MURAHNYA REZEKI BLOGGER CIK EPAL, BELI FORD MUSTANG 5.0 GT CASH!

Sis Lin
24
MURAHNYA REZEKI CIK EPAL, BELI FORD MUSTANG 5.0 GT CASH! | Ko hado? Sis ko tak ado, tapi jadi satu kejutan pada Sis ko (macam kita pulak dapat surprisenya), sebab Cik Epal ni muda lagi ko, tapi rezeki Allah buat dia kan, dia cukup segalanya dia ada. Usia muda lagi, tapi rezeki dia mewah sungguh!. Jadi inspirasi Sis ketika ni.

Tapi inspirasi Sis dari segi lain, bukan dari segi kemewahan dia, tapi Sis suka cara dia POSITIF melayan semua kata orang, kutukan orang, ngata-ngata orang, tapi dia jenis cool jer, lagi pulak tengah mengandung, cara dia melayan semua pertanyaan dan komen negetif sangat profesional. Orang kata dia riak ke menunjuk ke, Dia relax jer, tak kowser nak layan dan menjawab, lantak pi ler. 

Sis kenal Cik Epal ni dari zaman mula blog lagi, seawal tahun 2009, masa tu kerana blog dialah Sis daftar dan guna Nuffnang (sekarang Sis dah tak guna dah, iklan dah sendu), dia ajar macam mana nak daftar dan jana duit, alhamdulilah banyak kali juga Sis ko claim itu Nuffnang dah, makaseh Nuff, tapi tu duluuuuu...

Lepas tu, dia kahwin dan sekarang dah ada anak, bisness minuman Fairfit tu pun maju habis, tu semua rezeki dia. Tapi satu je dia dari dulu yang Sis tau, tak pernah sombong (walau tak pernah jumpa lagi) dan jenis takde lah macam nampak riak dan menunjuk beriyer. Kalau korang nak tau, memang pesen dia dari dulu suka beli atau makan, jenis suka update cerita di media sosial. Cuma sekarang je la dah ada instagram, boleh buat live story dan video, dulu-dulu semua dia update kat blog je, tak caya ko pi le baca blog dia. 


Dulu dan kini Cik Epal orangnya sama jer, tapi gaya ganas tu tetap ada, jangan ada hati nak kacau Laki dia, kang ada makan penumbuk hahahaha. Yang bestnya anak dia Han tu, boleh sama naik satu kepala dengan Mama and Papa dia hahaha. 

Dan satu lagi yang jadi aku hormat kat keluarga mereka ni sebab, mereka rajin ke mesjid bawa anak isteri ke Mesjid untuk solat Subuh, kita? Bukan kata tak pergi, bila orang masuk video ke mesjid je, mulalah nak mengata dan fikir negetif. *face palm..

Cuba positif sikit, kalau kata mereka menunjuk ke riak ke, mereka ada duit,  duit mereka, cara hidup pun, ikutlah suka mereka, kita tak buat sebab tak ada duit, cuba Allah uji nanti, kita berduit, rasanya kita pun macam mereka juga. Allahuakbar ..


Tahniah Jofliam! Hepi belated Day. 

Sis pun ada juga impian macam Cik Epal ni, Tapi bukan nak bagi kereta, nak hadiahkan Suami Sis LORI, sebab impian Suami, bila dah pencen dia nak menjual ikan. Tapi....apakan daya, Sis ni surirumah, makan pakai Suami pun yang tanggung, simpanan pun bukanlah banyak mana, duit income blog pun, sekali dapat, bawak anak/kawan makan/jalan, sekali tu le habis tapi angan-angan dan doa tu tak pernah putus!

Mana tau satu hari nanti Allah nak bagi rezeki, tercapai impian Sis. Dan Sis pun tak pernah putus berdoa moga impian dan cita-cita Suami Sis tercapai dan dia sihat dan dipanjangkan umur untuk dia capai impiannya. InsyaAllah ..

Kita hidup ni kena positif, tengok orang lain senang, kita tumpang gembira, jangan ada hasad dengki, tak kiralah dalam bidang apa sekalipun. jika ada sekelumit dengki sebesar biji sawi sekalipun, maknanya HATI kau HITAM. Jadi ko kenalah muhasabah diri. Lagi satu jangan prasangka jahat pada orang, orang buat ini itu, mulalah kau fikir negetif, padahal mereka bukan menunjuk atau nak amik kesempatan, mereka hanya ingin dan kongsi kebahagian sesama. 

Pernah tak fikir, ramai di luar sana atau di kalangan kita, silap-silap sebelah kau, dia kurang kasih sayang, dan kau, tak nak kawan atau tak nak cuba tegur dan bertanya, dia hanya melihat kebahagian kau/orang lain sedangkan dalam hati dia, dia nak tumpang kasih sayang kau. Sedihkan ..
Dan ingat! Kau jangan sesekali bandingkan kehidupan kau dengan orang lain, rezeki masing-masing dan kau perlu berSYUKUR atas rezeki yang seadanya. Ingat tu!


