BARU SIS TAHU DI PAKA NI ADA COOLBLOG, HAHAHA

Sis Lin
20
BARU SIS TAHU DI PAKA NI ADA COOLBLOG, HAHAHA | Bukan jakun ataupun kuno, tapi memang baru tahu di Paka ni ada Coolblog, yakni minuman kegemaran tiap kali cuaca panas berdenting. Kalau pergi 7eleven, memanjang mesin slurpee tu rosak! Entah apa yang rosak pun tak tau. Bila dah ternampak Coolblog ni, makanya berhoray-horay le kejap hehehe. 

Mulanya tengah hari semalam keluar nak cari car wash, nak cuci kereta yang berdanau berdaki gile, sakit mata memandang. Lagi-lagi bila nak drive balik Johor nanti, rasa tak tenang hidup nengok. Dan dalam pada mencari, ternampak booth Coolblog ni di pam minyak Petron. Haaa apalagi, memang Sis ko singgah le gamaknya. Selama ni tak perasan pulak. Siap call bagitau Suami, Suami kata 'lama dah ada' erkkk huhuhu ...

Dan lagi satu, boothnya tu ke dalam sana, dekat dengan tandas belakang area pam angin, manalah nak nampak kan. Tu ler kata rezeki, boleh pulak mata melilor kiri kanan dan boleh ternampak hehehe. Dah le cuaca panas berdenting kat Paka ni. Hurmm sianlah Suami, mencari rezeki tak kira panas dan hujan. Moga Allah pelihara Suamiku dan diberikan kesihatan yang afiat. aamiinn..


Cubalah korang bayangkan dengan cuaca panas terik, sekali korang dapat air coolblog milktea passion fruit ni, tak ke nyaman anak tekak hahahaha. Begitulah perasaan Sis ko bila mendapatnya. Padahal kat Johor selalu jer melantak hahahaha. Eh suka kitalah nak post. 

Time nak beli tu agak susah sikit nak berinteraksi, hahaha kelakar pun ada, yelah mereka cakap loghat Trengganu, yang Sis ko ni cakap loghat Johor, makanya bila nak order tu, memasing macam 'haaaa haaa' je ler, bukan sebab pekak, tapi sebab kurang faham hahahaha so kenalah tunjuk gambar baru faham kekekeke. 


Lepas dah dapat Coolblog, terus bawa kereta cuci, phewww lega bila jumpa kedai cuci kereta. Barulah bersinar mata Sis ko tengok kereta bersih aje. Biarpun kereta lama janji bersih luar dan dalam, itu memang perangai Sis kalau Sis yang memandu atau Sis punya kereta. Kalau naik kereta orang, Sis tak kisah. Tu kereta dia hehehe.

Viva? Yerr itulah kereta Viva anak Sis, yang Sis pandu dari johor ke Paka. Kenapa? Okay je bagi Sis. kalau kita yakin dan berserah, niat dan tujuan kita tu hanya kerana Allah, nak kemana pun insyaAllah selamat, walau dengan Viva ajerrr. Janji sebelum gerak, servis dan check semua apa yang patut, tu sebagai faktor keselamatan. Alhamdulilah Allah permudahkan. 


Lepas dah settle semua cuci kereta, terus cari kedai makan pulak. Dan yang ni pun kawan rekemen juga, kedai makan Wok and Grill. Kedainya berdepan jalan besar Paka jer. Maaf lupa nak amik gambar depan kedai, lainkali eh kita review. Ni hanya up untuk entri harini jer..

Bolehlah tahan masakan dia. Sis order nasi goreng with lamb grill and barli ais, add on cheezy wedges rm29.30. Agak mahal tapi kalau dah makan jangan berkira okay, i dont like. Nak ikutkan Sis malas nak makan, tunggu Suami je sekali makan dinner, tapi sebab pagi tadinya tak makan, jadi lapar kemain perut hahaha. So nanti malam, kita makan ringan-ringan aje ler. 

Apa-apa pun, bersyukurlah seadaanya. Panas kita bersyukur, sejuk pun kita bersyukur. 
Jangan lupa say alhamdulilah for today. 

Terima kasih sudi baca entri harini heheheh. 
OkBai. nanti sambung lagi. 






P/S: Rindu bantak buchuk! 😖


Post a Comment

20Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. la mati mati ingat ko naik bas hahaha...
    rupa nya drive!!

    #powerwomen

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe dah penat naik bas laaa @Retna, naik kereta drive lagi best syokk wooo...

      Delete
  2. pergh..power lah kak drive dr johor ke paka..kita klu xde co pilot mmg xjlan la..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe kalau ada dengan Suami pun, Sis juga yang drive Cik @Nor ...hehehe tapi Sis memang suka drive ..

      Delete
  3. adoii.. lawak la sis ni.. org joho ckp ngan orang ganu.. cam ayam cakap ngan itik ehh.. hehe.. nasib dapat air yg coolllll.. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerr @Dilah, kita cakap dia haaaa, kita cakap dia haaaa..dah macam ayam itik le gamaknya hahahahaha

      Delete
  4. Jauh tu sis merempit hihi... Kita pun kalau nak jalan jauh, service keta dulu baru confident nak travel hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn servis dan check semua kereta memang keselamatan utama Puan @Hazel, kalau tak memang tak berani juga nak memandu ...

      Delete
  5. bile laa ehkkk dpttt temannnn sis gi paka...eeee mestii seronokk dengarrr kisah sejarah sepanjang perjalanan. hahahahhaahhaa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha bulan depan jommm ke Paka @Farahain..nanti Sis bagitau ya..mesti meriah ..

      Delete
  6. Saya kira minuman khusus para bloger

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe kann @Mawardi..blogger suka ek minum heheheh

      Delete
  7. sedap ni. lagi2 cuaca panas sekarang ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yer @Ejulz, tengah panas ni, bila dapat sedut, perghh nyamannnn...

      Delete
  8. eeee kambingggggg...pantang nampakkk..nasib semalam ada jugak makan kambing secicip dua..haahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha nanti jom lee kita beli kambing dan bako sendiri @Sunah, makan sampai lebam hahahaha

      Delete
  9. lega sangat dapat coolblog dalam cuaca panas ni kan.. fuhhhh

    www.maisarahsidi.com

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe, Paka panas sangat @Maisarah ...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!