, kalau teh boleh refill ya . 


Set yang depan ni namanya English Set.

Sis rekemen kalau memang korang lapar, bolehlah amik set ni, sebab set dia agak berat juga menunya, ada burger, pizza dan juga scones + 1 teko tea. 

Kalau set fusion, menunya agak simple, banyak desert cokelat aje. Dan set Johorean pun boleh juga Sis rekemen kalau jenis lapar, sebab menunya agak berat, ada roti jala, dan kuih muih tradisional melayu. Tapi ikutlah masing-masing korang nak set apa. 

Oh! Ya, sebelum tu nak bagitau, kalau dah beli, jangan swipe dulu baucernya (kalau beli melalui handphone), sampai sana baru redeem dan swipe. Senang cakap, baca dulu semua cara-cara nak beli dan redeem ya. Malas membaca, salahkan diri sendiri hehehe. 

Dan juga kenalah call sehari sebelum nak pergi ya, untuk booking reservation. 

Di mana Sis? 

Hahaha oh! Lupa nak bagitau kat mana.Hehehehe
Tempatnya di Berjaya Waterfront Hotel Johor @ Palm Lounge tingkat 5. 

View dia sangat cantik korang. Boleh OOTD sampai lebam hahahaha. 

So tunggu apalagi, donlod le cepat FAVE tu di handphone atau di website . 

Sis pun nak membelek, nak cari untuk nak buat facial, urutan dan spa laa, sebelum ni beli 2 jam hanya rm68 sahaja heheheh. Jom kita.. Aah, bukan makan aje boleh beli, spa, facial, urutan badan, percutian, dan juga tiket-tiket taman tema, pun semua ada. Korang beleklah sendiri. 

Yeeee..jangan risau, nanti Sis share yang Sis pergi Hitea tu ya. Jangan risau hehehe.
Esok bizi sikit, nak hantar anak bujang balik Politeknik Mersing dan hadir jemputan kahwin anak kawan . So jumpa nanti ya.

OkBai.


Update!! Lagi gambar dan detail, boleh lihat di page Sis ya ..


Facebook Page: AKU Sis Lin 






P/S: Semalam ku tinggalkan hari 8/2 dengan penuh kegembiraan dan keceriaan. Semalam hari yang indah, dari pagi hingga ke malam 💗


Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Menarik dan murah... Boleh lah nanti me-time dengan husband.. Hehehe... Thanks for sharing

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyeee @IIIya, murah, donlod Fave nanti ya..

      Delete
  2. Replies
    1. Sangat menarik @Julia, jomlah kita sekali pergi jommm

      Delete
  3. Berbaloi sgt, mkn murah di hotel plak tu, kannn.
    Maceh tau, Lin 😍😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesama Kak @Seri, bila lagi kan, next time kita pergi lagi ya...

      Delete
  4. wahhhh.. leh dapat murah ek... cam bestnya nak try nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Mia, beli kat Fave harga lebih murah..Boleh dating dengan Sofea berdua ..

      Delete
  5. Tau dan ada baca gak pasal Fave tapi tak pernah cuba beli coupon kat situ lagi..Sis dah share ni macam menarik plak kan..nak cuba la beli satu dua coupon..leh pi dating

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn, Sis masa dari Groupun dah guna @Suria, lepas tu dia tukar Fave, terus macam-macam dah beli dan redeem hehehe

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!