INGATKAN SAKIT PINGGANG BIASA, RUPANYA KENA SLIP DISC | Yer pesanan panjang nak buat ni khas untuk korang yang selalu mengadu sakit pinggang dan juga yang suka amik remeh bab sakit-sakit ni. Sila baca dan hadamkan betul-betul.
Apa yang nak Sis tulis harini adalah kisah benar dari pengalaman Sis sendiri melihat anak sakit pinggang, tapi bukan sakit biasa-biasa yer. Sebelumnya pun memang sekalu juga anak mengadu sakit pinggang, tapi disebabkan juga dia kerja siang hingga ke malam, bizi ke sana sini, jadi mungkin atas sebab penat atau terlalu letih seharian bekerja. Jadi sakit tu di ambil ringan aje.
Hinggalah satu hari, sewaktu anak Sis di tempat kerja, dia mesej bagitau yang dia sakit pinggang sangat. Sis kata kenapa? Dia jawab tak tau sakit sangat ni, tak boleh nak duduk. Kemudian dia suruh Sis datang amik dia, lagipun dia tengah meeting. Yang Sis ko ni dengan belum mandi bagai, tengah mop lantai, jadi suruh le dia balik je sendiri, nanti balik gi hospital.
Tak lama kemudian, anak Sis balik, tapi kawan opis dia hantar secara berjemaah hahaha. Dah macam orang hantar rombongan meminang gitu. Terkejut gak Sis, dan bila nampak anak Sis keluar dari kereta, terbongkok-bongkok macam nenek bongkok tiga, terus berkata dalam hati, eh teruk sangat ke tu..
Tengok muka anak macam baru lepas menangis. Katanya sakit Mak, adik tak tahan. Terus dia baring melengkung kat karpet. Ishh teruk benau ni. Sis terus bersiap dan terus bawa dia ke KPJ Pasir Gudang.
Sampai sana kena pergi dulu wad kecemasan. Setelah dia bagi suntikan dan check semua, tapi anak Sis masih kata sakit pinggang dan belakangnya, maka terpaksa di tahan wad untuk di check-up seterusnya oleh Doktor Pakar. Mula check dulu dengan Doktor sakit puan, Dr Nik, sebab takut mungkin ada masaalah pada bahagian dalaman seperti cyst dan fibroid, tapi setelah di scan tiada masaalah, maka terpaksa di tolak ke Doktor Dato Zahir, bahagian Ortho (tulang-tulang).
Selepas dah berjumpa Doktor Dato Zahir tu, dah periksa semua, maka terpaksa anak Sis buat MRI untuk tau segala punca sakitnya. Dengan MRI aje kita boleh tau segala macam apa yang sakit tu.
Oh ya, anak Sis warded guna insuran cover. Masa ni semualah Sis ko settlekan, Ayahnya takde pulak kat Johor, jadi kelam kabut di buatnya juga. Urus sana urus sini, nasib juga agen insurans Sis bagus dan perihatin, selalu call bertanya. Alhamdulilah.
Maka bermalamlah anak Sis di sana. Petang tu di panggil untuk buat MRI. Masa ni anak Sis sakitnya masih lagi sakit, cuma yang sorang ni kalau sakit macam tak sakit, kalau boleh taknak duduk hospital, penakut makan ubat budak ni. Ermmm.
Masa buat MRI takde kena puasa bagai, macam biasa jer. Sis bawa dan teman dia buat MRI, tapi tunggu di luar. Mata dah layu-layu kepenatan dan mengantuk. Dalam sejam jugalah macamtu, baru siap MRI nya. Tanya juga result dia, dia kata nakti Doktor bagitau.
Masa nak balik ke bilik, eh tau-tau Doktor Dato Zahir tu dah ada di kaunter depan, menunggu Sis dan anak, dia nak terangkan result MRI sebentar tadi. Dok senyum jer, terus cakap, 'kesian awak, ni nak nangis, nangislah, tak boleh buat apa', terkejut gile Sis ko dengar, ingat apalah. Sis tanya kenapa, Doc tunjuk gambar skrin , katanya anak kena slip disc tahap 2 L2.
