5 MINUMAN PANAS INI BANTU MENURUNKAN BERAT BADAN. JOM CUBA!

Sis Lin
12
5 MINUMAN PANAS INI BANTU MENURUNKAN BERAT BADAN. JOM CUBA! | Setiap wanita mengidamkan berat badan yang ideal. Bagi korang yang mempunyai masalah berat badan berlebihan, sudah tentu korang ingin menurunkan berat badan dengan cepat dan mudah. Yang paling penting SELAMAT. Ada cara yang boleh korang amalkan untuk menurunkan berat badan tanpa diet.

Jika korang tidak mempunyai banyak waktu untuk selitkan senaman sebagai rutin harian, korang pasti berminat untuk mencuba minuman panas ini bagi membantu korang untuk menurunkan berat badan.

Sebenarnya ada beberapa jenis minuman panas yang ramai orang tidak tahu ia mampu menjadikan korang kurus tanpa perlu bersusah payah. Ia tidak hanya sedap diminum tetapi juga boleh menghilangkan lemak dalam badan, dan membuat anda tampil ramping. 

Minuman panas apakah itu? Jom kenalpasti..


Kopi Hitam 

Kopi hitam atau Black Coffee adalah salah satu jenis minuman panas terbaik untuk menurunkan berat badan. Korang boleh cuba minum kopi hitam panas dua kali sehari dan rasai sendiri perbezaannya. Tapi harus diingat ya, kopi hitam panas ini haruslah tanpa gula.

Minum kopi satu jam sebelum korang lakukan senaman atau sebarang latihan dapat menambah tenaga dan tumpuan supaya korang lebih fokus dan bersemangat. Di samping itu, kopi dapat membantu melindungi sendi yang rosak dan mengurangkan kesakitan setelah latihan kerana di dalam kopi mengandungi zat antioksidan.


Teh Hijau 

Siapa yang tidak tahu tentang manfaat hebat teh hijau untuk membuang lemak?
Teh herba yang satu ini sudah lama dipercayai untuk menurunkan berat badan. Jadi, jika korang sekarang dalam proses diet, korang  WAJIB memasukkan minuman teh hijau panas ini ke dalam menu diet harian korang.

Supaya ia lebih sedap untuk dinikmati, korang boleh cuba campurkan 1 sudu madu ke dalam satu cawan teh hijau panas. Kemudian tambah 1 hingga 3 titis perahan air lemon. Korang boleh amalkan minum setiap pagi sewaktu perut kosong. Amalkannya setiap hari supaya hasilnya juga terbaik.


Teh Hitam

Teh hitam ini juga bermanfaat untuk membantu korang mendapatkan berat badan ideal. Hampir sama seperti teh hijau, korang boleh tambahkan madu dan juga lemon ke dalam satu cawan teh hitam panas untuk hasil terbaik. Dan minum dalam keadaan perut korang masih kosong pada waktu pagi.

Antara manfaat lain teh hitam adalah mampu meningkatkan metabolisma, membakar kalori, bermanfaat sebagai detox dan juga mengawal nafsu makan supaya korang tidak makan berlebihan.


Teh Dan Madu 

Campurkan 2-3 sudu madu ke dalam satu cawan teh tawar. Pastikan korang meminumnya ketika masih panas. Cara ini dipercayai mampu membantu korang membuang lemak dalam badan, dan menjadikan tubuh lebih langsing.

Amalkan minuman panas ini sebanyak 2-3 kali setiap hari. Ingat! Korang harus menghindari gula untuk cepat langsing bukan? Gantikan dengan madu sahaja.


Teh Kayu Manis

Teh kayu manis juga dapat membantu penurunan berat badan. Caranya dengan campurkan teh tawar panas dengan serbuk kayu manis. Bagi minuman teh kayu manis ini, korang boleh amalkannya dua kali dalam satu minggu, tapi secara konsisten ya, supaya berat badan ideal yang korang impikan boleh direalisasikan.

Teh kayu manis secara semulajadi ia adalah rendah kalori dan membantu korang mengatur kadar gula dalam darah. Jika gula dalam darah korang seimbang, korang akan cenderung untuk memiliki nafsu makan yang tidak besar. Selain itu, teh kayu manis sebenarnya juga dapat membantu korang melancarkan sistem pencernaan.



Jadi inilah lima jenis minuman panas untuk bantu korang kurus. Ternyata, untuk memiliki berat badan yang ideal, korang tidak perlu menyeksa diri sendiri dengan melakukan diet yang ekstrim, bukan?

Kerana diet pada hakikatnya mengatur gaya hidup yang sihat serta diiringi dengan disiplin dan keinginan yang kuat. Kalau sekadar fokus di permulaan sahaja, sampai bila-bila pun korang tidak akan nampak hasilnya.

Dengan mengetahui manfaat minuman ini, korang sudah tahu bahawa dengan mengamalkan minuman panas di atas tadi secara teratur, makan lemak dalam badan juga boleh dihilangkan. Tapi ingat ya, untuk hasil maksimum, korang harus melakukannya secara rutin dan disiplin.

Selamat mencuba!

 Sumber : Ezdiet






P/S: Okay jom kita bancuh kopiO TANPA GULA huhuhu :(


إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Gian ako, tiap pagi teh ais je ni weii huhu.....

    ردحذف
    الردود
    1. Huhuhu sama laaa aku ni @Retna..hampir 3minggu ni tak minum kopi...gian gilerrr

      حذف
  2. hurmm..teh jugak yang banyak membantu jadi kurus ekk...kopi tanpa gula tu, mampu keeeee

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn, semuanya teh ajer, makanya ajomm kita minum teh @Sunah heheheh

      حذف
  3. kita minum teh hijau tanpa gula je setiap pagi

    ردحذف
    الردود
    1. Lagi bagus tu, ada salah satu minuman panas dalam ni juga @Farah..amalkan terus ya...

      حذف
  4. setakat ni dok minum kopi.. tapi mmg betul org minum kopi pahit dan hitam tak naik brat...

    ردحذف
    الردود
    1. Sis dulu pengemar kopi hitam @Maria, sangat coffee lover, berat takde laa turun mana tapi senang nak maintain gitu...

      حذف
  5. Teh kayu manis je tak pernah cuba lagi. Nanti kena cuba ni.

    ردحذف
  6. SA tak boleh minum teh...badan banyak angin jadinya nanti...ke paranoid je lebih?kopi 434 SA suka

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaa sama dengan Sis laaa @Suria, kalau minum teh banyak angin hahahaha...
      Uitt kopi tu memang sedap ya amatt!!!

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!