LAST DAY BERCUTI DI @ AVANI GOLDCOAST SEPANG | Kita sambung lagi kesah Percutian di Avani Goldcoast Sepang Sis baru-baru ni, yer ramai yang Sis baca kata mahai dan jauh tempat ni, tapi nak cakap satu jer, kalau mahal, semestinya tempatnya cantik, suasana tempatnya agak privacy dan juga kemudahan yang di sediakan lengkap.
Sepanjang Sis menginap di sini, keadaan memang tenang, sunyi dan aman aje, tidur malam pun nyenyak tanpa sebarang gangguan. Servis pun okay, pelayan semua ramah, pokoknya semua tiptop .
Nak makan malam pun banyak tempat di sekitar resort. Nak makan yang sedia ada dalam resort pun ada. kalau makan di luar pun tak juah dari situ aje, banyak pilihan dan harga ikutlah apa yang korang makan. Macam Sis, Sis makan malam di Restoran Terapung H.M Sri Bagan, Bagan Lalang, cuma rata-rata kata mahai di situ, tapi bagi Sis, apa yang Sis order dan korang nampak, dengan kesegaran seafood dan masakannya, agak berbaloilah.
Tapi takpe, pilihan memasing. Next time boleh try tempat lain pulak.
Pagi hari kedua (last day) di Avani, kami semua bangun awal, sebab nak pergi breakfast di Restorannya. Breakfast bermula dari jam 6-30am hingga jam 10am. Masing-masing semua dah bersiap sekali, sebabnya selepas makan Ayahnya kata kita jalan-jalan tepi pantai, anak-anak suka aje.
Pagi tu Suami kata tak payahlah call buggy, kita jalan kaki aje, bukan jauh sangat, sebab restorannya di penghujung jalan bilik Sis aje. So nak taknak anak kata 'iyerlah' hahaha. Sarapan pagi di situ, macam-amacam ada, dari nasi, mee, roti, dan juga roti canai pun ada, termasuk salad, aneka kuih muih, minuman dan juga manisan. Puaslah duduk makan pagi tu.
Restoran makan pagi ni betul-betul sebelah swimming pool, kalau lepas makan korang nak terus terjun pun senang, haaa bawak aje baju sekali semua siap. Tapi bagi family Sis ni, memang kami anak beranak kurang suka mandi pool, kalau mandi laut okay, pool tu buat cepur-cepur kaki okaylah hahahaha. Tak tau kenapa, dari anak kecik sampai ke beso memang kurang nak mandi pool.
Siap aje makan, terus Ayahnya kata, 'Kak, Adik, Amat, amik basikal tu, kita kayuh sampai ke lobi' hahahaha yang Adik gan Amatnya okay, yang si Kakak dah melopong hahaha sebab pakai heels hahahaha. So kakak kata, 'Ayah, Mak, jalan dulu, nanti kakak datang'. Makanya kami berempat mengayuhlah tersemput-semput.
Time kami semua dah gerak mengayuh, mencari dan tertanya-tanya mana si Kakaknya, sianlah jalan kaki tu, sekali tiber buggy lalu, dia rupanya atas buggy say 'bye-bye', bertuah punya anak hahahaha. Dia menunggu buggy kesahnya.
Dari lobby hotel, korang boleh keluar jalan ke depan dan sebelah kanan akan nampak pantai. Kami anak beranak menuju ke sana untuk hirup angin pus-pus sementara habiskan masa sebelum check-out. Kebetulan pulak angin sangat kuat, makanya sangat santai duduk-duduk di sini.
Anak-anak apalagi, sakan berOOTD, Sis dan Suami tinjau-tinjau keadaan sekeliling. Ramai juga orang di Pantai sini, Tak taulah kalau di buka untuk umum, sebab macam mereka korek cari kepah. Kalau korang nak beli air ke ada jual di situ, tapi sebiji kelapa aje rm10 okay hahahaha.
Masa ni memang kelakar juga Sis. Suami tanya 'Mana anak-anak?', Sis jawab 'Ada sana tengah OOTD', lepas tu Suami kata 'Panggil Sini suruh amik gambar', Sis tanya 'Amik gambar siapa?', Suami jawab 'Gambar kitalah, asyik gambar anak je' hahahaha. Tau takpe, manjang amik gambo anak atau dengan anak aje, gambo Sis dengan Suami takde siapa nak amikkan.
Makanya tu ler, gambar tangan aje, menunggu anak, sampai mereput duduk situ hahahaha. Last-last cakap Suami, kita amik gambo tangan je la, janji ado hahahaha. Gelak Suami 😆 . Suasana pantai dia sangat indah, angin kuat dan sangat santai.
Kat pantai ni ada macam-macam aktiviti, ada kereta ATV, korang boleh bawa jalan ke pantai, setengah jam tak silap rm25. Ada jump bungy (entah apa namanya), yang lompat-lompat macam spring tu haa. Ada urutan kaki, yee kat pantai tu juga. Suami nak urut tapi ramai menunggu. Juga kalau korang nak main bola pantai, pun ada tempatnya. Kira banyaklah aktiviti boleh buat di sini.
Time pagi macam Sis ni, haaa ramai yang turun pantai, korak-korak kepah tu, tak tau orang awam atau pengunjung situ.
Sempat jugalah Ayahnya belanja makan aiskrim. Dah puas melepak, berborak, kami semua balik bilik, bersiap, dan terus check-out. Amik masa juga sebab menunggu buggy sampai, nak hangkut bag. Dari bilik, korang check-out, terus buggy hantar ke tempat parking kereta.
Walaupun sekejap, janji anak-anak happy dan puas, next time kita plan cuti lama sikit ya. Ayahnya dah ada plan tu hujung tahun, kita pergi jauh sikit katanya bawa anak-anak heheheh..tungguuu
Macam nilah Sis anak beranak, bercuti mana yang sempat dan dapat, tanggungjawab kerja tu yang susah Suami nak amik cuti, alhamdulilah anak faham dan Sis lebih dari faham. Bila dapat bersama kami beri sehabis mampu masa bersama. Anak-anak pun dah besar, memasing dah faham.
P/S: Kalau belek-belek gambar time kesunyian ke, boleh jadi emo sekejap. Rindu pada anak rindu pada Suami. Gambaran emosi yang sukar di luahkan. Korang sama macam Sis tak?
Alahai. . Kat p/s tu mesti emo kan
ردحذفKannnn setiap kali tatap gambar pasti emo Kak @Seri huhuhu
حذفMahal ke murah ke asalkan bersama keluarga OK sangat dah bagi sy. Tapi kalau dapat gi tempat kebaboom macam Avani sapa taknak sis ooi :D
ردحذفEmo juga even anak2 kecik lagi coz they grow up so fast nowadays huhu
Betul Puan @Hazel, mutu waktu bersama tu paling berharga rasanya..nak cuti kumpul bersama bukan senang ...tak kisahlah bercuti di mana pun kan...
حذفbestnya kak percutian mewah macam ni..tiada gangguan..:)
ردحذفMewah tu takde lah mewah Cik @Nor, tapi puashati dapat berkumpul semua anak beranak... :)
حذفfaham sis....rindu pada suami, pada keluarga kat kampung....berapa hari bersama memang rasa gembira tak terkata, bila semua da pergi dan mula sibuk, kita je la yang tinggal belek2 gambar yang jadi kenangan...
ردحذفKannn @Sunah, i feel u too... :(
حذفGarang betul muka amat... taaaakottt hahaha
ردحذفHahahaha tau takpe @Retna hahahaha
حذف