Kata Doktor, tulang belakang anak Sis L2 tu dah terkeluar dari landasankeretapi hahaha. Sebab itu dia rasa sakit. Sis ko bukan faham sangat benda-benda gini, mengikut katanya begitulah. Dan bila di tanya apa rawatan yang sesuai untuk anak Sis, Doc sarankan buat Laser Spine. Apa itu Laser Spine, korang google.
Okay nanti sambung lagi, nanti Sis share pulak apa tu Laser Spine dan kos rawatannya yer. Sis nak kemas packing barang, kang tengah hari mau gerak-gerak khas..
OkBai. Jumpa lagi .
P/S: Buai laju-laju ....
Apa yang nak Sis tulis harini adalah kisah benar dari pengalaman Sis sendiri melihat anak sakit pinggang, tapi bukan sakit biasa-biasa yer. Sebelumnya pun memang sekalu juga anak mengadu sakit pinggang, tapi disebabkan juga dia kerja siang hingga ke malam, bizi ke sana sini, jadi mungkin atas sebab penat atau terlalu letih seharian bekerja. Jadi sakit tu di ambil ringan aje.
Hinggalah satu hari, sewaktu anak Sis di tempat kerja, dia mesej bagitau yang dia sakit pinggang sangat. Sis kata kenapa? Dia jawab tak tau sakit sangat ni, tak boleh nak duduk. Kemudian dia suruh Sis datang amik dia, lagipun dia tengah meeting. Yang Sis ko ni dengan belum mandi bagai, tengah mop lantai, jadi suruh le dia balik je sendiri, nanti balik gi hospital.
Tak lama kemudian, anak Sis balik, tapi kawan opis dia hantar secara berjemaah hahaha. Dah macam orang hantar rombongan meminang gitu. Terkejut gak Sis, dan bila nampak anak Sis keluar dari kereta, terbongkok-bongkok macam nenek bongkok tiga, terus berkata dalam hati, eh teruk sangat ke tu..
Tengok muka anak macam baru lepas menangis. Katanya sakit Mak, adik tak tahan. Terus dia baring melengkung kat karpet. Ishh teruk benau ni. Sis terus bersiap dan terus bawa dia ke KPJ Pasir Gudang.
Sampai sana kena pergi dulu wad kecemasan. Setelah dia bagi suntikan dan check semua, tapi anak Sis masih kata sakit pinggang dan belakangnya, maka terpaksa di tahan wad untuk di check-up seterusnya oleh Doktor Pakar. Mula check dulu dengan Doktor sakit puan, Dr Nik, sebab takut mungkin ada masaalah pada bahagian dalaman seperti cyst dan fibroid, tapi setelah di scan tiada masaalah, maka terpaksa di tolak ke Doktor Dato Zahir, bahagian Ortho (tulang-tulang).
Selepas dah berjumpa Doktor Dato Zahir tu, dah periksa semua, maka terpaksa anak Sis buat MRI untuk tau segala punca sakitnya. Dengan MRI aje kita boleh tau segala macam apa yang sakit tu.
Oh ya, anak Sis warded guna insuran cover. Masa ni semualah Sis ko settlekan, Ayahnya takde pulak kat Johor, jadi kelam kabut di buatnya juga. Urus sana urus sini, nasib juga agen insurans Sis bagus dan perihatin, selalu call bertanya. Alhamdulilah.
Maka bermalamlah anak Sis di sana. Petang tu di panggil untuk buat MRI. Masa ni anak Sis sakitnya masih lagi sakit, cuma yang sorang ni kalau sakit macam tak sakit, kalau boleh taknak duduk hospital, penakut makan ubat budak ni. Ermmm.
Masa buat MRI takde kena puasa bagai, macam biasa jer. Sis bawa dan teman dia buat MRI, tapi tunggu di luar. Mata dah layu-layu kepenatan dan mengantuk. Dalam sejam jugalah macamtu, baru siap MRI nya. Tanya juga result dia, dia kata nakti Doktor bagitau.
Masa nak balik ke bilik, eh tau-tau Doktor Dato Zahir tu dah ada di kaunter depan, menunggu Sis dan anak, dia nak terangkan result MRI sebentar tadi. Dok senyum jer, terus cakap, 'kesian awak, ni nak nangis, nangislah, tak boleh buat apa', terkejut gile Sis ko dengar, ingat apalah. Sis tanya kenapa, Doc tunjuk gambar skrin , katanya anak kena slip disc tahap 2 L2.
