HADA LABO TU SIS KO TAU PAKAI JE, TAPI TAK TAU BACA | Yee Sis ko belasah pakai je, tapi tak tau baca sepatah harem pun apa dia tulis kat situ hahahaha. Apakah korang sama dengan Sis, hanya tau pakai dan dengar dari promoter menjualnya aje? Hahahaha.
Bahenol! Bahenol! Bahenol!
Sebelum ni memang tak tau pun pasal Hada Labo ni, tapi Sis memang pernah tengok sebab anak yang pakai. Dan pernah belikan pencuci muka untuk anak sewaktu bercuti ke Korea dulu. Dia pakai 1 set. Ada juga dia bagitau suruh Sis cuba, tapi tengok harga dia, kuss semangat, urut dada kejap hahaha. Tapi nak di jadikan cerita, sewaktu balik dari Belitung, muka Sis ko gelap seluruh alam menyaksikan kesyahduan, dek sebab sunburn, dan maka dengan itulah Sis ko tersedar dan akhirnya mengalah membeli dan mencuba memakai Hada Labo ni.
Yang bestnya, minta Suami sponsor hahaha. Alhamdulilah rezeki, Suami bagi rm200. Okay esoknya juga pergi membeli. Sesampai di Watson, belek punya belek, apa ke halnya satu haper Sis ko tak faham nak membaca pada botol dan juga kotak Hada Labo ni hahahaha. Naik juling juga nak faham. Sekali bahasa Jepun daaa..
Tapi nasib juga pergi dengan kawan Sis, dia pulak memang lama pakai Hada Labo, maka dengan itu, dialah yang tolong pilihkan dan juga translatekan untuk Sis. Pembantu jualan tu pun menolong gak, tapi Sis ko haremm tak faham, main angguk-angguk aje laa hahaha.
Okay yang nilah kawan Sis rekemen Sis pakai. Sebab dia pun pakai yang sama dan usia kami sama, juga kulit muka kami tiada masaalah.
Meh tengok apa yang Sis pakai sehingga sekarang. Dah hampir 3 bulan pakai, alhamdulilah kulit nampak okay.
Yang ni pencuci mukanya.
Sis pilih Softening & Whitening Face Wash
Picit sikit, guna dan cuci di muka, lepas cuci aje rasa lembut dan segar kulit muka. Sis sukakannya.
*Apa dia tulis tu Sis ko pun tak faham hahahah.
Lepas cuci aje, Sis pakai dulu mousturiser Yarra Sis. Dan lepas tu Sis pakai toner Sis, then baru Sis pakai yang ini.
Yang ni namanya Hada Labo Lifting & Firming Lotion (Rich)
Umur dah banyak ni, so pakailah yang jenis untuk menganjalkan kulit. Best pakai dia, Sis suka. Sis pakai siang dan malam.
Dan lepas tu baru Sis pakai Hyrating Cream ni. Yang ni untuk apa, Sis ko dah lupa, masa beli ingat, sekarang masa menaip dah lupa hahahaha.
Tengok kat bekas tu, memang satu benda tak ku faham. Korang faham ke? Hahahahaha.
Review Ringkas :
Sis sukakan produknya kerana ianya tidak melekit dan cepat meresap ke dalam kulit. Yang paling penting, kita tidak perlu menggunakan kapas untuk meratakan losyen ke dalam kulit, hanya letak pada tapak tangan sahaja.
Sesuai untuk semua jenis kulit, Losyen Pemutihan Premium Hada Labo bersifat PH seimbang, bebas alkohol, wangian, pewarna dan minyak mineral.
Mengenai Hada Labo:
Hada labo bermaksud makmal kulit dan produk ini berasal dari Jepun. Hada labo memang cukup popular di Jepun. Ada produk hada labo yang terjual setiap dua saat di Jepun.
Fuh! Boleh tahan bukan?
Hada labo dihasilkan berdasarkan sains berteknologi tinggi super hyaluronic acid. Asid hyaluronic (HA) adalah bahan semulajadi yang terdapat dalam tubuh kita yang menarik dan mengekalkan air. Ia bertindak sebagai pelembap atau pelincir pada mata, sendi, kulit dan tisu.
Ketika kita kanak-kanak atau remaja, tubuh kita dengan mudah menghasilkan bahan ini. Namun, seiring dengan peningkatan usia dan pendedahan kulit terhadap sinaran UVA dan UVB, penghasilan hyaluronic acid juga berkurang. Hasilnya kelembapan dan elastisiti kulit berkurang.
