RESEPI IKAN SIAKAP BAKAR SAMBAL HIJAU

Sis Lin
16
RESEPI IKAN SIAKAP BAKAR SAMBAL HIJAU | Ingat lagi entri Sis yang Suami pergi memancing dan dapat ikan siakap sebesar 7.70kg tu ? Boleh baca SINI . Yaa masa hari pertama dapat aje ikan tu, balik dari menghantar ikan ke kedai untuk menyiang dan memotong, Sis petang tu juga terus masak ikan siakap tu.

Fikir punya fikir nak masak apa, jadi Sis tau Suami suka makan pedas-pedas, jadi Sis masakkannya ikan siakap bakar sambal hijau. Pedas memang pedas woo. Berapi-api molot hahaha,. Sis pun tak tau lada cili tu boleh pedas gile macamtu hahaha. Tapi Suami suka, kalau boleh lagi pedas lagi bagus..phewwww..

Resepi ni tak susah, tak de protokol sangat bahannya, just bahan campak-campak apa yang ada dalam peti ais aje.


Ikan Siakap Bakar Sambal Hijau. 

Sis bagi serba ringkas aje resepinya. Bahan dia memang senang aje. 

Bahan utama semestinya ikan siakap, tapi kalau korang nak guna ikan lain boleh juga, tapi tajuk sudah tukarlah ye hahahah.  

Bawang besar sebiji
Bawang putih 3 ulas
Belacan sesukahati, nak letak banyak pun boleh. 
Cili api dalam 15 tangkai. Cili hijau ya, sebab tajuk pun sambal hijau hahaha. 
Serbuk lada hitam dan lada putih
Garam dan serbuk perasa.
Gula dan air asam, jika perlu. 

Mula nak masaknya, korang kena le bakar ikan siakap tu dulu. Macam Sis, Sis bakar je dalam air fryer hehehe. Lagi sonang. Sambil membakar tu, korang sediakan bahan-bahan yang lain tu, dan bersedia untuk menumbuk.

Tumbuk segala bahan tu, jangan tumbuk lumut sangat nanti hancur sangat tak sedap, agak-agak kasar je macam Sis tu ha.

Selepas tu, ikan pun dah siap bakar, ketepikan, letak dalam pinggan. Tumis semua bahan tumbuk tadi hingga garing. Masuk lada hitam dan lada putih, garam dan juga serbuk perasa. Kalau kering sangat, tambahlah air sikit. 

Kemudian korang rasa dulu. kalau tekak korang dah okay, dah boleh tutup api dan curah ke atas ikan siakap bakar tadi.

Tetapi kalau tekak korang nak masam-masam manis sikit, tambahkan gula dan air asam. Pun sedap juga. Ikutlah masing-masing punya anak tekak.

Dah siap dah boleh hidang ya. Senang je kan hehehe. 
Ada sebesen lagi tu ikan..hohoho.






P/S: Suami siap kata 'Kalau letak petai lagi sedap' hohoho memacam eks Suami. Hahaha tu dah jadi sambal hijau petai Suamiku hehehe..Nanti Saya buatkan yer..


Tags

إرسال تعليق

16تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. sedapnyaaaaa! adudududud nak cari mana ni malam malam

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehehe apalagi, kenalah masak yer @Shafyqah hehehe

      حذف
  2. adui..kalo saya makan, agaknya secoet aje..sebab lepas tu da tak tahan kepedasannya...hahahahha

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehe lepas makan kompom bibir macam angelina Jolie @Sunah hahahaha

      حذف
  3. pehhhhhhh,, komfom kak sun alihkan semua smbal nye ke pinggan ain.habahhaaha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaa khennnn @Farahain...lepas tu air sejuk sebesen hahahaha

      حذف
  4. pergh mengiurkan sis..sedap ya amat ni..tengok sambal dia tu

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn @Nadia, memang sedap pulak masak petang tu, sampaikan licin sepinggan semua sambal hehehehe

      حذف
  5. dah tak payah lauk lain, ni pun dah cukup untuk tambah nasi

    ردحذف
    الردود
    1. Tau takpe, makan dengan nasi oanas-panas @Rohaida ..

      حذف
  6. inilah antara kelemahan duniawi kiteeee.. ikan bakar !! aiseh..
    memang longgar lutut kalo tengok ikan bakar sedap2 ni.
    hahahah over kan =P

    ردحذف
    الردود
    1. Kannnn samalah kita @Siti, memana pergi makan kalau nampak ikan bakar, walau makan mee pun nak juga ikan bakar hahahaha

      حذف
  7. Ohoiiii sedapnya..SA suka menu2 macam ni..bakar dan ada sambal..nak buat la nanti...tunggu balik somban sebab umah sewa x cukup bahan dan jenis pemalas nak masak..hehehee

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn @Suria, resepi senang, bakar dan curah aje..hehehehe Janji sodap.

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!