MY MOM FIGHT BREAST CANCER (NO NEED RADIOTHERAPHY) | Jika sesiapa mengikut perkembangan update post Sis sebelum ni mengenai Emak Sis yang menghidap kanser payudara stage 4, mesti ramai dah tau situasi dan keadaan Emak Sis. Yer Emak dah jalani kimo, dan lakukan pembedahan, dan sepatutnya selepas itu Emak akan jalani radioterapi, tetapi alhamdulilah, setelah berjumpa Doktor baru-baru ni dan buat pemeriksaan, Doktor kata Emak tidak perlu jalani radioterapi.
Kenapa? Ini mengikut kata Doktor, kanser Emak tidak merebak dan keadaan Emak semakin membaik. Sangat bersyukur bila mendengarnya. Tapi agak terkejut juga bila tidak perlu buat radioterapi ni. Inilah hikmah atas kesabaran Emak kepada penyakitnya.
Dalam post-post Sis sebelum ni, korang boleh baca apa itu kanser payudara, apa itu kimoterapi, apa itu radioterapi, Sis ada selitkan semuanya dalam entri-entri yang berkaitan dengan Emak.
Kalau tengok keadaan Emak sekarang, yerr memang alhamdulilah, Emak sihat, boleh berjalan, cuma sering keletihan sahaja. Kalau renyeh sikit buat kerja, dia akan letih. Jadi banyak urusan rumah adik Sis yang membantu, dia duduk serumah dengan Emak. Syukur juga ada dia, dapatlah menjaga Emak.
Luka bekas operation Emak pun dah kering dan elok aje, tidak ada sebarang komplikasi ketika lukanya masih belum baik. Mungkin juga Emak kontrol makan dan menjaga pemakanannya, sebab tu luka jahit dia elok je kering. Bab rambut, memang rambut Emak botak habis. Kalau ada pun hanya tumbuh rambut halus-halus aja. Tapi Emak lebih selesa botak katanya, tak rimas hahahaha.
Selepas ni Emak hanya menunggu result/keputusan x-ray paru-parunya sahaja. Ini sebab Doktor nak pastikan benar-benar yang kanser Emak tu tidak ada sangkut dan merebak ke paru-paru, kerana sebelum membuat pembedahan dulu, Doktor dapati ada kesan seolah kanser tu masuk ke dalam paru-paru Emak, jadi setelah buat pembedahan dan setelah di buat ujian baru-baru ini, keadaan Emak semakin baik, jadi Doktor buat lagi sekali untuk memastikan saamada ada atau tidak lagi kanser tu merebak ke paru-paru Emak. Harapnya resultnya positiflah ..InsyaAllah ..
Keputusan x-ray tu pun bulan April nanti baru dapat. Korang doakan moga semuanya baik-baik aja yer. Sis sendiri macam tak percaya Emak sekuat ini melawan penyakit kansernya. Emak selalu bercerita, ada diantara jiran dan kawan-kawannya, yang sama macam kanser Emak, semuanya dah meninggal dunia selepas buat pembedahan. Tapi Emak masih kuat sihat lagi hingga sekarang.
Macam Emak Sis, dia buat kimo dahulu baru buat pembedahan, tapi kebanyakkan yang Emak cerita, mereka buat pembedahan dulu baru buat kimo, tak taulah apa bezanya, tapi rawatannya sama jer. Bahagian masing-masingkan. Jodoh ajal maut, semua kuasa Tuhan, kita hanya merancang, hanya Allah yang menentukannya.
Okaylah nanti Sis update lagi perkembangan Emak ya, setakat ni Emak alhamdulilah. Moga kesihatannya terus berpanjangan dan Emak sihat selalu gembira bersama anak-anak dan cucu-cucu tersayang. Korang doakan kesihatan Emak Sis ya.
Bagi yang terlepas baca kisah Emak, korang boleh baca di link di bawah ni yang Sis letak ya. Harap juga dapat membantu bagi sesiapa yang memerlukannya.
P/S: Terima kasih korang yang sudi membaca dan sentiasa mendoakan. Hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.
Aamiin. Moga terus sihat emak Sis.Boleh lakukan kegiatan Dan ibadah dengan mudah. InshaAllah.
ردحذفAlhamdulilah..insyaAllah..terima kasih @PC ..
حذفAlhamdulillah.. Syukur3. Kita doakan keadaan paru2 mak Lin normal dan segalanya baik2 saja.
ردحذفBetullah sis, biasa kita dgr jugak org operate dulu baru kimo. Mcm mak mertua kita pun sama, operate dulu, tapi mak tak buat kimo sbb kanser dapat dibuang sepenuhnya.
Alhamdulilah..aamiinn..
حذفMakaseh Kak @Seri..nanti bulan 4 baru dapat result paru-paru ..
alhamdulillah...syukur sangat2 kann..moga mak sis kekal sihat dan sejahtera hendaknya..ameen ameen
ردحذفAlhamdulilah @Sunah..mudah-mudahan begitulah ...
حذف