PENGALAMAN SIS BERSALIN SENDIRI TAPI BUKAN GUNA KHIDMAT DOULA | Yer Sis ada pengalaman bersalin secara sendiri meneran dan juga ada peneman ketika bersalin. TAPI bukan khidmat Daula ya. Pengalaman Sis tu adalah bersalin di dalam kereta tanpa bantuan sesiapa pun. Dan penemannya adalah Jiran sebelah rumah hehehe.
Tahun 1996, 29 haribulan 3, ketika Sis duduk menyewa di Taman Johor Jaya, masa tu mengandungkan anak no2. Seminggu sebelum tu, Sis pergi scan, menurut kata Doktor Sis bakal melahirkan pada tarikh 10/4, kira-kira lagi 2 minggu lagi bersalin. Tiada rasa sakit pinggang ke dan tiada tanda nak menunjukkan nak bersalin pun. Sis ko relax je.
Suami Sis masa tu bekerja di Singapura, ulang alik setiap hari dari Johor ke Singapura. Memang keluar pagi sampai rumah dah malam. Pada malam 29hb tu, sewaktu Sis duduk-duduk tengok tv sambil menunggu Suami balik, datanglah Bai jual roti tu haa pett pett pett depan rumah. Anak Sis yang sulung memang pantang dengar, Bai akan stop depan rumah, tak kira Sis beli ke tak beli, Bai tu suka sakat anak Sis, kalau nampak mesti Bai roti tu bagi asam.
Jadi bila dengar je Bai tu sampai, Sis pun keluarlah, perut rasa lapar. Belilah roti kari 6 biji sebungkus tu. Masuk je rumah, bancuh air milo0 panas, dan duduk makan roti kari tu, ko jangan tak percaya, habis 6 biji Sis ko makan roti tu, nak kata sedap, biasa aje, tapi malam tu memang pelahap gilee hahahaha, minum plak dengan air milo0 hahaha. Licin ko.
Dalam setengah jam selepas makan, tiba-tiba....jeng jeng jeng...
Perut rasa mengeras, tapi memang tak terfikir pun nak beranak, sebab due date lama lagi (lurus bendul namanya), makin lama makin sakit, macam orang nak berak. Sis bangun terus ke bilik air, mencangkung lagi, meneran lagi, tapi tak keluar-keluar najisnya. Dah sakit kaki mencangkung, bangun, masa nak bangun, nak sarung seluar dalam, masa tulah Sis ternampak ada tanda darah kat seluar dalam.
Bila mana ko nampak je darah tu, serta merta sakit dia datang menjadi-jadi. Masa tulah pinggang segalanya sakit. Anak Sis yang sulung dah tertidur di kursi. Terus call Mak Abah, kata nak bersalin, mereka dari Kampung Melayu, agak jauh le juga. Dah rasa tak tahan, terus call jiran (Kak Hanim) sebelah rumah (Suaminya pemandu teksi), bagitau minta hantar ke hospital.
Kak Hanim tu kelam kabut macam haper, sampaikan Suami dia pun pakai kain pelikat je terus keluarkan kereta. Kak Hanim datang rumah tolong angkat barang-barang keperluan. Masa nak keluar rumah, terpandang anak Sis yang sedang tidur, nasib juga anak jiran ada teman dia sementara tunggu atuknya sampai. Suami pulak call tak dapat, mungkin masih di Sinagapura.
Dalam perjalanan, Sis ko dah terpeleot sana, terpeleot sini duk menahan sakit pinggang. Sambil tu kejap-kejap mengerang gak 'aduhhh aduhhh' ..Kak Hanim dia tak henti-henti tanya 'Okay tak LIn, Okay tak? Sabar ye Sabar'.. Yang Sis adoii adoii aje lee sambil gigit bibir, menahan sakit kat tempat seat belakang.
Suami Kak Hamim dah pendu kereta macam folrmula1. Kak Hanim pulak sampai dah keluar tingkap kepala dia, sambil kibar tuala putih good morning tu, untuk mohon bagi laluan kecemasan pada kami. Dan tiba-tiba Suami Kak Hanim boleh cakap kat Sis 'Lin baring aje Lin, barang tu letak bawah aje', Ya Allah, bila kata dia suruh baring, masa tu Sis terus serta merta angkat barang letak bawah dan Sis terus baring.
Masa baring tu, dah tak tahan sangat dah, sikit-sikit Sis ko meneran, last-last Sis buka seluar dalam Sis dalam kereta, dan terus teran, teran pertama Sis teran perlahan-perlahan, teran kedua, terasa ada benda nak keluar, siap letak tangan di bawah nak rasa, memang dah rasa kepala anak nak keluar.
Dan teran yang ketiga sambil ucap 'ALLAHUAKBAR' sekuatnya, terus belezup keluar anak Sis dengan air ketuban sekali pecah, macam 'plop' bunyinya. Terus dengar tangisan anak Sis menangis.
