PERTAMA KALI DATANG DAN BERCUTI DI AVANI GOLD COAST SEPANG | Percutian yang tidak dijangka dan last minit plan. Kalau dah namanya last minit, mesti menjadikan, kalau plan awal-awal, mesti ada je tak jadinya hehehe. Sebenarnya percutian Sis ini di taja dan di sponsor penuh oleh anak Sis, Yana (no-2) yang bersungguh sangat nak bawa Emak dan Ayahnya bercuti.
Berkali-kali di tanya Ayahnya 'Cuti tak, balik tak?', dan bila anak kata dah booking semua, dan rezeki juga buat kami anak beranak, Ayahnya pun cuti, kakaknya (dari Shah Alam) dan adiknya pun balik bercuti juga di Johor, maka jadilah percutian singkat kami anak beranak sempena tahun baru cina baru-baru ini.
Alhamdulilah.
Pada mulanya sepakat nak ke Pulau Rawa, tapi date dan booking yang kosong, Ayahnya tak balik cuti, maka bertukarlah bercuti ke sini. Semua di uruskan oleh anak Sis. Kami tau sampai masa, gerak aje hehehe. Okaylah, sebab memasing semua belum pernah sampai lagi ke sini.
Dari Johor kami bergerak, perjalanan semuanya lancar, sebab belum tiba masa raya cinanya, tak silap lagi 2 hari nak tahun baru cina. Avani ni terletak di Sepang, Selangor. Macam biasalah, siapa yang drive? Kalau bukan Sis ko hahahaha. semua membuta, maka drift laa Sis ko, tau-tau semua bangun 'eh dah sampai Nilai' hahahaha. 'Lajunya Emak ko bawak, saman bayar sendiri', kata Ayahnya hahahaha.
Sebelum tu jangan lupa singgah makan di SINI , sedap oiii...
Ikut jadual check-innya jam 3pm, tapi kami sampai jam 1.30pm, terus anak gi check-in, dan tanya kot mana tau bilik kami dah kosong dah boleh masuk, dan alhamdulilah..rezeki kami juga, settle urusan daftar, dan kereta pun dah park di kawasan yang sepatutnya, pihak Avani call, katanya boleh masuk terus ke bilik. Dapatlah kami masuk 1jam lebih awal dari masa check-in. Terbaekkkkk..
Sementara menunggu surat daftar masuk tu siap, kami berehatlah dulu di lobi resort ni. Suami beli muffin dan juga air. Lapar barangkali Ayahnya. Cuaca masa ni pheww panas memancar terik, tapi berangin, so memang cantiklah pemandangan dari semua sudut di sana. Nak OOTD pun gambo cun gilerr..
Oh Ya, untuk percutian ni, anak Sis amik Family Villa 2 bilik. Harga booking thru online dalam rm800++ gitulah, ingat-ingat lupa. Yer untuk semalam, termasuk breakfast untuk 4 orang, so kenalah Suami tambah beli 1 lagi, sebab kami berlima.
Siap semua ready, buggy pun dah menunggu so jom kita check in. buggy ni di sediakan oleh pihak resort, sebab bilik-bilik yang di sediakan ada yang di penghujung jalan, kalau korang nak naik basikal pun ada, free juga, nak jalan kaki pun boleh. Ikutlah suka korang. Tapi masa check-in kenalah naik buggy ni, sebab macam mana nak heret bag kalau naik basikal hahahaha.
Di sini, kemudahan memang banyak, macam Sis kata, ada basikal, korang amiklah sukahati, nak pusing satu resort, kalau balik bilik, letak aje di luar, takde yang marah, tapi bukan hak milik sendiri okay, so jangan ngamuk kalau keluar bilik tengok basikal tak ada hahahaha. Dan korang boleh amik dan bawa sesukahati basikal yang mana korang ternampak di resort ni. Jangan risau hehehe.
Dalam gambar tu, haa itulah gambaran sepenuhnya kesemua tempat dalam Avani Gold Coast ni, memang situ-situ aje tempatnya tapi semua kemudahan semua ada dalam ni. Bayangkan kalau dari hujung tu ko nak jalan kaki ke lobi hahahaha bukan basah ketiak je, lutut boleh tercabut oi hahahaha.
Sebab itulah kena naik buggy ni atau kayuh basikal, tu pun kalau dari dalam bilik call buggy, kenalah bersabar menunggu. Yelah bukan kita je nak naik kan, makanya bersabar.
