HUJUNG MINGGU BERSAMA GEGADIS DI 'BLOOMING LOVE WEDDING'S SHOWCASE'

Sis Lin
8
HUJUNG MINGGU BERSAMA GEGADIS DI 'BLOOMING LOVE WEDDING'S SHOWCASE' | Hehehe yer gegadis, Farahain, FarahDinah, Farahuda dan Nona kecuali Sunah dan Sis, sebab kami berdua gegata jer kakakakakakakah kami dah berkahwin laaaaa 😆, yang lain tu gegadis belum kawin hahahaha.. adeiiiii 

Hujung minggu hari cuti, kebetulan gegadis dan 'gegata' berdua ni pun semua free, makanya kami semua pakat nak ke majlis festival kahwin-kahwin yang sedang berlangsung di Renaissance Hotel semalam. Festival sehari ni terbuka kepada semua. Ermm kalau yang tak tau tu, mungkin tak baca le tu iklannya. Hehehehe. Takpe tunggu yang keduanya pulak festival yer. 

Kitaorang memang plan nak datang awal, sebab lepas dah meronda di sana nak melepak plak tempat lain hehehe mana lagi sebelah aje lerr, Jusco Permas 😋 .

Sesampai aje kami, kami semua terus tinjau meninjau keadaan sekeliling festival, kami masuk je terus WOW...memasing 'cantiknya', waaaaa 'bestnya' hahahaha jakun sekejap semua..hahahaha yerr sepanjang Sis ko ni jadi blogger, ni ler pertama kali pergi event festival kahwin-kahwin ni, selalu banyak event makan je bak kata En H hahahahaha...tapi ni pun ada juga makannya hahahaha. Tapi seriuslah, Sis ko memang teruja, kena pulak Sis ko ada anak perempuan, yang juga akan atau bakal mendirikan perkahwinan, so sekali ler skodeng dan survey-survey deko kan hehehehe. 

Sana cantik sini cantik, semua cantik. Kalau Sis ko yang jadi pengantinnya, kompom pening head nak pilih yang mana hahahaha. Walaupun harganya telan aiyaq liur dengar hahahaha tapi cantik giler. 

Meh Sis tunjuk deko dan keadaan sebenar dalam ballroom (tingkat 2) dalamnya jika majlis berlangsung. Boleh muat lebih dari 800 orang tetamu. 



Gambar atas: Tu adalah salah satu contoh deko pakej pelamin atau pakej perkahwinan, senang kata 'wedding planner' lah yang ada masa festival tu. Tak silap namanya Time Machine Event  (korang google lerr) . Cantik, sweet ajee colornya kan ..

Gambar bawah: Gambar dari arah depan pentas pelamin berdepan dengan meja makan beradap pengantin. Besar dan luaskan. 



Gambar atas: Meja makan pengantin dan vip yang di hias pada hari festival semalam, sangat cantik dan eksklusif gitu ..ko tengok pinggan dia hehehe klas ko!

Gambar bawah: Meja-meja tetamu juga di hias cantik dan ada skrin tv besar yang membolehkan semua tetamu melihat acara perkahwinan dengan lebih dekat sepanjang majlis berlangsung. 



Gambar atas: Meja tetamu ahli keluarga atau VIP yang korang rasa khas dan special untuk mereka duduk di situ. Taknak pun takpe ..

Gambar bawah: Ruang pentas atau pelamin yang akan di deko atas tu. Dan hujung sebelah kanan tu, tempat potong kek. 



Gambar atas: Kami ber-6 yang FREE yang sempat singgah ke festival semalam. Gegadis tu tengah 'waze' jodoh katanya sebab pakej dah ada, Mr.Right pulak sesat hahahaha. Dah habis meronda, Gegadis dan Gegata sempat juga bergambar di booth yang di sediakan, dan terus memasing dapat sorang sekeping gambar printnya...suka sangat !

Gambar bawah: Keluar aje pintu, memasing nampak pulak orang jual batu-batu kristal. Sis ko memang pantang nampak kristal, memang gilerrr. Kalau boleh nak beli semua hahahaha. Tapi jadilah beli seketul je. Bagi sesiapa yang pergi semalam, dapat beli gelang kristal ni dengan harga hanya RM 15 sahaja. Harga asalnya RM 49. Tak caya pergi ke aras lobby hotel, sebelah kanan bawah tangga, masuk kedainya Jewellery tu. Ada batu-batu jed dan kristal yang di pamerkan dan di jual. 
Kira kami bertuahlah semalam hehehe. Semua beli kecuali Ain . 

So kalau korang ada kemampuan dan budget dan nak anak korang buat majlis di sini, haaa bolehlah hubungi pihak Renaissance yer. Harga boleh bincang dan ikut apa yang korang mahu dan mampu. Kot mana tau kan dapat harga special, ko jangan petik nama 'Sis Lin' pulak, lain pulak citenya kang hahahahaha. 

Jangan kata hakak tak payung ye 😜

Info dan maklumat lebih terperinci.
Korang boleh ke facebook page : Renaissance Hotel Johor Bahru 






P/S: Bab kahwin-kahwin ni jadi  pening head juga Sis ko, maklum ada 2 anak perempuan nak di uruskan. Anak lelaki sorang, pun sama juga boleh pening head ..makin hari belanja makin besau uii, buatlah sekadar seadanya... ikut kemampuan ... 😖


Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Replies
    1. Memang meriah @Ejulz...bagi yang nak kahwin sesuai le ke festival begini ...kita cuci mata ajer...

      Delete
  2. syok tengok pameran pengantin ni...rasa macam nak duduk atas pelamin lagi je ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kalau ko pergi semalam, bukan duduk lagi, boleh photoshoot sekali @Rohaida hehehehe

      Delete
  3. hahahahah gegata pun boleh aku ni...tapi taknak la kena gigit dengan gegata...gatal2 nanti...lain jadinya..ahhahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha mereka gegadis, kita gegata @Sunah hahahahaha adeiiii gelak besau aku hahahahahahhaa

      Delete
  4. :D gegadis dan gegataaa... aduh feningg tengok deko lawa cam nak buat balik munge2 tu dan kerusi yang lovve2 tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha kannn @Wani, cantik sangat..tengok secara live lagi cantikkkk..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!