Yang Kak Hanim dah pucat lesi, dia sampai cakap 'Lin ko dah bersalin, Akak tak tau nak buat apa ni Lin', menggigil dengar suara dia. Dan sekejap tu anak Sis senyap, tak dengar suara. Sis terus tanya Kak Hanim 'Kak anak Lin Kak'...Terus Kak Hanim jengah belakang, dia kata 'Ada Lin ada, anak ko gerak tu', terus rasa tangannya tercuit kaki Sis.
Masa tu kami baru sampai di Larkin, nak menuju ke Hospital Sulatanah Aminah (HSA). Dalam 10 minit lagi baru sampai hospital. Sampai aje di hospital, Kak Hanim dan Suaminya dah kelam kabut panggil misi dan Doktor. Datang mereka semua, riuh jadinya. Doktor siap tanya 'uri di mana?'...Sis jawab, belum keluar, terus mereka semua cecepat uruskan Sis dan anak Sis.
Potong tali pusat di kereta, anak Sis dah biru kesejukkan, yang Sis pulak muka dah pucat lesi. Doktor berkali-kali pesan, 'Ada batuk tak?, kalau rasa nak batuk bagitau', Tak tau kenapa dia bertanya macamtu.
Dah settle semua mereka uruskan Sis dan anak, Sis masuk warded, sekejap tu Suami pun sampai. Terkejut dia hahahaha. Sis siap cakap, 'kalau Ayahnya cepat sikit sampai rumah, silap-silap beranak dalam kereta dengan Ayahnya', Suami senyum aje hahahaha..
Jahit tak? Jahit juga, macam mana pun mestilah koyakkan.
Pengalaman bersalin dalam kereta tu memang pengalaman berharga buat seorang ibu bagi Sis. Bukan senang dan mudah, risiko pun ada, tapi alhamdulilah, Allah permudahkan semuanya.
Kes Sis ni terdesak, sebab dah tak tau nak buat apa dan tak sangka secepat itu bersalin dalam kereta. Kalau tak boleh je ke klinik berdekatan, tapi fikir lama lagi sakitnya tu.
Tapi kes Daula tu, nasihat Sis, kalau mula korang mengandung, pergilah check-up rutin biasa di Klinik/Hospital, dan tiba masa bersalin, pergilah ke Klinik/Hospital berdekatan. Janganlah nak bersalin di rumah ke atau guna khidmat Daula #Viral tu. Dulu lain, sekarang ni lain.
Banykkan belajar erti risiko ketika hamil dan sewaktu melahirkan juga selepas bersalin. kalau korang lebih membaca pada risiko, insyaAllah korang mesti takut.
Sekian dari seorang ibu.
Haaa? Nak tengok budak yang bersalin dalam kereta tu? hahahahaha
Rendah je orangnya sebab bersalin dalam kereta kan sempit hahahaha..
Inilah dia anak Sis yang no 2 (23tahun) yang Sis lahirkan dia dalam kereta hahahahaha.
Haaa korang kalau nak beli Proton ke atau renew roadtax ke atau trade in kereta ke, bolehlah wahtsapp anak Sis ya Yana - 011 2169 1127 @ Proton Kulis Auto Taman Bukit Dahlia
Boleh like Facebook Page : Proton Johor / Pasir Gudang - Yana
Okay dah. Sambung lagi nanti ya ..
OkBai.
P/S: Zaman Sis ko takde benda-benda viral ni. Sekarang ni aishhhh memacamlah. Risau masa akan datang nanti, acanerlah anak-anak kita yer..
alolo.. sis ada pengalaman bersalin dlm kete rupanya ye.. kite pun hampir2 ada pengalaman cam tu masa anak ke 3. tp nasib baik sempat sampai hsi. sampai sana dah full. tp betul la mcm sis cakap.. ingat sakit tu lama lagi nak beranak sbb tahap sakit tu x berapa kuat sgt.. maybe sbb air ketuban tu x pecah lagi kot kan..
ردحذفYerr @Dilah, keadaan Sis masa tu, sakitnya sekejap aje, tak berapa lama terus nak terberanak, teran aje , sekali pecah air ketuban...
حذفaduhai..SA siap dapat bayangkan sis dalam kereta nak bersalin..huhu...dah besar dah anak dara tu..x menyabo dia nak keluar erk...
ردحذفIyerr, beranak no2 ni la paling sopan, hanya mengerang kesakitan aje @Suria hehehehe...
حذفuih..seram betul bersalin dalam kereta. eh dah bersalin dalam kereta kerja jual kereta pulak..hehe
ردحذفHahahaha itu le hikmahnya agaknyaaa @Julia hahahahaha
حذفya Allah..mudahnya akak beranak..klu yg g hospital blm tentu dapt bersalin mudah macam akak..