Oh ya sebelum tu nak bagitau, masa korang naik buggy tu, nanti dia punya guide resort tu dia bawa pusing-pusing dulu keliling resort, dia tunjuk semua tempat, swimming pool la, cafe nya lah, gym nya la, dan semualah aturcara dan aktiviti yang ada di sini. Jadi senang korang nak alert.
Yaaa tu le bilik Family Villa, 2 bilik. Yang satu tu bilik Sis dan Suami dan satu lagi bilik anak-anak. Kelengkapan semua ada. Sterika dan papan gosok, hair dryer dan juga sejadah, siap bagi 2 lagi, bagus!. Telekung jer bawa sendiri yer.
Dan ini toilet bilik no 1, besar dan luas, bilik air no 2 pun sama macam ni, cuma dia takde bathtub aje, yang lain tu sama. Bersih dan Sis suka airnya besar hehehe. Puas nak mandi ke atau buang air besar hahahaha.
Memang suka ada bathtub ni hehehe memalam mandi berendam dengan buih-buih sabun, sampai Suami jerit 'tidur je dalam tu' hahahaha. *wekkkk..
Dan yang ni adalah hall dia, dan juga beranda di luar bilik. Santai sungguh di luar tu, memalam duduk lepak situ dengan angin sepoi-sepoi, sambil kau genggam tangan Suami, tak ke rasa macam bulan madu 25tahun dulu hahahaha ..
Kami anak beranak memang malam lepas dinner duduk di sini berborak sampai ke jauh malam. Bual hal memasing. Sangat indah ketika itu. Bukan senang nak kumpul bersama, bila dapat bercuti macam ni, memang lupa segala kesibukkan kerja. Terutama Suami.
Okay untuk nak tau lebih lanjut pasal Family Villa ni, korang bolehlah ke laman-lamam sosial Avani Gold Coast Sepang yer .
Avani Sepang GoldCoast
67, Jalan Pantai Bagan Lalang (275.09 km)
43950 Sepang, Malaysia
Website : Sepang Resort
Facebook Page : Avani Gold Coast
Instagram: Avani Sepang GoldCoast Resort
Bersambung ....
P/S: Yer bersambung, tunggu yer, kalau tak sambung, panjang benau karangannya hahaha kang korang bukan baca, main scroll jer hahahaha :p
wow..bestnya. bila gamaknya cik nor blh smpai cni jgk..:)
ردحذفInsyaAllah one day Cik @Nor ...
حذفMemang impian nak bawak mak abah datang sini bercuti..cuma harga bilik untuk satu malam tu...suku dari gaji SA..hahaha...apapun tunggu bonus la nanti mana tau ada rezeki kan...boleh la bercuti macam sis lin...bukan selalu kan sis..
ردحذفAamiinn, insyaAllah satu hari mesti akan tiba rezekinya untuk kesini @Suria. Niat yang baik akan Allah makbulkan...
حذفKo kalau bercerita tak pernah tak kelakau 😝😝😝
ردحذفHahahaha cerita spontan je tu Kak @Seri hahahaha
حذفwowwww.. bestnya sis.. cantik pulak tu tempat ni..
ردحذفCantikkk @Dilah, macam private resort gitu...sangat best!
حذفBestnya. Tak pernah lagi berpeluang stay kat sini.
ردحذفInsyaAllah satu hari nanti @Mawardi..antara cepat dan lambat je Allah nak bagi rezekinya tu...
حذفIsh tak boleh jadi ni, org JB dah sampai ke sini... Kami di gombak ni tak jejak kaki lagi ni.
ردحذفMoga bertambah rezeki anak sis berkat belanja mak ayah bercuti aamiin
Hehehehe tu lerr, orang Gombak kena pi tuu..
حذفAaamiinn makaseh Puan @Hazel ...
KO amek yg 2 bilik tu ye? Best kan... !!
ردحذفIyerrr @Retna, best giler, cuma tak cukup masa nak round-round, lepas ni kena amik 3hari 2malam ler ....
حذفAs salam..sesape berminat nk stay di avani sepang ..leh contact 0122208140.. 2 bedroom family villa rm550/night.tq
ردحذفWaalaikumsalam. Baiklah, terima kasih @Abu ..
حذفsalam sis, nak tanya, sis dpt price utk family villa tu 800++,book kt website apa ya? sbb sy survey mostly utk family villa price 1k++
ردحذفWaalaikumussalam @Fyza, booking Agoda tapi member, ada dapat lagi diskaun. Hari-hari bukak Fyza sampai dapat harga murah camtu..kadang ada offer time happy hour tu..
حذف