KISAH PISANG DAN JARUM HANTU

Sis Lin
8
KISAH PISANG DAN JARUM HANTU | Pisang emas dibawa belayar, pisang asam dibuat cekodok. Hehehe iyer ler, pisang tu buat apalah nak dibawa belayar, nanti busuk je kan, baik dibuat cekodok dapat juga mencekiknya hahaha. 😅 

Ini pisang asam belakang rumah Emak Sis, belakang rumah Emak memang macam kebun, tapi sekangkang Sis je, kalau sekangkang kera kecik beno, hahahahaha. Ala setakat tanam pisang, pokok belimbing besi, pokok betik, pucuk ubi, lada le, dah entah apa-apa lagi entah, tu pun banyaknya tumbuh secara tak sengaja. 

Makan betik, campak bijik tumbuh pokok betik, makan belimbing, campak biji belimbing, tumbuh pokok belimbing, tapi Sis ko pernah campak biji durian, hareemm tak tumbuhnya pulak durian. Tau-tau pokok pisang yang banyak hahahaha.

Pokok pisang ni pun dah kemain lama punya oi, rasa dah bukan cucu cicit pisang dah, dah masuk entah ke berapa keturunan punya pisang pun tak tau. Dari zaman arwah atuk ada, sampaikan pokok pisang tu pun ada kisah donggeng seramnya huhuhu.


Begini kisahnya ..

Dulu tandas rumah Emak kat belakang rumah, belakang tu memang penuh dengan pokok pisang. Kalau berak, buka pintu, memang akan menghadap pokok pisang tu. Nak jadi cerita, sepupu sepapat ni nak menakutkan kitaorang, dia kata ada hantu kat pokok pisang tu. Katanya kalau berak, nanti hantu tu kacau, bergoyang pokok pisang. Dengar je macamtu, dah memasing penakut nak memberak. 

Masa tu umur Sis dan adik-beradik baru lagi darjah 1/2 macamtu, masih lurus bendul. 

Terus nak di jadikan cerita, sepupu ni kata kalau nak berak bawa jarum dan cucuk kat batang pisang, nanti hantu lari. Dah kata lurus bendul, makanya satu kerja, tiap kali nak berak, bawa jarum. Ko bayangkan berapa banyak jarum kat batang pisang tu hahahahaha.


Lama juga lurus bendulnya tu. 

Lama kelamaan Emak kitaorang perasan, sebabnya Emak Sis ni tukang jahit, dah dia perasan kenapa jarum dia habis memanjang, membebel 'mana pergi jarum aku ni', hahahaha terus pecah lobang, Mak Sedara Sis ceritalah bagitau kitaorang cucuk kat batang pisang belakang rumah. 

Hahahaha habis kena membebel sebakul berpikul-pikul. Dengan sepupu Sis ko sekali kena hamun hahahaha. Jilake sepupu, dia saje reka cipta cerita rupanya. Tak memasal berak bawak jarum. Nak amik balik jarum kat pokok tu, habis semua dah berkarat hahahaha. 

Dan akhirnya kami dapat berak dengan aman, kalau tak, asal nak berak jadi takut, bahenol betul sepupu Sis ko tu kan hahahahah..

Jamban pun dah takde, jadi kenangan satu masa dahulu kala hehehe.

Dah jom, Sis nak buat cekodok pisang hehehe.
OkBai!







P/S: Bangun pagi harini kepala sakit, Tiba-tiba Suami call, terus hilangs akit kepala.. i miss u Sayang 😢 ..


Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. kalo kat kampung saya, masa kecik2 dulu..memang ada cerita hantu pokok pisang ni...sejak cerita tu muncul, seram semacam aje tengok rumah yang ada pokok pisang..kebenarannya entah ya entak tak...tak pernah lagi jumpa..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann @Sunah, asal ada pokok pisang, ada je cite hantunya..
      Ada satu cite, pocong pulak hahaha nantilah cite lagi hahahaha

      Delete
  2. Macam- macam erk...menakutkan betul...SA pun ada kisah seram pokok pisang kat kampung..masa tu malam raya, arwah nenek sedara ni memang dha lama meninggal, sekali kami tengah main bunga api masa tu dalam kul 10 ke 11 malam ntah..malam raya kan..memang x tido la memasing..sekali nampak org pakai telekung lalu kat pokok pisang and tembus tau terus hilang...mencicit kami lari...hahaha..abah cakap arwah nenek sedara balik tinjau anak cucu malam raya..x tau la betul ke tak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr @Suria, macam-macam satu hal, dah kadi penakut dan menakutlan semua nak ke jamban...

      Uissshh lagi serammm tu, kalau betul tu, mau terus tak ke hamban hahahaha

      Delete
  3. Hahahhaahhahahhahhhahahahahha... Kelako lahhh.. Sis cerita pasall pocong pulak.. Hahhahahahhahahaa... 👻👻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kemain eh ko @Farahain, berani yer...tunggu next entri hahahaha

      Delete
  4. Patut cocok jarum tu kat kepala lotot sepupu ko, hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa pasal, geram bebeno rasa, sekarang kalau jumpa sepupu tu, berdekah gelak kalau ingat-ingat Kak @Seri hehehehe

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!