Kulit kering mempunyai PH yang lebih tinggi. Manakala produk hada labo mempunyai PH sesuai sekitar 5.0 hingga 6.0. Super hyaluronic acid (SHA) berupaya mengisi semula hidrasi kulit dua kali ganda.
Ada banyak skincare hada labo. Tapi, kita lebih familiar dengan tiga set.
- set untuk kelembapan kulit, ( warna putih )
- set untuk mencerahkan kulit ( warna biru )
- set untuk anti penuaan ( warna merah )
Bila pakai tak rasa pedih langsung, no irritation, and kulit rasa soothing je. Memang best lah. Lagi-lagi bila kulit kita rasa kering kan, tap je kat muka. Fuh! Seronok.
Seriusly untuk kulit yang kering kita suggest untuk korang guna Hydrating Set Hada Labo. Alcohol FREE, Fragrance FREE.
Disclaimer: This is not a paid/sponsored review. Every skin is different. Mungkin untuk setengah orang okay tapi setengah orang pula tak. So try and error jelah kan.
P/S: So far so good Sis pakai, ni dah nak membeli lagi juga ni, jimat juga, dah lebih 3 bulan pakai still masih ada lagi belum beli baru. Korang pernah cuba ke?
Bagus Hada Labo ni wpun mahal tapi jimat berbulan kan...dgr cete org la. . Kita tak pakai ni sebab tak faham labelnya, hahaha..
ردحذفYe Kak @Seri, mahai, Suami bagi rm200 tu, semua sekali Lin beli habis dekat rm160 lebih , tapi berbaloi, tahan lama tak habis-habis lagi ...
حذفkita pun pakai ni...hihihi...tapi pakai set facial wash oil control yang kulit dia kaler biru, dengan hydrating lotion (light) yang botol dia warna putih.. sebab kulit jenis kombinasi..pakai hada labo punya lotion baru serasi dan tak jadi terlalu berminyak...ada rezeki lebih nanti nak beli sekali hydrating water gel dia..pakai 3 benda ni, kulit nampak lebih fresh gitu..
ردحذفcuma ada satu masa tu dalam dilema nak terus pakai ke tak lotion and gel dia, sebab hada labo ni ada paraben..bila da study betul2, lama2 saya teruskan pakai sebab sorang doktor kulit ni cakap, paraben takde isu pun sebenarnya kalau pakai dalam amount yang minima dan tak berlebihan..kalau kita ada alahan pada paraben, haa memang tak digalakkan pakai..
Yup @Sunah, tang paraben tu, kuantiti dalam Hada Labo ni terlalu sedikit aja, sebab dia hanya ada dalam pemutihan aje. Tapi kalau sensitif dengannya, baik tak payah pakai..
حذفSis ko pakailah yang merah sebab merah tu set anti ketuaan hahahaha
eh lagi satu, kita punya label dia bahasa inggeriss..hihihi
ردحذفYe ke @Sunah, kalau yang cream tu ye pada kotak ada BI, kalau yang lain jepun daaaa..hahahaha promoter aje yang terangkan masa beli..
حذفramai review kata haba lobo ni bagus..
ردحذفteringin nakpakai nak dapat kulit macam org korea/jepun.. muka yang bersih sgt
Yup betul, mana-mana Sis baca pun sama, semua kata bagis Mrs @lIez, try laa cuma harga memang agak mahal ..
حذفhambik ko, skali bahasa jepun smuanya..cik nor pun xpaham..haha
ردحذفHahahaha kann @Normi, tau pakai je, baca tak tau hahahaha
حذفTak pernah lagi guna Hada Labo...nanti nak cuba la...dengarnya ramai yang guna dan cakap bagus
ردحذفYee @Suria, Lin pakai pun setelah 3 bulan, baru ni laa nak update dan share kat blog, jadi testimoni sendiri ..
حذفBelum pernah cuba, tingin nak try set yang merah tu.. Maklumlah, dah 4 series 🙈🙈
ردحذفKannn yang merah tu untuk yang umur macam kita ni lee @Nina hehehe so far elok bagus pakai ..
حذفramai pakai hadolabo ni erk..
ردحذفIyerr @Nadia, Sis pun pakai dah 3 bulan baru share ni haaa...
حذفtq sis share pasal hada labo ni..ye lah..satu apa pun tak paham kan apa tulis kat packaging..harap review gini lah dapat membantu.
ردحذفSama-sama @Yaya...betul masa beli tak tau apa tulis, so kenalah banyak research dan tengok review mereka yang dah guna ...
حذف