Kata Doktor, tulang belakang anak Sis L2 tu dah terkeluar dari landasan
Nak taknak setelah berbincang dengan anak dan juga Suami melalui telefon, akhirnya masing-masing setuju nak buat operation tu. Anak pun redha dan pasrah aje, ini untuk jangka masa panjang juga. Kalau tidak, asyik makan ubat aje, maka bilanya nak rawat sakitnya.
Bukanlah pembedahan besar, mengikut kata Doktor, hanya suntikan laser menggunakan jarum pada bahagian belakang sahaja, dan tidak tinggalkan kesan pembedahan pun. Pesakit akan tidur dan tidak sedar. Masa pembedahan tu ambil masa dalam 3jam juga. Sis tunggu sampai anak Sis selesai.
Macam-macam perasaan ada, ngeri takut dan sedih pun ada, muda-muda dah kena slip disc huhuhu. Apa silapnya pun tak taulah tu.
Tulah suka sangat pakai kasut tumit tinggi, haaa tu le mendapat sakitnya. Masa tu Sis manjang membebel tang kasut ajee, sampai anak ugut, Mak kalau membebel lagi, Mak tidur kat rumah aje, jangan tidur hospital hahahaha.
Urut dada Emaknya...
Dan setelah anak Sis selesai jalani Laser Spine tu dan keluar dari bilik pembedahan, dia dalam keadaan tidak sedarkan diri. Kata Doktor mereka bagi ubat tidur. So Sis biarkan aje dia rehat. Dekat 2jam selepas tu baru dia sedar dan blur-blur gitu hahaha.
Tanya nak makan ke, nak kencing ke, nak berak ke, semua dia terpinga-pinga hahahaha. Tapi masih waras hahahaha. Dah lama kemudian, dia nak bangun ke bilik air, eh budak ni, kemain macam orang tak sakit, selamba je bangun dan berjalan kemain laju. Tak sakit ke apa!
Keluar toilet dia tanya, eh Mak tak sakitlah, kejap tu dia siap berjoget-gelek depan Emaknya, kemain!! Lepas tu..eh eh adeiii sakitlah..haaaa rasakann amekkawwwww..terbongkok naik atas katil. Emak mampu gelak dari sofa hahahaha.
Anak kata lepas operate tu adalah rasa sakit lagi, nyilu-nyilu tapi banyak kurang sakitnya dari sebelumnya. Doktor kata, rawatan laser ni, hanya mampu bertahan dalam 2 tahun, dan kemudian sakitnya bergantung kepada tuannya. Kalau jaga semuanya, mungkin tidak berpanjangan sakitnya. Jangan lasak. Sebab sekali ko kena slip disc, ianya akan jadi penyakit seumur hidup, faham?
Jadi nasihat Sis , jika kerap sakit pinggang dan sakit belakang, jangan di buat main-main. Dan jangan suka sangat pergi mengurut tu yer kalau sakit, silap-silap lagi teruk. Dapatkan rawatan dulu, jika pasti takde sakit serius, barulan cari jalan alternatif lain, nak urut ke apa ke, sukahati.
Sakitnya tu, hanya yang alaminya je yang rasa, dari berdiri tegak, sampai membongkok, dan terus tak boleh nak baring telentang. Haaa ko rasa? Sakit tak baca? Doktor pun ada bagi bengkung khas untuk anak Sis. Dan sehingga sekarang anak Sis masih pakai bengkungnya dan masih juga lagi jalani pisio untuk slip disc nya.
Anak kata, 'Mak adik dah OKU ke?' ,....ermmmm
Yang sakit slip disc ni, dialah anak yang Sis bersalin dalam kereta tu haaaa hahahaha.
Oh belum baca? Baca SINI .
Okay nanti sambung lagi, nanti Sis share pulak apa tu Laser Spine dan kos rawatannya yer. Sis nak kemas packing barang, kang tengah hari mau gerak-gerak khas..
OkBai. Jumpa lagi .
P/S: Buai laju-laju ....
Rasanya next appointment nak check pinggang pula... dah belasan tahun sakit tapi takut nk pergi check hahaha
ردحذف@BroFRamsestone, pergilah check, cegah sebelum parah. Memang nampak macam sihat, bila buat MRI baru tau ...
