KHASIAT DAN KELEBIHAN BUAH ANGGUR | Khasiat buah-buahan mengandungi serat, air dan nutrisi yang tinggi sehingga mampu membuatkan perut menjadi kenyang. Tidak hairanlah mengapa pakar pemakanan mengunjurkan amalan memakan buah sebagai pelengkap hidangan dalam diet harian.
Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai jenis buah, ada beberapa jenis yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau, oren, epal, beri, tembikai dan anggur. Oleh itu, anggur juga mempunyai serat, air dan nutrisi yang dapat menurunkan berat badan seseorang.
Selain itu, khasiat buah anggur juga dapat mencegah kerosakan mata. Di dalam buah anggur juga banyak mengandungi lutein dan zeaxanthine, kedua kandungan zat ini dapat mengurangi risiko kerosakan penglihatan. Lutein, merupakan salah satu jenis karotenoid. Tambahan lagi, lutein juga mempunyai kesan antioksida. Dalam satu penyelidikan, didapati bahawa lensa mata manusia mengandungi sedikit lutein dan zeaxanthine.
Oleh sebab inilah, kita perlu memakan (buah-buahan) yang banyak mengandungi lutein khususnya pada buah anggur. Tujuannya adalah untuk menjaga metabolis dalam lensa mata, sehingga tetap jernih.
Khasiat buah anggur juga dapat membantu mencegah sakit hati (hepar), buah anggur yang difermentasi daripada kulitnya, dengan kandungan polyphenol-nya memiliki khasiat menghindar segala penyakit yang berhubungan dengan hati (hepar) manusia.
Antara lainnya, khasiat anggur dapat mencegah daripada penyakit strok, jantung, dan kanser. Menurut penelitian Reuter Health (Kaltim Post, 30-8-2001), bahawa wanita muda yang memakan anggur merah 1 hingga 2 gelas sehari kurang berisiko untuk mendapat serangan Ischemic stroke (strok yang disebabkan oleh tersumbatnya saluran darah sehingga oksigen tidak dapat sampai ke otak).
Di dalam buah anggur terdapat khasiat flavonoids zat antioksida dan yang berfungsi melindungi tubuh daripada penyakit jantung dan kanser.
Banyak khasiatnya kan? Kalau di Johor agak mahal juga anggurnya, tapi di Paka ni semangkuk besar tu baru rm10. Dah dua hari makan 2 mangkuk tu hahahaha. Harini pun keluar berjalan tadi, beli lagi untuk makan esok harinya pulak hehehe. Masuk peti ais makan sejuk-sejuk, nyamannn..
Okay tu je nak share. Info tu pun Sis copy sana sini dari google. Harap bermanfaat .
OkBai.
P/S: Malam ni nak makan roti tempayan, sedapnyaaa lahaiii.. 😋
Sedap. Rangup.. Berjus tulah anggur..syok makan.
ردحذفBetul @PC, makan meletop-letop dalam molot, manis dan berjus..
حذفni lah buah fav kita, bermangkuk2 bleh sekali hadap berdua ngan Pak Inche. kita suka yg hitam panjang2 tu sis, kat NSK murah kemahen
ردحذفKannn sama kita, tapi kita suka yang merah ni, kadang dah berapa kali makan beli yang hitam, asyik dapat masam ajeee Kak @Seri...
حذفdulu pernah petik anggur kat rumah..
ردحذفkalau boleh tak mahu lagi hahaha.
BTW anggur memang buah yang sedap juga.
harga pun boleh tahan.
Tu 'anggur' tak boleh hadam Mr @Hanafi hehehe..
حذفYup anggur ni walau mahal tapi bila baca balik banyak khasiatnya...nak sihat beli je, jangan berkira kan...
memang bagus diamalkan..kita suka makan anggur dari buah lain..hahaha..dapat yang takde biji memang best ler makan
ردحذفKo bagus makan @Rohaida, sebab ko ada masaalah jantung..cubalah amalkan ...
حذفamboi..sedap tu kak..meh campak sini skit..:)
ردحذفHehehehe Cik @Nor, boleh meh laaaa..hehehehe
حذفteringat mak mertua kak ayu, mak rose share..kalau ada kencing manis, elakkan makan anggur sebab dia manisssss
ردحذفBetul @Sunah, kalau ada kencing manis jangan selalu makan, makan boleh tapi janganlah makans emangkuk macam tu hahahahah
حذفSedapnya anggur..SA suka yang warna hijau dan crunchy2 skit tu...yang merah ni SA kureng skit...
ردحذفOoo tapi takpe @Suria, rupanya bagus makan anggur ni, janji anggur..hehehe
حذف