KEPERCAYAAN ORANG CINA KEPADA WARNA MERAH | Perayaan Tahun Baru Cina datang lagi dan Naga Nian menjelma kembali. Dalam zaman serba moden ini, masih ada ruang bagi masyarakat Cina untuk menyambut hari keraian dengan mengekalkan ciri-ciri tradisional yang terpelihara turun temurun.
Tapi kenapa warna merah menjadi peranan warna utama setiap kali tahun baru cina?
Menurut cerita mitos, Nian adalah seekor raksasa yang akan datang pada hari pertama Tahun Baru Cina sebagai pemangsa yang akan mengorbankan haiwan ternakan serta kanak-kanak. Bagi melindungi diri, orang kampung akan meletakkan makanan di hadapan rumah supaya “Nian” tidak akan menyerang manusia.
Suatu hari, penduduk kampung ternampak “Nian” takut dengan seorang kanak-kanak yang memakai baju merah. Maka, pada setiap Tahun Baru Cina, mereka akan memasang tanglung merah serta membakar mercun dan memakai pakaian merah untuk menakutkan “Nian”. Sejak itu, “Nian” tidak lagi menyerang penduduk kampung tersebut dan difahamkan telah bertukar menjadi gunung “Hongjun Laozu”.
Kepercayaan itu menjadi ikutan dan tradisi sehingga hari ini. Warna merah bukan sahaja dipercayai dapat menghalau roh jahat tetapi membawa keberkatan dan kesejahteraan. Memakai pakaian baru juga merupakan simbolik kepada permulaan tahun baru.
Persiapan sebelum tahun baru cina.
Selain itu, sehari sebelum sambutan tahun baru, masyarakat Cina akan membersihkan rumah. Ia membawa maksud mencuci atau membuang kesemua (nasib malang) dan sebagai persediaan untuk menyambut (nasib baik). Penyapu dan penyodok akan dijauhi supaya nasib baik yang baru tiba tidak akan disapu keluar. Mencuci rambut atau baju juga tidak digalakkan pada hari pertama tahun baru kerana ia juga membawa erti mencuci kesemua nasib baik.
Acara utama sempena sambutan tahun baru pastinya makan malam sehari sebelumnya. Ramai yang menyifatkan ia sebagai makan besar kerana kita akan menjamu makanan yang lebih mahal daripada kebiasaan. Itu ada kebenaran kerana pada zaman dahulu orang miskin hanya akan makan besar setahun sekali iaitu pada tahun baru. Saat ini juga penting kerana merupakan masa seisi keluarga berkumpul untuk menikmati jamuan bersama.
Antara juadah yang menjadi pilihan termasuk ikan, ayam, dumpling, nanas dan sayur-sayuran yang mempunyai sebutan intonasi dengan membawa maksud seperti kesejahteraan, kegembiraan atau pengiraan wang. Ikan contohnya juga akan dibeli dan disimpan dalam peti sejuk serta bekas menyimpan beras diisi penuh dengan membawa maksud rezeki tidak akan putus sepanjang tahun.
Ang Pau selalunya diberikan kepada ahli keluarga selepas makan malam atau pada pagi raya. Wang dalamnya bukan keutamaan tetapi ang pau diberikan sebagai tanda kesejahteraan. Jumlah wang dalam ang pau selalunya adalah nombor genap kerana jumlah nombor ganjil hanya diberikan pada upacara pengkebumian. Anak-anak muda juga tidak digalakkan untuk tidur awal kerana semakin lewat seseorang itu tidur maka ibu bapanya akan lebih panjang umur.
Ramai masyarakat Cina juga mempraktikkan menjamu makanan berteraskan sayur-sayuran pada hari pertama tahun baru kerana tidak mahu membunuh binatang. Malah ada yang tidak mahu menggunakan pisau kerana diyakini akan membawa nasib malang. Tarian singa juga popular dan dijemput bagi menghalau roh jahat daripada sesebuah rumah.
Sambutan tahun baru cina .
Pada hari raya kedua, ia merupakan hari di mana anak perempuan yang telah berkahwin pulang ke rumah masing-masing. Ini kerana pada zaman dahulu, anak perempuan tidak berpeluang untuk pulang ke rumah ibu bapa mereka sekerap yang diingini. Saudara mara yang datang melawat juga akan membawa limau Mandarin dan sebelum pulang mereka akan diberikan semula limau Mandarin.
Hampir setiap hari tahun baru mempunyai maksud tersendiri seperti pada hari ketujuh yang merupakan hari jadi kepada semua orang. Raya Cina akan disambut selama 15 hari atau dikenali sebagai Chap Goh Mei. Dan hari ini juga dikenali sebagai hari Kekasih versi Cina. Sungguhpun banyak tradisi telah diringkaskan mengikut peredaran zaman, namun, kepercayaan asas masih menjadi ikutan dan ia membuatkan sambutan Tahun Baru Cina lebih bermakna.
Dah faham? Bagus ..
Esok raya!!!..
P/S: Meriahlah malam ni dengan mercun...nak tunggu bunga apilah.. :)
pernah dengar pasal kisah nian ni. dari fb jugak rasanya. bestnya sbb ada budaya berbeza kan. meriah sangat.
ReplyDeleteYup, kisah mitos dari dulu hingga sekarang @Eeca ..
DeleteWarna merah banyak oongg maa..
ReplyDeleteYaaa...Ong mesti merah Maaaa @Maria ...
Deletewahhh ilmu baru ni. kisah nian tu, boss saya pernah cerita jugak dulu
ReplyDeleteYup. sampai bila-bila, memang itulah mitos yang sebenarnya @Aisyah ...
Delete