BISKUT FLORENTINE AZLITA AZIZ, PEMBUKA REZEKI BUAT ADIK SIS | Alhamdulilah itulah kata orang, rezeki tak pernah salah alamat. Hendak seribu daya, taknak seribu macam alasan. Nak kena usaha sikit, baru nampak perubahan dan tambah baik taraf hidup kita, kalau tak memang setakat tu je la rezekinya.
Sebab apa Lin cakap macamtu, sebab di sebabkan resepinya biskut florentine Kak Azlita Aziz ni lah adik Lin buat niaga dan ramai permintaan sampai tak menang tangan. Orang kata, rezeki datang tiba-tiba, adik kata nak cuba meniaga, nak buat kukis untuk tempahan/makan harian, dan dia kata nak mulakan dengan kukis florentine ni. Dan katanya resepi dia ikut 100% resepi Kak Azlita Aziz Masam Manis ni, ternyata memang sedap dan kesukaan semua pelanggan.
Tak sangka setelah di promo dan di war-warkan jualannya, hanya di facebook dan instagram adik, order menderu masuk, sampai tak cukup tangan nak membuatnya, tapi adik tetap melayan semua pesanan, cuma kena ikut turn aje. Kena sabar sikit dan faham keadaan adik. Yelah dia pun ada family, nak urus anak sekolah lagi, ingat secara sambilan aje, sekali tak sangka permintaan tinggi pulak.
Biskut Florentine ni boleh dikatakan macam 'berhantu', sekali makan susah nak berhenti hahaha. macam ada saka. Rata-rata yang order dengan adik, dari sebotol, terus jadi sampai 4 botol dalam masa selang hari aja. Dan ada tu dalam masa sehari dah repeat order, nak itu malam juga hahahaha adeii tak sangka jadi kesukaan ramai.
Mungkin sebab biskutnya memang sedap, rangup, penuh dengan kekacang dan juga kuaci, kena plak ada rasa karamel gitu, tidak terlalu manis, jadi sekali makan, kunyah, memang akan makan terus hehehehe.
Buat masa ni memang adik jual kecil-kecilan dulu, siapa order dulu, dia akan dapat dulu, ikut turn, lagipun oven pun bukanlah besar mana, bukan macam oven kilang tu hehehe. Dan adik pun bagi masa juga nak membuatnya, time malam baru dia buat, siang melayan anak dan Suami aje. Biasalah anak-anak baru nak membesar.
Tapi buat masa ni memang semua permintaan dapat di penuhi. Makin hari makin bertambah ordernya. alhamdulilah..rezeki buat anak-anaknya.
Bagi sesiapa yang nak order bolehlah order. Boleh walk in terus area Kampung Melayu atau COD sekitar Johor Bahru (Caj delivery mengikut kawasan). Kompom sekali cuba pasti korang order lagi hehehe. Siap ada tu pemborong biskut raya pun dah minta nak buat tempahan borong raya, perghhh larat dengan tak larat aje la. Kalau dah rezeki tak kemana kan..
Lyea Dyea/Wak Dolne : +60 17 727 5565 .
Sebotol hanya rm15 sahaha - 24 keping .
Ramai kata adik jual murah, tapi adik kata takpe, dah kira balas balik modal semua, masih ada keuntungan. Jangan tamak, rezeki tu akan berganda datangnya. InsyaAllah ..
Dan kalau nak resepinya bolehlah mencubanya.
Resepi Sis copy and pate dari Blog Kak Azlita Masam Manis.
FLORENTINE COOKIES / KRUNCHY KARAMEL ALMOND
200 gm tepung Florenta
200 gm badam keping
100 gm kuaci hitam
20 gm bijan hitam
Badam dan kuaci di bakar sebentar dalam oven pada suhu 160 C selama 5 minit
Satukan semua bahan dalam bekas
Gaul rata, hingga semuanya bersalut sempurna
Sediakan loyang 14x14 inc, alas loyang dengan kertas kek sahaja
Panaskan oven pada suhu 160C
Tuangkan adunan tadi dalam loyang dan ratakan nipis
Bakar dalam oven selama 10 minit
Sejurus keluar dari oven terus potong kepada kepingan
Simpan dalam bekas kedap udara.
**Cuma dik Sis buat bulat, guna mangkuk cupcake. Bahan dan cara semua sama.
P/S: Suka tengok orang meniaga macam ni, semangat tu lain macam, mudah-mudahan di limpahkan rezeki dan kesihatan yang baik buat adik Sis untuk terima dan penuhi semua order. Aamiinn.
biskut kalau mkn satu mmg nak bertambah2..berhantu punya biskut..haha
ReplyDeleteTau takpe Cik @Nor, tak boleh stop bila makan...hahahaha
Deleteameen ameen ya Rabb! best berniaga ni..mia mesti duk tolong mak dia buat cookies ni kannn
ReplyDeleteHehehee dia buat sorang @Sunah, tak boleh orang tolong, katanya nanti jadi lain hahahaha
DeleteAlhamdulillah,
ReplyDeleteBetul tu sis, mkn biskut ni mmg takleh berenti, hahaha
Kannn Kak @Seri, macam berhantu makan...
DeleteSekali makan sure tak berhenti nak makan lagi..SA suka gak biskut Florentine ni..nak buat senang..tapi malas je yang lebih..murah tu kak adik akak jual..patut ramai order...
ReplyDeleteBetul @Suria, sekali makan susah betul nak stop. Tengok pada bahan dan cara memang senang..cuma rajin dan tak rajin ajer hehehe
Deletesedap ni kalau dapat makan
ReplyDeleteMakan tak boleh nak stop @Nadia ..
Delete