RESEPI IKAN SIAKAP BAKAR SAMBAL HIJAU | Ingat lagi entri Sis yang Suami pergi memancing dan dapat ikan siakap sebesar 7.70kg tu ? Boleh baca SINI . Yaa masa hari pertama dapat aje ikan tu, balik dari menghantar ikan ke kedai untuk menyiang dan memotong, Sis petang tu juga terus masak ikan siakap tu.
Fikir punya fikir nak masak apa, jadi Sis tau Suami suka makan pedas-pedas, jadi Sis masakkannya ikan siakap bakar sambal hijau. Pedas memang pedas woo. Berapi-api molot hahaha,. Sis pun tak tau lada cili tu boleh pedas gile macamtu hahaha. Tapi Suami suka, kalau boleh lagi pedas lagi bagus..phewwww..
Resepi ni tak susah, tak de protokol sangat bahannya, just bahan campak-campak apa yang ada dalam peti ais aje.
Ikan Siakap Bakar Sambal Hijau.
Sis bagi serba ringkas aje resepinya. Bahan dia memang senang aje.
Bahan utama semestinya ikan siakap, tapi kalau korang nak guna ikan lain boleh juga, tapi tajuk sudah tukarlah ye hahahah.
Bawang besar sebiji
Bawang putih 3 ulas
Belacan sesukahati, nak letak banyak pun boleh.
Cili api dalam 15 tangkai. Cili hijau ya, sebab tajuk pun sambal hijau hahaha.
Serbuk lada hitam dan lada putih
Garam dan serbuk perasa.
Gula dan air asam, jika perlu.
Mula nak masaknya, korang kena le bakar ikan siakap tu dulu. Macam Sis, Sis bakar je dalam air fryer hehehe. Lagi sonang. Sambil membakar tu, korang sediakan bahan-bahan yang lain tu, dan bersedia untuk menumbuk.
Tumbuk segala bahan tu, jangan tumbuk lumut sangat nanti hancur sangat tak sedap, agak-agak kasar je macam Sis tu ha.
Selepas tu, ikan pun dah siap bakar, ketepikan, letak dalam pinggan. Tumis semua bahan tumbuk tadi hingga garing. Masuk lada hitam dan lada putih, garam dan juga serbuk perasa. Kalau kering sangat, tambahlah air sikit.
Kemudian korang rasa dulu. kalau tekak korang dah okay, dah boleh tutup api dan curah ke atas ikan siakap bakar tadi.
Tetapi kalau tekak korang nak masam-masam manis sikit, tambahkan gula dan air asam. Pun sedap juga. Ikutlah masing-masing punya anak tekak.
Dah siap dah boleh hidang ya. Senang je kan hehehe.
Ada sebesen lagi tu ikan..hohoho.
P/S: Suami siap kata 'Kalau letak petai lagi sedap' hohoho memacam eks Suami. Hahaha tu dah jadi sambal hijau petai Suamiku hehehe..Nanti Saya buatkan yer..
sedapnyaaaaa! adudududud nak cari mana ni malam malam
ReplyDeleteHehehehe apalagi, kenalah masak yer @Shafyqah hehehe
Deleteadui..kalo saya makan, agaknya secoet aje..sebab lepas tu da tak tahan kepedasannya...hahahahha
ReplyDeleteHehehe lepas makan kompom bibir macam angelina Jolie @Sunah hahahaha
Deletepehhhhhhh,, komfom kak sun alihkan semua smbal nye ke pinggan ain.habahhaaha
ReplyDeleteHahahaa khennnn @Farahain...lepas tu air sejuk sebesen hahahaha
Deletepergh mengiurkan sis..sedap ya amat ni..tengok sambal dia tu
ReplyDeleteKannn @Nadia, memang sedap pulak masak petang tu, sampaikan licin sepinggan semua sambal hehehehe
Deletedah tak payah lauk lain, ni pun dah cukup untuk tambah nasi
ReplyDeleteTau takpe, makan dengan nasi oanas-panas @Rohaida ..
Deletehantu petai betullah.. haha
ReplyDeleteHantu jengkol jugaaa Kak @Seri hehehehe
Deleteinilah antara kelemahan duniawi kiteeee.. ikan bakar !! aiseh..
ReplyDeletememang longgar lutut kalo tengok ikan bakar sedap2 ni.
hahahah over kan =P
Kannnn samalah kita @Siti, memana pergi makan kalau nampak ikan bakar, walau makan mee pun nak juga ikan bakar hahahaha
DeleteOhoiiii sedapnya..SA suka menu2 macam ni..bakar dan ada sambal..nak buat la nanti...tunggu balik somban sebab umah sewa x cukup bahan dan jenis pemalas nak masak..hehehee
ReplyDeleteKannn @Suria, resepi senang, bakar dan curah aje..hehehehe Janji sodap.
Delete