BUFFET RAMADHAN : BERBUKA PUASA DI CAPITAL CITY MALL, HARGA 'MEMANG BERBALOI' ! Kalau sebelum-sebelum ni, Sis share #BuffetRamadhan di hotel and resorts aje, so kali ni agak berlainan sikit. Buat pertama kalinya dan julung kalinya #BuffetRamadhan diadakan di dalam shopping mall, yerr dalam shopping mall, di mana? Di Capital City Mall.
Tentu korang tertanya-tanya bagaimana konsep #BuffetRamadhan kalau di adakan di shopping mall ni kan? Untuk #BuffetRamadhan pertama kalinya Capital City Mall adakan, ianya akan berlaku di level 3, konsep sama juga seperti #BuffetRamadhan lain, cuma tidaklah ada bakar membakar secara live. Semua menu yang telah tersedia ada.
Lebih dari 100 jenis menu akan di hidangkan dengan harga tempahan awal RM 39.90 untuk dewasa dan RM 19.90 untuk kanak-kanak, dan untuk kanak-kanak pula, mereka akan dapat secara percuma tiket untuk bermain di MCM studio dia tingkat atas juga tiket percuma menaiki gondala air yang baru di buka. Best ke tak best tu. Ini sebagai daya tarikan untuk mereka yang akan membawa anak-anak.
Menu-menu yang disediakan ada ada bermacam jenis, menu kampung adalah menu utamanya, kebanyakkannya adalah selera orang Johor. Contohnya: Nasi Goreng Cina, Oden, nasi beriani, Mee dan Mee Hoon goreng, asam pedas ikan pari, ulam ulaman, daging berempah, daging masak hitam, ikan masak sweet sour, satay, laksa penang, aneka jenis kuih, dessert, roti jala dan bermacam lagi.
Meh kita lihat antara menu yang ada pada hari Sis pergi tu ya. Tapi nanti bulan ramadhan, menu akan di pelbagaikan, tidak hari-hari sama aje.
Juga ada disediakan Surau + Solat terawikh berjemaah .
Selain Itu di Capital Mall sepanjang Ramadhan juga ada :
- Di luar Capital City juga di dalam akan diadakan Bazar Ramadhan menjual pelbagai juadah berbuka puasa. Jadi bagi mereka yang datang shopping ke Capital City Mall, bolehlah membeli juadah berbuka puasa.
- Jualan lebih 1000 jenis kuih/biskut raya terbesar yang akan memecah rekod Malaysia Book of Rekod kan di adakan di ruang legar sekeliling Capital City Mall. Bagi sesiapa yang meniaga kuih raya, bolehlah buat tempahan gerai yer.
- Juga terdapat 30 tapak jualan Johor Street bagi mereka yang ingin meniaga, contoh: kuih muih, barangan kering, pakaian, dan apa saja jualan (boleh hubungi pihak Capital Mall untuk sewa tapak: harga serendah 900 hingga rm1200). Ini bagi memberi peluang kepada peniaga yang ingin meniaga dengan harga sewa mampu bayar, Tanpa deposit.
- Juga penyampaian Bantuan asnaf, warga emas seramai 200 orang akan di hulurkan oleh pihak Capital City Mall sebagai 'duit raya' bagi mereka yang kurang berkemampuan.
- Pada 25 - 27 April - Acara Muay Thai juga akan berlangsung di sini. Terbuka untuk orang ramai melihat dan saksikannya. *akan update kemudian waktu dan acaranya.
Untuk tempahan, hubungi:
018-2754 136 (AZZA)
011-2875 7755 (ISKANDAR)
011-1140 4218 (MOHD ZHARIF)
011-1147 4127 (ANAS)
Facebook: https://www.facebook.com/CapitalCityJB/
Website: http://www.capitalcity.com.my
meriahnya makanan-makanan yang di sajikan dekat sini sis
ردحذفYerr sangat meriah @Julia, then lepas makan boleh soping hehehe
حذفajomm...buka puasakat sini
ردحذفJomm laa pakat-pakat reramai buka puasa sini ramai-ramai JDT Blogger @Rohaida ...
حذفberbaloi-baloi kan! bagi yang nak rasa berbuka di buffet ramadhan, boleh la cuba kat sini
ردحذفKannnn sangat berbaloi dengan harga dan menu yang di hidangkannya kan @Sunah ...
حذف