CUACA PANAS, KALAU MAKAN TEMBIKAI LAGI JADI PANAS EK?

Sis Lin
18
CUACA PANAS, KALAU MAKAN TEMBIKAI LAGI JADI PANAS EK? | Betul ke? Kalau dah cuaca panas, makan tembikai makin menjadi panas badan? Entah...Sis pun tak tau. Yang taunya, masa makan tu sejuk aje masuk dalam molot hehehe. 

Dah berapa hari, tekak dan mata asyik terbayang tembikai aja, sampaikan nampak buah kelapa pun Sis ko terbayang tembikai bolat tu hahaha. Parah kan 😆 .

Nak hilangkan ngidam tu, pergi juga ke Kipmart Masai tu, walaupun sebenarnya Sis ko tak suka pergi situ. Kenapa? Sebab ada 'Hantu Gile' hahahahaha. Kerana nak beli tembikai, Sis ko pergi juga. 

Fikir-fikir nak beli sebiji macam banyak beno, siapa aje nak makan sebiji tu, last-last beli ajelah yang dah siap potong, 2 potong rm5. Pun jadilah, walau kata orang, yang dah siap potong tu hasil dari tembikai yang dah benyek, so mereka potong dan jual murah bahagian yang elok.

Alaaa tak kisahlah, janji Sis makan, manis rasanya. 


Semalam malam terus potong makan sepinggan, sambil blog walking, nikmat terasa ko. Licin sepinggan hahahaha. Tengah makan Suami call, bagitau dan ceritalah dengan dia pasal tembikai, terus Suami kata 'baik-baik, kang bangun tau-tau ngompol' , hahahahaha ingat bebudak ke hahahahaha.

Yer ler, dulu kalau arwah MIL Sis selalu cakap, memalam kalau makan buah yang banyak jus, kang malam ngompol (kencing malam) Hahahaha. Tapi ye juga, dekat 3x Sis ko bangun kencing oii..adeii nasib juga sedar, kalau mau jemur tilam Sis ko pepagi hahahaha. 


Nak tau juga, betul ke tak, makan tembikai ni panas? Yang Sis tau, kalau makan tembikai, boleh elak terkena batu karang atau jika dah ada tanda batu karang, makanlah tembikai banyak-banyak. Tapi tak taulah fakta ke auta, hanya kata oranglah. Nak cuba boleh sebab ada yang mencubanya. Dan alhamdulilah berkesan.

Meh kita baca fakta buah tembikai sikit, Sis ko gugel aje. 

Buah tembikai sering menjadi hidangan dalam banyak acara di Malaysia. Dari hidangan menyambut tetamu, semasa berbuka puasa di bulan Ramadan sehingga di majlis perkahwinan. Dengan rasa yang sedap serta mudah didapati, ia menjadi buah pilihan dalam masyarakat Malaysia.

Apakah khasiat buah tembikai  ini? 

1. Kandungan air yang tinggi

Buah tembikai sangat kaya dengan air. Lihat sahaja teksturnya yang lembut dan berair. Memakan buah ini seolah-olah sedang minum jusnya. Lebih-lebih lagi semasa cuaca sedang panas, buah tembikai adalah pilihan yang terbaik untuk menghidrat badan.

2. Baik untuk jantung

Kaya dengan sejenis bahan kimia yang digelar lycopene, ia membantu melindungi sel-sel badan dari kecederaan serta merendahkan risiko penyakit jantung. Fakta ini telah disahkan oleh kajian oleh Purdue University.

Kajian yang dimuatkan di dalam American Journal of Hypertension menemui bahawa tembikai membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dan menurunkan berat badan dalam kalangan obes.

3. Anti-radang

Selain baik untuk jantung, lycopene juga berfungsi sebagai anti-radang. Ia membantu dengan mengurangkan keradangan di dalam badan. Semasa anda sakit disebabkan apa-apa penyakit, radang berlaku di bahagian-bahagian tertentu di dalam badan anda. Buah tembikai secara amnya membantu badan anda melawan radang tersebut, seterusnya membantu proses pemulihan dengan lebih baik.

4. Penghadaman

Kandungan serat di dalam tembikai merangsang saluran penghadaman yang lebih sihat.

5. Baik untuk kulit dan rambut

Vitamin A adalah penting untuk kulit dan rambut anda. Ia membantu mengekalkan kelembapan kulit dan merangsang pertumbuhan kolagen. Secawan buah tembikai mengandungi hampir satu perempat dari keperluan harian vitamin A anda.

Sumber : hellodoktor.com 






P/S: Ni tekak nak makan buah kiwi pulak, adoiilaaaaa...ko cacing yang didalam perut, kenapa memacam ye nak makan? Baru dilahirkan ke apa? Hahahahaha 😅


إرسال تعليق

18تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. uih..memang sedap makan tembikai ni time panas²

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn @Rohaida, cuma tulah tak tau, orang kata makan tembikai badan panas? Ye ke x ek..

      حذف
  2. Lain macam plak keinginan tu sis...heheheh...SA pun suka makan tembikai...bagus untuk ibu mengandung jugak kan...banyakkan air ketuban bagi yang ada masalah air ketuban sikit..

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha tekak ni kalau nak makan, terus je beli, kalau tak dapat, memang tak boleh nak tido malam @Suria ..

      حذف
  3. akak ni..saja jer buat org lain mengidam jgk..haha.. sedap weh tmbikai tu..:)

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaa panas-panas kan, sedap uiii makan tembikai kan Cik @Nor ..

      حذف
  4. Pergh! Meleleh air liurku. Malam ni jugak pi cari 🤣

    ردحذف
  5. Demand betul perut sis. Macam2 buah nak 😂

    ردحذف
    الردود
    1. Tau takpe, semalam beli dah nuah kiwi gak @Farah...hehehehe

      حذف
  6. panas-panas makanbuah tmbikai sejuk nyaman tekak

    ردحذف
    الردود
    1. Kannnn tengok panas di luar, makan tembikai dalam rumah, nyaman jeee @Nadia..

      حذف
  7. haah tembikai ni banyak air...sejukkan badan...tapi kalo batuk, jangan lerr makan tembikai..makin teruk nanti katanya,..

    by the way, hantu gile tu ape?

    ردحذف
    الردود
    1. Ooo ye kann @Sunah, kalau batuk je tak boleh kan, bukan makan jadi badan kann..

      حذف
  8. Hurmmmm,, bila cuaca panaih lit lit ni lerrr semua buah nampak sedap kan.. Sekali dpt tembikai... Boleh kembung ditelannya berkali-kali. Hahahhaa..

    ردحذف
    الردود
    1. Tau takpe, sekarang nampak tembikai mesti beli @Farahain...nyamann masuk anak tekak hehehehe

      حذف
  9. kadang pelik juga kenapa orang tua cakap takleh makan tembikai masa cuaca panas sebab tembikai panas. sedangkan tembikai kan banyak air. jadi nya apa petua orang tua tu, kadang boleh diambil kadang tak. camtu lah kot rasa kak ^_^

    ردحذف
    الردود
    1. Tau takpe, memang ada dengar orang kata macamtu, makan tembikai banyak nanti panas dalam @Umi, tapi tak tau nak kata amacam mana, ye ke tidak...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!