MATTA FAIR JOHOR 2019 - BELI TIKET MURAH DENGAN TRAVELOKA SALEABRATION

Sis Lin
8
MATTA FAIR JOHOR 2019 - BELI TIKET MURAH DENGAN TRAVELOKA SALEABRATION  | Sebut aje Matta Fair, ramai yang tertunggu-tunggukan, manakan tidak, di sana nanti terdapat banyak pilihan tempat, percutian dan juga harga tambang murah untuk di beli. Harga pun jauh beza jika di beli bukan di Matta Fair. 

Kalau Matta Fair sebelum-sebelum ni, Sis pernah juga pergi di Danga City Mall tahun lepas, alaa biasalah survey-survey mana yang ada jer, belinya belum lagi hehehe. Sebab belum ada plan nak bercuti ketika tu. Untuk tahun ni memang nak pergi juga dan memang sedang mencari tiket dan tempat percutian yang murah dan berbaloi. 

Biasanya bila ada Matta Fair ni, pelbagai agensi atau pakej yang di sediakan. Korang kena buat pilihan yang bijak, jangan main beli aje, pusing kasi habis dan survey betul-betul. Bila dah ke Matta Fair memang akan jadi rambang tengok harga Matta Fair Promo dia, korang akan blur dan tak tau nak buat pilihan yang mana. 


Traveloka Sale-abration 

Bagi pengalaman Sis sendiri yang sebelum ni ke Matta Fair, kita target dulu apa yang kita nak, contoh: kalau korang nak pergi Jepun ke, cari dulu travel agensi mana yang selalu buat pergi Japan dengan tambang murah, yang orang suka beli dengannya, kemudian bandingkan harga mereka dengan masa harga Matta Fair Promo tu, then korang jalan dulu satu persatu, dan tengoklah harga dan pakej lain pula. Memanglah penat dan letih buat macamtu, tapi pasti berbaloi, last-last korang dapat harga yang sangat murah. 

Dan yang paling penting, pastikan pakej yang korang nak amik tu, siap semuanya, termasuk harga flight + hotel, baru senang korang nak kira-kira budget. Contohnya: Traveloka Saleabration, kalau korang amik pakej bersama mereka, mereka menyediakan semuanya dalam satu pakej, jadi korang tak payah bersusah nak beli asing samaada tiket flight dan juga hotel. Dan hotel yang mereka pilih adalah yang terbaik dan korang pasti puashati.

Mudahkan kerja korang. Beli dan jimat banyak. 


Apa itu Traveloka ?

Semua pasti tau apa itu Traveloka, dan rasanya ramai yang pergi bercuti juga menggunakan pakej belian jimat dengan Traveloka ni. Ringkasnya, Traveloka adalah servis jual beli tiket kapal terbang. Dalam laman web rasminya http://www.traveloka.com, traveloka adalah sistem pembelian tiket yang paling mudah dengan hanya booking sistem dari airline itu sendiri, melalui partner-partner airline yang lain, contohnya : Garuda, Lion Air, Air Asia. Tiger Air, dll. Dengan memberikan keselamatan khidmat transaksi duit pembelian tiket serta kemudahan booking melalui sistem online tanpa wang pendahuluan.

Perbandingan harga lebih murah

Traveloka akan bandingkan tawaran penerbangan merentasi pelbagai syarikat penerbangan dan korang boleh buat perbandingan harga samada destinasi domestik atau antarabangsa. Tawaran serendah RM40 ke destinasi domestik & di bawah RM100 ke destinasi antarabangsa. Kalau ada rezeki, kadang harga tawaran dapat lebih rendah lagi tau.

Untuk pakej hotel, Traveloka menawarkan lebih 100 eksklusif hotel untuk destinasi ke seluruh Asia Tenggara. Hotel partner ini telah di pilih dengan teliti berdasarkan types of travel purpose, contohnya: tempat yang berdekatan dengan pusat membeli belah sambil dapat melawat bandar-bandar yang kaya dengan budaya & warisan, juga santai di tepi pantai dan banyak lagi bagi memastikan penginapan yang hebat untuk percutian korang.


Traveloka Apps

Untuk memudahkan korang, jika tidak berkesempatan untuk pergi ke Matta Fair, korang boleh juga beli dan buat tempahan tiket dan hotel melalui aplikasi Traveloka yang boleh korang muat turun di apps store atau di Play Store.

Jadi korang jangan lepaskan peluang keemasan ini untuk datang ke Matta Fair, dan rebut diskaun hebat dan pakej percutian korang bersama Travelo Sale-abration . Jimat banyak dan pakej lengkap semua dalam satu. Tunggu apalagi. 

Bagi Sis khidmat pelanggan memang sangat penting terutamanya bagi pengguna yang baru pertama kali menggunakan Traveloka. Maklumlah pelanggan kan banyak soalan yang nak ditanya dari seremeh remeh sehinggalah sebesar besar masalah, jangan risau bila-bila masa boleh emel, telefon saja khidmat pelanggan mereka. Mereka akan layan korang sebaiknya.

Faktor keselatan juga di utamakan seperti yang Sis bagitau di atas, memang menakutkan kita juga kalau nak tempah online ni kan, lagi-lagi kalau big amount, tapi jangan risau Traveloka ini memang mempunyai sistem tempahan yang selamat dimana keselamatan dan privasi transaksi dalam talian anda dilindungi oleh teknologi RapidSSL yang sah. Korang akan terima e-tiket atau baucar hotel secara terus dalam emel anda.

Tiada caj tersembunyi. Ya ini paling penting sebenarnya, sebab kadang kadang kita tengok harga lain, tapi bila dah nak bayar harga bertambah pula kan. Tapi dengan Traveloka apa yang korang Nampak, itulah yang korang bayar. Tak percaya, cubalah buat tempahan sekarang ya.



MATTA FAIR 2019 JOHOR IS BACK!

The much awaited MATTA Fair 2019 will be back on [5th - 7th April 2019] at [CAPITAL
CITY, Tampoi, JB] with exciting travel promo. Mark the date!

Stay tuned for more update !






P/S: Biasa belum ada lagi pergi berasak-asak dengan orang ramai. Masih lagi dapat bernafas, jangan risau yer. Jangan lupa pakai ubat ketiak Rexona! hahahaha


Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. ilek plak uit nyaaa huhu.....

    ReplyDelete
  2. Menunggu juga traveloka sale ni.. Tak dapat p matta fair

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis kali ni nak pergi sebab dia buat kat Capital @Nadia..tapi TRaveloka tu senang beli guna apps jer..servis terbaekkkk

      Delete
  3. Wahhh nanti ada matta fair ea. Nak pergilahhh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jomm @Farah kita gi sesama...mesti meriahkan kat Capital pulak tu..

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!