8 MARCH - SELAMAT HARI WANITA SEDUNIA 2019 | Yaaa siapa sini wanita atau perempuan, Sis nak ucapkan Selamat Hari Wanita Sedunia korang! Sweet sangatkan tiap-tiap tahun sambut hari wanita. Bangga sekejap menjadi wanita. Mungkin sebab itu ramai jejantan nak jadi wanita kan, sebab mereka takde hari Lelaki opsss..
Begitu besar peranan seorang wanita sehingga ada pepatah yang menyatakan, ‘Wanita itu tiang negara. Apabila wanita itu baik, maka negara akan baik. Jika wanita itu rosak, maka negara juga akan rosak.”
Maka, sebagai wanita, kita seharusnya merasa bersyukur dan bangga ditakdirkan Allah menjadi seorang wanita. Ini kerana, terlalu besar peranan dan darjat yang Islam berikan kepada para wanita.
Syaikh Akram Nadawi menyatakan, “Jika semua orang tahu status seorang wanita Muslimah dalam Islam, maka lelaki pun pasti ingin menjadi wanita.”
Seperti kata-kata Saidina Ali bin Abi Thalib,
“Wanita itu seperti bunga. Mereka harus diperlakukan dengan lembut, baik hati, dan dengan kasih sayang.” Namun, jika mereka dikasari, akibatnya mereka akan memberontak dan sampai satu tahap mereka sudah hilang sifat kelembutannya.
Oleh itu, santunilah para wanita di sekeliling anda. Malah, inilah yang dilakukan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Nabi Muhammad saw juga berpesan agar menasihati wanita secara baik, seperti mana dalam hadis:
Dari Abu Hurairah ra, beliau berkata bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
“Nasihatilah kaum wanita secara baik, kerana wanita itu diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok adalah yang berada di bahagian yang paling atas.Jika engkau meluruskannya, bererti engkau mematahkannya; dan jika engkau membiarkannya, maka dia tetap akan bengkok. Oleh itu, nasihatilah kaum wanita secara baik.”(HR Bukhari Dan Muslim)
Mengandung, melahirkan, menyusukan serta membesarkan anak adalah satu pengorbanan besar seorang wanita yang bergelar ibu. Fasa ini memang melelahkan. Namun, Allah swt Maha Mengetahui segala keletihan yang kita alami. Maka, sebagai wanita, kita belajarlah untuk redha. Redhanya hati kita mengandungkan, melahirkan, menyusukan serta membesarkan anak-anak akan dibalas dengan ganjaran yang sangat besar di akhirat nanti.
Selamat Hari Wanita Sedunia | Happy Women's Day
Buat semua pembaca blog Aku Sis Lin yang berstatus jantina Wanita .
MOga pengorbanan kita ikhlas dan akan menjadi saham akhirat dan jalan untuk kita ke Syurga..aamiinn..
P/S: Kenapa tidak ada Hari Lelaki Sedunia ek ? Ermmmm ke ada ?
wahhh.. selamat hari wanita sedunia!
ردحذفSelamat Hari Wanita juga @Mia ...
حذفSelamat hari wanita Sis Lin...
ردحذفSelamat Hari Wanita juga @Suria ..
حذفSelamat hari wanita sis..hari lelaki takde sebab diorang da ade Hari Bapa..cukup lah 😝
ردحذفSelamat Hari Wanita juga @Sunah..
حذفNanti lelaki jawab, wanita pun ada hari ibu juga hahahaha
happy women's day sis.... bertuah jadi pompuan hii.. semua orang sayang hii
ردحذفSelamat Hari Wanita juga @Wani ..Kannn dan juga sayangilah diri kita juga :)
حذفSelamat Hari Wanita Sedunia juga buat Sis Lin
ردحذفSelamat Hari Wanita juga Mrs @A ...
حذفSelamat Hari Wanita :)
ردحذفMakaseh @Ejulz ..
حذف