8 MARCH - SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2019

Sis Lin
12
8 MARCH - SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2019 | Yaaa siapa sini wanita atau perempuan, Sis nak ucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia korang! Sweet sangatkan tiap-tiap tahun sambut hari wanita. Bangga sekejap menjadi wanita. Mungkin sebab itu ramai jejantan nak jadi wanita kan, sebab mereka takde hari Lelaki opsss..

Begitu besar peranan seorang wanita sehingga ada pepatah yang menyatakan, ‘Wanita itu tiang negara. Apabila wanita itu baik, maka negara akan baik. Jika wanita itu rosak, maka negara juga akan rosak.”

Maka, sebagai wanita, kita seharusnya merasa bersyukur dan bangga ditakdirkan Allah menjadi seorang wanita. Ini kerana, terlalu besar peranan dan darjat yang Islam berikan kepada para wanita. 

Syaikh Akram Nadawi menyatakan, “Jika semua orang tahu status seorang wanita Muslimah dalam Islam, maka lelaki pun pasti ingin menjadi wanita.”

Seperti kata-kata Saidina Ali bin Abi Thalib,

“Wanita itu seperti bunga. Mereka harus diperlakukan dengan lembut, baik hati, dan dengan kasih sayang.” Namun, jika mereka dikasari, akibatnya mereka akan memberontak dan sampai satu tahap mereka sudah hilang sifat kelembutannya.

Oleh itu, santunilah para wanita di sekeliling anda. Malah, inilah yang dilakukan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Nabi Muhammad saw juga berpesan agar menasihati wanita secara baik, seperti mana dalam hadis:

Dari Abu Hurairah ra, beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:

“Nasihatilah kaum wanita secara baik, kerana wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang berada di bahagian yang paling atas.
Jika engkau meluruskannya, bererti engkau mematahkannya; dan jika engkau membiarkannya, maka dia tetap akan bengkok. Oleh itu, nasihatilah kaum wanita secara baik.”
(HR Bukhari Dan Muslim)

Mengandung, melahirkan, menyusukan serta membesarkan anak adalah satu pengorbanan besar seorang wanita yang bergelar ibu. Fasa ini memang melelahkan. Namun, Allah swt Maha Mengetahui segala keletihan yang kita alami. Maka, sebagai wanita, kita belajarlah untuk redha. Redhanya hati kita mengandungkan, melahirkan, menyusukan serta membesarkan anak-anak akan dibalas dengan ganjaran yang sangat besar di akhirat nanti.


Selamat Hari Wanita Sedunia | Happy Women's Day 
Buat semua pembaca blog Aku Sis Lin yang berstatus jantina Wanita . 

MOga pengorbanan kita ikhlas dan akan menjadi saham akhirat dan jalan untuk kita ke Syurga..aamiinn..


P/S: Kenapa tidak ada Hari Lelaki Sedunia ek ? Ermmmm ke ada ? 

Post a Comment

12Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. wahhh.. selamat hari wanita sedunia!

    ReplyDelete
  2. Selamat hari wanita Sis Lin...

    ReplyDelete
  3. Selamat hari wanita sis..hari lelaki takde sebab diorang da ade Hari Bapa..cukup lah 😝

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Wanita juga @Sunah..
      Nanti lelaki jawab, wanita pun ada hari ibu juga hahahaha

      Delete
  4. happy women's day sis.... bertuah jadi pompuan hii.. semua orang sayang hii

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Wanita juga @Wani ..Kannn dan juga sayangilah diri kita juga :)

      Delete
  5. Selamat Hari Wanita Sedunia juga buat Sis Lin

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!