MYKORI DESSERT CAFE - CHOCOREO KAKIGORI PALING SEDAP !

Sis Lin
6
MYKORI DESSERT CAFE - CHOCOREO KAKIGORI DIA SEDAP ! | Korang mesti dah cuba berkali-kali kan? Betul tak? kalau Sis baru 2 kali mencuba, satu kali di Shah Alam dan sekali lagi di Johor Taman Sutera. Kebetulan semalam adalah hari Sis bertiga bersama anak perempuan Sis keluar jalan-jalan cari makan. Lama rasanya tak keluar bersama. Jadi semalam dari tengah hari hingga bawa ke malam kami bertiga keluar.

Kami lunch di Paradigm dan kemudian jalan-jalan cuci mata, lepas Asar dalam jam 5pm lebih macamtu, baru kami gerak keluar dari Paradigm dan terus menuju ke Mykori Dessert Cafe ni. Ini pun idea anak Sis yang sulung tu, sebab katanya Adik (anak Sis no-2 Yana) belum pernah rasa, makanya lah kami kesana. 



Macam biasa kalau dengan anak Sis, sampai aje, Emaknya kena duduk jaga tempat, biar anak pergi order. Kalau Emak yang order, semua kata tak sedap dan Emak order melebih-lebih hahahaha. Bukannya apa, kang kalau order sikit takut tak cukup, so jenis Sis bior cukup makan lebih, jangan kurang makan tak cukup, tak lelap tido malam di buatnya..

Tempatnya besar, berbanding Mykori Dessert Cafe yang di Shah Alam tu, kecik dan sempit. Tapi di sini luas, terang dan besar. Selesa sangat. 



Taraaaa inilah yang anak Sis order. Masa pertama kali makan di Shah Alam, anak Sis order "Mango Yogurt Kakigari" satu sahaja tapi saiz besar, makan berdua kongsi. Tapi kali ni anak-anak order dua "Chocoreo Kakigori" dan juga "Watermelon Kakigori" , saiz kecil makan bertiga. 

Puas juga makan, dan yang Chocoreo tu serius sedap weiii..ingatkan macam rasa susu-susu sangat ke, sekali makan, dengan biskut oreo dia pun sedap kemain hahahaha. Korang kena cuba yang ni. Bagi korang mungkin sekali tengok biasa-biasa aje, tapi bila dah makan ermmm nikmatnyaa kesedapannya ..


Satu je Sis macam pelik dan tertanya, hampir semua kedai Mykori Dessert Cafe ni, semua di tingkat atas, ke ada tingkat bawah juga? Dah dua tempat Sis pergi semua tingkat atas ermmm...bukannya apa, kalau nak bawa orang tua agak payah juga, naik tangga tinggi nuuu..Sis ko pun lutut gegar gak hahahahaha..

Tengah syok-syok makan, hujann pun turunn hahahahaha. Time makan sejuk, time tu lerr hujann, time panas lit lit, tak nak pulak makan sejuk hahahahaha 😆

Korang kalau nak pergi, silakan. Kedainya di Taman Sutera Johor . 
Guna waze jumpa aje nanti .


18, Tanjung Sutera 8/4, Taman Sutera Utama, 81300 Skudai, ...

Facebook Page : Mykori Dessert Cafe 



Selamat berdessert 😋






P/S: Semalam hari yang indah bersama anak-anak perempuan..indah macam mana? Indah laaaa...indahhhh..tak tau ke indah ? sila gugel :p hahahahaha


Post a Comment

6Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. wow..tergoda kita tgk kdua2 menu tu..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn Cik @Nor, tapi serius sedap, memang sedap semuanya...

      Delete
  2. oi...ape kakigari..ingat nak gari2 kaki ke haaa? kakiGORI lahhh..GORIIII!!!! Hahahhahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakakakakah macam mana boleh kakigari ni...bukan ke Sis ko tulis kakigori ek..adeii dah betulkan @Sunah hahahahahaha

      Delete
  3. Teeingin nak rasa.. Swlalu lalu dekat tomeline ig.. Kak bgtau dekt ig terus je.. Hehwh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehehe Sis pun pestime rasa kat Shah Alam @Nadia..then yang ni laaa baru pergi kat Johor punya hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!