UNTUNG PEREMPUAN BERSALIN SEKARANG, BERSALIN PUN DAH ADA PAKEJ BERPANTANG | Yeerr untung ko perempuan sekarang, bersalin pun ada pakej penjagaan pantang, dah tu boleh berpantang bersama Suami dan anak-anak (jika sudah ada anak), jadi tak susah hati meninggalkan Suami berjauhan kan.
Alaaa biasalah, perempuan bersalin ni kan emo sikit dan senang cakap, jangan percaya sangatlah nak tinggal Suami lelama oii, kang jadi lain dan kelain hahahaha. Bukan tak percaya Suami, tapi jangan percaya 100% hahahaha. Tak semua, tapi pasti ada hehehe
Suami Sis? Memang ada masa berpantang dan memang berpantang dengannya. Kalau nak tau, ketiga-tiga anak Sis bersalin, dialah yang menjaganya oii hahahaha Suami cuti 10 hari sewaktu Sis bersalin, kecuali anak no3, Suami cuti tak lama hanya 5 hari, sebab baru bertukar tempat kerja baru, jadi tak boleh nak cuti lama. Alhamdulilah rezeki Sis la, Suami jaga waktu berpantang. Tapi, ermmm membebel aje kerjanya hahahaa. Tadah aje telinga. :p
Meh Sis nak share pada korang, pakej berpantang dari Suraya Mother Care & Beauty
Suraya Mother Care & Beauty
Ada di sini yang akan melahirkan, atau sedang mengandung atau ingin mengandung TAPI nak berpantang tinggal bersama Suami tapi nak di uruskan oleh sesaorang sepanjang berpantang?
Yer, itu idaman semua kaum wanita, Kalau boleh nak berpantang bersama Suami dan kalau ada anak, kena juga uruskan anak yang lain tanpa kelam kabut nak urus diri sendiri, kan?
Kini ada satu solusi yang boleh bantu korang dengan pakej berpantang dari SURAYA MOTHER CARE & BEAUTY.
Pakej istimewa ini sesuai dengan ibu-ibu moden yang inginkan penjagaan yang profesional dan terlatih.
SURAYA MOTHER CARE & BEAUTY berpengalaman lebih dari 5 tahun dalam bidang ni. Wanita yang bersalin normal atau ceaser pun mereka boleh jaga.
Testimoni dari semua customers mereka mmg puas hati dengan service yang disediakan.
Ada diantaranya, walau dah bersalin kali ketiga pun still ambil pakej dari mereka.
*Boleh tengok reviews pengguna di laman Facebook mereka nanti.
TAK PERLU BERPANTANG JAUH DARI SUAMI !
Maybe ada sesetengah wanita yang risau nak berjauhan dengan suami ketika berpantang. Tapi wanita mesti tak larat nak siapkan makanan, urut sendiri semua tu kan?
Berpantang bukan boleh dibuat main ye, kena jaga elok-elok , silap sikit je boleh bentan tau!
So Jangan risau.
Di Suraya Mother Care & Beauty menyediakan pakej dari hari bermula sampai akhir tempoh berpantang! Selama mana yang korang mahu.
Penjagaan UNTUK BABY juga tersedia.
[+] Mandikan, urutan dan tuam.
Bukan tu sahaja, mereka juga akan siapkan baby korang, mandi, bengkung dan pakaikan baju. Ibu hanya just rehat.
*Rawatan untuk demam kuning pun mereka ada sediakan.
SPECIAL UNTUK Ibu-ibu.
[1] Mandian herba, urutan bersalin, urutan tambah susu untuk si ibu.
[2] Bertungku dan urutan naikkan seri wajah si ibu .
[3] Param, pilis, tepel & bertangas herba .
[4] Slimming sauna & mandian aura seri bunga .
[5] Minuman herba milkbooster & rawatan facial .
Pilih aje pakej yang korang nak.
Makanan lengkap untuk ibu berpantang pun mereka sediakan sekali. Jadi, tak perlu pening² fikir nak makan apa .
KENAPA RAMAI Ibu-Ibu Memilih Suraya Mother Care& Beauty ?
Mereka pakar dalam bidang urutan tradisional dan penjagaan berpantang untuk ibu dan bayi lebih dari 5 tahun pengalaman.
⇒ Berpengalaman dan mempunyai sijil yang diiktiraf
⇒ Confinement lady 100% Melayu
⇒ Service yang sangat mesra, peramah & lemah lembut.
⇒ Harga sangat² berpatutan sesuai dengan service
Servis cover seluruh semenanjung Malaysia.
Kalau nak datang sendiri terus ke HQ pun boleh. Boleh dapatkan terus urutan dari Mak Siti (Berpengalaman lebih 30 tahun)
NO 62, TEMPUA 3 TAMAN SCIENTEX,
81700, PASIR GUDANG,, JOHOR DARUL TAKZIM.
Untuk tempahan wassap kami ye untuk fast respon :-
Atau ke laman Fan Pages Suraya Mother Care & Beauty di facebook .
P/S: Sis ko kalau masih lagi nak mengandung, memang Sis ko amik pakej ni, booking terus 10 hari hahahaha. Sonang la haiii, Suami pun tak susah hati nak tinggalkan Isteri di rumah, betul tak. Mahal? Boleh menabung dari sekarang. Tapi Sis ko dah PENCEN hahahaha.
untung nya husband sis menolong masa tu...eeee... nak berangan lerrr dpt husband yang peyayang gilerr.😘😘🤩😘
ReplyDeleteAlhamdulilah @Farahain, dulu ye ler, kerja tak terlalu sibuk, sekarang kalau Sis ko beranak, agaknya menjaga le sengsorang hahaha bizi memanjang ...
Deletemacam2 pakej berpantang ada..
ReplyDeleteKannn @Farah, awak save no ni, esok-esok dah kahwin nak amik pakej bersalin, haaa boleh cuba ni hehehehe
DeleteAssalamualaikum lin..mmg senang dan mudah skg ni kn...hanya sediakan duit pastu dptkn pakej mcm ni....
ReplyDeleteWaalaikumussalam Mama @Maszull, yee Maa, mudah senang, menabung ajelah dahulu kan..pakej ada pilihannya ..
DeleteLaaaaa igt sis lin tadi ada isi lagi.. amat dapat adik.. baru nak hepi2 rupanya mimpi di siang hari..😁
ReplyDeleteHahaha aku kalau bersalin lagi, mau kenduri 7hari 7malam aku buat @Retna oiiii hahahaha
Deletebagus ada servis macam ni...mudah untuk ibu2 bersalin yang suaminya sibuk bekerja dan ahli keluarga jauh2 nak tolang jaga masa pantang..tinggal kumpul duit ajeee
ReplyDeleteIyerr @Sunah, bukan kata untuk yang berduit, tapi kenalah menabung kalau nak pakej penjagaan macam ni, nak seribu daya, taknak ....malas nak komen...
Deletehaa tula tengok jugak kwn kt kota tinggi die guna khidmat ni. senang kan tak susahkan parents. lagi la kite ni duduk jauh. penah terpikir next baby nk pakai pakej ni. huhu kalau mampulah.
ReplyDeleteBetul @Ena, ikut kemampuan, kalau nak juga, menabung awal-awal, bukan kata berduit aje, kalau pandai menabung, reward untuk diri sendiri kan...
Delete