ردحذفIyerr Cik @Nor, yang no 1 lagi le, sakita sedang duduk, sampailah misi datang bagitau nak beranak, barulah baring hahahaha kalau tak beranak tengah duduk kekekeke
حذفYa Allah sis..terbahak2 aku gelak baca penutup, bole cakap rendah je orangnya sebab kereta sempit...ni Yana baca mesti dia wassap sis kan.."ape mak ni"
ردحذفhahahahhahahah!! tapi macam ada hikmah kan, da besar jadi salesperson kereta Proton, nkooo! jap lagi yana wassap sis, "ape kawan mak ni"
hahahahhahahahahhahaha
Iyerr, sempit kan dalam kereta, tak cukup panjang @Sunah hahahaha..
حذفDah besar jual kereta plak, lain plak panjang, panjang kaki melangkah hahahaha
kita rasa kan Lin, anak no 2 mmg senang nak keluar la.. mcm akk pun sama, akk ank no 2, lps mak sakit tetiba, abah keluar nak panggil bidan tup2 sampai rumah akk dah terlentang dalam dulang, agaknya sbb tu akk tinggi, hehehe
ردحذفHahaha aduhaii Kak @Seri beranak dalam dulang? Patutlah makan sesajerr yer hahahahaa
حذفNgilu pulak kite rase dalam membaca hahaha
ردحذفHehehe begitulah pengalamannya @Dyatie..sampai sekarang masih teringat, nyilu rasa...
حذفMak akak dulu semua anak bersalin kt umah tp ada bidan kampung ler kecuali dua adik terakhir bersalin di HKL..masa tu akak dh kije HKL wad bersalin. Kebetulan pulok malam mak nk bersalin tu ari akak oncall kt labour roomm..adehh mmg kenangan betul kecoh kt wad psl mak doktor nk bersalin..hihiiii!
ردحذفOoo sama kita juga, dalam 5 beradik, kita sorang je beranak hospital Kak @Inahar, lain semua beranak rumah, yang bongsu siap kita tolong Mak lagi, cuma dah ingat-ingat lupa keadan masa tu..
حذفNak teman anak mama la nanti... boleh?
ردحذفHahahaha teman ke Syurga ke @Bro hehehehe
حذفCemas kejap baca pengalaman sis lin...huhu.. ada pengalamn bersalin dalam kereta tu...Alhamdulillah selamat membesar dh baby tu yea.. doula tuu macam macam membahayakan nyawa ibu dan anak je kan..
ردحذفYerr satu pengalaman yang berharga yang tak dapat di lupakan @Shalimar.. yang tak faham dan baca erti risiko yang tau apa akibatnya...
حذفDah besar dah dia, kenangan berharga. Jiran yang baik itu satu hadiah yang bernilai :)
ردحذفIyerr dah 23tahun dah dia @Haryani hehehe...sampai sekarang jiran tu masih lagi baik..
حذفpengalaman paling berharga kan.bahaya jugak beranak dalam kereta ni..
ردحذفBetul @Rohaida, yang takkan dapat dilupakan...bahaya ada, tapi dah kecemasan, teran aje la, nasib bahu anak lepas huhuhu
حذفMmg top isu ni skrg. Tapi kita sejenis tak berani amik risiko. Nyawa tu...
ردحذفYup nyawa kita pertarungkan tu @Mysara, kalau nasib tak baik, sangkut bahu, apa nak jadi? huhuhu subhanallah..
حذفalhamdulillah.... tak sangka sis lin alami pengalaman bersalin dalam kereta. yang penting sis lin selamat. mia bersalin kat hospital...
ردحذفYerr @Mia, itulah pengalaman sangat berharga bagi seorang ibu buat Sis..alhamdulilah..
حذفoitt ayat akhir ko "rendah je anak nya sbb besalin dalam kete" ahahha lawak lak ako baca...
ردحذفKakakakah betul ler, beranak dalam kereta sempit ko @Retna hahahaha
حذفIngat lagi sis ye beli roti kari.
ردحذفIngat @Aisya, sebab makan roti tu kot datangnya kekuatan ..
حذفAssalamualaikum lin...nasib baik okay kn...mmg satu pengalaman terindah tu lin...mama pun pernah kena melahirkan anak pertama di rumah kakak di Kem Kinara KL...pada hal hospital tentera tu kat depan jer rumah kakak kuaters army kat belakang...dah tak sempat nak ke hospital jd terberanak jer kat rumah kakak nasib baik kakak jd bidan pd masa tu...pengalaman beranak anak pertama yg indah tapi mengerikn juga...nasib baik x ada apa2 yg berlaku yg bestnya nurse dtg dr hospital ikut pagar belakang jer...lepas nurse check dia ckp okay jer n tak perlu kena jahitan pun...kalau ingat semula mcm tak percaya jer yg mama boleh terberanak di rumah masa tu...itulah pengalaman mama melahirkn anak pertama di rumah kakak...
ردحذفWaalaikumusaalam Mama @Maszull..Nasib juga ada yang membantu ada ada nurse dekat Mama, jangan jenis yang bersalin sendiri tu, haaa yang tu memang tempuh maut!
حذفooh proton bukit dahlia selalu wak limpas lalu lalang kalo ikut jalan masai tuu., hehehe
ردحذفdh besar anak mak binteksi nih.,