حذفKak. Klu buat mri kat sepital gomen kena bayar tak? Akak tau tak berapa kosnya?
حذفKalau MRi di hospital gomen rasanya percuma, cuma bayar duit daftar tu laa RM5 tak silap Sis..cubalah tanya, tapi memang apa-apa rawatan rasanya tak kena bayaran mahal, kecuali kalau jumpa pakar..pun tak sampai pun seratus gitu..sebab Mak buat rawatan cancer semua di hospital gomen aje..
حذفAllahu..muda2 dah kna slip disc..moga dia smbuh spnuhnya dan xberulang lagi..
ردحذفYeee Cik @Nor, dah tak dapat nak buat apa-apa dah ..terima aje kehendak dariNya ..
حذفSemoga cepat sihat adik..aduhai...menakutkan la...
ردحذفAamiinn, makaseh @Suria ..memang sangat mengerikan...
حذفMemang sebab pakai tumit tinggi kerap ke kak? Woah! Teruk juga effect tu ek.
ردحذفKemungkinan itu salah satu punca mendadak juga @Afzani kata Doktor, sebab dia kerap pakai tumit tinggi sebelum sakit tu..kerja berdiri, jadi tekanan pada tulang ...
حذفlandasan keretapi kata ko!! ahahak...
ردحذفHahahaha takkan landasan kapal terbang pulak @Rohaida hahahahaha
حذفADA kena mengena tak pasal lahir dalam kereta? heheheh..
ردحذفapapun bonda doakan agar dalam tempoh 2 thn ni semoga ada keajaiban buat Yana, semoga tidak menjadi2 sakitnya nanti. mak kuat ok
Kakakakakah...
حذفAaaminnn, makaseh Bonda @Seri ..
Allahu. sampai terbongkok-bongkok tu memang dah sakit sangat la tu kan.. risau betul bila sakit-sakit pinggang ni..
ردحذفYerrr...kalau sakit tu, tengok sakit macam mana, jika terlalu teruk sangat, silalah berjumpa pakar @Dilah ...
حذفAllahu... Teruk beno nampaknya tu. Moga diberi kesembuhan aamiin.
ردحذفSekarang ni sakit dah tak kira muda tua kan sis... Kena berjaga-jaga sentiasa. Penyakit pun pelik-pelik sekarang huhu
Betul Puan @Hazel, sakit tidak kira siapa dan takde bagi signal..kena hati-hati dalam jalani aktiviti seharian kita ..
حذفdahsyat ko yana..bole joget2 lagi lepas operation ekkk..hahahaha!
ردحذفhaaa...jaga diri, dengar cakap mak tuu...moga kekal sihat sampai bila2..ameen ameen
Tau takpe..degil sungguh anak no2 ni hahahahhaa
حذفMakaseh @Sunah ...
rasa sedih juga baca kisah ni..
ردحذفmemang berat juga kalau sudah kena slip disc..
rasa sakit hanya Allah SWT yang tahu
Yee Mr @Hanafi, sudah bahagian dia, terima dan redha aje kehendak dariNya..
حذفDato Dr Zahir tu batchmate kak ina masa kt usm dulu..dapat gelaran dato masa umur dia 30an lagi sbb dia jd doc kesayangan sultan johor dulu..hehe
ردحذفOoo ye ke Dr @Inahar..Dr Dato Zahir tu baik sungguh, suka buat lawak dan juga memang bagi sepenuh tips dn perhatian..patutlah jadi Doc kesayangan Sultan ..
حذفBerapa kos dia kak kat kpj tu?
ردحذف@Mas, masa anak Sis kena haritu, semua rawatan termasuk Laser rm25k ..semua termasuk bilik dan ubat semua..
حذفalamak tak tahu pulak boleh claim socso. saya memang ada slip disc kat tengkuk dan pinggang.
ردحذفYaaa dengan terma dan syaratnya..insyaAllah kalau ikut prosedurnya, boleh aje claim tu..
حذفTerima kasih atas perkongsian slip disc. Saya pun baru kena
ردحذفAlhamdulilah, sama-sama.. Jaga diri..
حذفAssalamualaikum. Kak.. nk tnya untuk rawatan laser ni ada kesan sampingan tak?
ردحذفSo far sampai sekarang anak buat okay aje ni Lis.. lama tak rasa sakit seperti sebelumnya..
حذف