Petik dari ayat IG Cik Epal : 

Perlu kita ingat, sentiasa akan ada....
💙 Orang yang lebih kaya dari kita
💙 Orang yang lebih cantik dari kita
💙 Orang yang lebih pandai dari kita
💙 Orang yang lebih powerful dari kita
💙 Orang yang boleh buat kita rasa gagal dalam hidup bila kita compare hidup kita dengan hidup dia.

Semua benda tak kan kekal.Semua kelebihan yang kita ada pon pinjaman dari DIA.Tapi apa perlu kita buat?

❤️ Kena lebih sayang kan diri sendiri. Jangan downgradekan diri. Baik dengan diri sendiri dan paham diri sendiri macam mana dan tahu tujuan untuk hidup.
❤️ Kena faham semua orang ada struggle hidup masing-masing. Jangan kita fikir kita je struggle.Kalau kau rasa hidup kau teruk, orang yang kau nampak life dia best tu boleh jadi pernah hadap benda lagi teruk dari kau.Penderitaan adalah sebahagian dari pengalaman manusia. Jangan compare hidup kita dengan hidup orang.
❤️ Mindset dan emosi kita kena kuat dan stabil. Kalau ada yang cakap negative pasal kita pon, kita masih lagi boleh bertenang dan tak kan terkesan dengan kata-kata orang.
.
Yang pasti, orang yang gagal dan pengecut memang akan suka tengok orang lain gagal macam dia. Abaikan suara-suara sumbang. Terus kan saja maju ke hadapan.
.
Korang jenis macam mana? Suka tengok orang gagal atau berjaya?

-Cik Epal🍎- #6monthspregnant






P/S: Moga kita semua juga Allah murahkan rezekinya. Tak kisahlah rezeki dari segi apa, penuh kasih sayang pun rezeki juga, kawan yang baik pun rezeki juga. Jadi ucap SYUKUR sentiasa, sentiasa ALHAMDULILAH dalam setiap rezeki yang kau dapat. Dan paling penting POSITIF!


Post a Comment

24Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Kann..kita pun follow IG Cik Epal sebab suka baca caption2 dia..follow Jofliam sebab suka caption2 untuk bini dia..kelakor..hahhaha

    Han tu makin hari makin bijak budaknya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn @Sunah, mereka tu positive vibes, suka baca ayat-ayat dia ...

      Delete
  2. suka tgk org berjaya macam ni..boleh buat minda kita positif..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn Cik @Nor, tumpang bahagia dengan kejayaan mereka, muda lagi kan dah berjaya...

      Delete
  3. Suka tengok family dia..sangat positif...rezeki dia kan...giler la..mahal giler kot keta tu..sat lagi sure netizen berbalah plak pasal dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul, sangat positif @Suria, Sis memang suka baca ayat-ayat caption dia...

      Delete
  4. betul tu sis.. suka tgk cikepal.. apa yg dia share kat ig x nampak pun mcm nak menunjuk2 atau riak.. dia sentiasa positif.. suka tgk family dia.. slalu pergi masjid bawak anak si han tu.. Allah murahkan rezeki dia kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer @Dilah, takde sikap riak, siapa kenal dia dari dulu, memang begitulah orangnya, suka share apa je dia beli dan makan ...

      Delete
  5. Baru semalam tgk video dia surprisekan husband dia. Ya Allah memang kagum sangat dengan dia. Apa-apa yang dia share bukan sebab riak. Boleh beza kot dgn org yang mmg nak menunjuk. Lagipun dah pesen dia berkongsi cerita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn @Slumber Lady, dia pun kadang makan pun tepi jalan aje, takde le nak malu ke apa ke, sentiasa share apa dia makan dan beli, baik murah ke baik mahal ke ...

      Delete
  6. Kita doakan satu hari nanti En Sabar akan berjaya memiliki lori, tiada yg mustahil Lin, dengan izin Allah swt

    ReplyDelete
  7. aminn.... moga bertambah rezeki en sabar sekeluarga juga....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaamiinn, insyaAllah @Retna, nanti aku bawak ko ronda naik lori eh hehehe

      Delete
  8. selalu baca kisah cik epal tapi jarang nak g komen hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita baca dan komen, dia pun reply semua komen-komen peminatnya Cik @Ash ..

      Delete
  9. Huda doakan semoga murah rezeki sislin. Amin

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum lin...alhamdullilah aamiin semoga teecapai apa yg dicitakan tu lin...rezeki durian runtuh mana kita tahu kn...in sha Allah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull..insyaAllah aamiinn...makaseh Mama ..

      Delete
  11. lama follow dia. dari dia chubby sampai da slim. haha.. dulu die suka ckp cik epal gonjeng kan.. lepastu terpengaruh ikut blog die sebab suka tgk banner die pakai flash kereta sambil die driving. comel sgt. die mmg food hunter.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerr memang itu panggilan dia pada diri dia @Ena hahaha.. kannn tu seawal blog banner tu hahahahah

      Delete
  12. Rezeki dia... Alhamdulillah kita tumpang happy kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, rezeki dia kan @Nora, kita tumpang gembira aje..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!