DARURAT BENCANA - GAS METANA | Kerajaan perlu mengumumkan pengisytiharan darurat bencana di Pasir Gudang memandangkan jumlah mangsa yang mendapatkan rawatan kini hampir mencecah 3,000 orang.
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menegaskan, situasi di lokasi itu sudah semakin serius namun beliau hairan mengapa tiada pengisytiharan darurat bencana dibuat.
"Pengisytiharan darurat bencana berbeza dengan darurat kerana menggugat keselamatan. Bila berlaku bencana berskala besar, darurat diisytiharkan agar agensi-agensi penyelamat boleh menguruskan sumber tenaga untuk memberi respon, mengurangkan dan memulihkan keadaan serta membantu mangsa-mangsa bencana. Ia bertujuan untuk mengurangkan dan menghapuskan kesan agar dapat mencegah bahaya yang melanda di kawasan-kawasan yang terkena bencana tersebut."
Sumber : Awani
Apa itu Darurat Bencana
1. “Darurat Bencana” diisytiharkan bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam. Pengisytiharan ini akan dipertimbangkan dengan melihat kepada kompleksiti dan magnitud bencana, tahap kemusnahan bencana tersebut, kemampuan sumber sama ada kewangan, tenaga manusia dan kelengkapan, tahap keperluan kepakaran, bantuan dan tempoh masa yang diperlukan untuk menguruskan bencana tersebut.
2. Pengisytiharan “Darurat Bencana” ini berbeza daripada Pengisytiharan Darurat di bawah Perlembagaan yang dibuat oleh Yang Di Pertuan Agong kerana ianya melibatkan situasi huru hara dan ketenteraman awam yang memerlukan satu perintah berkurung dikeluarkan.
3. “Darurat Bencana” dilaksanakan secara arahan pentadbiran dan keputusan eksekutif oleh YAB Perdana Menteri tertakluk kepada undangundang dan peraturan sedia ada dan termaktub dalam Arahan MKN No. 20.
4. " Darurat Bencana "ini dibuat adalah untuk memastikan pengemblengan sumber seluruh Kementerian dan agensi yang terlibat dalam pengurusan bencana di peringkat Persekutuan, Negeri dan Daerah bagi mengatur dan mengambil langkah-langkah perlu bagi menjamin keselamatan dan kesihatan awam sentiasa terpelihara.
Sumber - Portal Bencana
Perdana Menteri Malaysia Menolak Pengisytiharan Darurat Bencana
Perdana Menteri Malaysia menolak pengisytiharan darurat bencana di kawasan yang terdedah dengan pencemaran sisa kimia di daerah Pasir Gudang, Johor, dengan meminta semua pihak memberi keyakinan kepada kerajaan negeri dalam menangani isu berkenaan.
Dr Mahathir Mohamad berkata demikian selepas sesi lawatan dan taklimat berkenaan krisis tersebut oleh Jawatankuasa Petugas Khas di Pasir Gudang pada Khamis.
“Kita tidak perlu mengisytiharkan darurat… dan tidak perlu memindahkan penduduk, tapi kita perlu berhati-hati…. dengan mereka yang bertugas untuk mengawal keadaan mestilah bersedia untuk menangani apa jua masalah yang berlaku. Beliau berkata walaupun mangsa mengalami kesan yang serius, doktor yang ditugaskan untuk merawat kes-kes tersebut sedar dan mengetahui bagaimana menangani racun yang sedemikian. Saya harap orang di sini memberi keyakinan terhadap kerja-kerja yang dilakukan,” kata beliau kepada media pada satu sidang media di Johor Bahru.
Sumber: Benarnews
Apa Itu Gas Metana ?
Apa saja Penyebab dan Bahaya nya bagi Kesehatan dan Lingkungan.
Metana (Methane) adalah hidrokarbon paling sederhana yang berbentuk gas dengan rumus kimia CH4. Metana murni tidak berbau, tidak berwarna, extremely flammable, asphyxian (mampu menggeser oxygen), non toxic dan non corrosive. Namun jika dipergunakan untuk keperluan komersial, biasanya ditambahkan sedikit bau belerang untuk mendeteksi kebocoran yang mungkin terjadi.
Kita dapat mencium bau metana, hanya bila gas ini di campur dengan zat tambahan atau bila gas ini bercampur dengan gas H2S dan timbul bau rotten eggs atau telur busuk. Jika anda mencium bau ini, maka konsentrasinya berarti sudah tinggi dan berbahaya untuk kesehatan. Metana merupakan komponen utama dari gas alam.
Baca lagi di SINI
P/S: #PrayForPasirGudang ..itu je mampu Sis komen. Dan untuk yang bertanya, yer Sis masih lagi stay di rumah di Pasir Gudang, duduk diam kuarantin dalam rumah. Doakan kami sekeluarga dan penduduk Pasir Gudang semua yang masih stay di rumah dalam keadaan baik-baik ya.
Saya doakan yang terbaik untuk akak sekeluarga dan jugak penduduk Pasir Gudang
ردحذفAaamiinn...mudah-mudahan, insyaAllah @Mija..makaseh @Mija ...
حذفInsyaAllah.. Semoga semuanya dalam keadaan terkawal
ردحذفInsyaAllah..aamiinn , sama-sama kita berdoa Kak @Seri..
حذف