NASIHAT 1 : SELEPAS ALLAH DAN RASUL, SIAPAKAH YANG LEBIH UTAMA

Sis Lin
6
NASIHAT 1 : SELEPAS ALLAH DAN RASUL, SIAPAKAH YANG LEBIH UTAMA | Jikalau ibu bapa bercakap dengan anak-anak, jangan sesekali anak-anak itu berbuat tidak mendengar, ataupun sekadar mendengar sambil berjalan. Ini kerana jikalau mendengar sambil berjalan itu seperti tiada menghiraukan mereka. 

Berbeza dengan mendengar dengan penuh perhatian, yakni berpaling wajahnya sambil mendengar. Itulah adab yang benar dari seorang anak terhadap ibu bapa. 

Walaupun apa yang dicakapkan oleh ibu bapa itu adalah suatu yang tidak disukai, ataupun dirinya rasa ingin marah dengan apa yang dicakapkan itu, tetap menjadi kewajipan anak-anak untuk memenuhi adabnya kepada ibu bapanya. Ini kerana tidak ada hak yang lebih besar setelah Allah & Rasul melebihi hak kepada ibu bapa.

Tugas kita sebagai anak tetap wajib mendoakan supaya Allah mengampuni dan merahmati ibu bapa kita. Tidak berhak seorang anak menghukun orang tuanya walau apa sahaja kesalahan. Seperti ibu bapa yang tidak memberi nafkah kepada ibu bapanya kemudian hari.

Kerana tuntutan kewajipan dan adab seorang anak kepada ibu bapa itu bukan dari mereka, tetapi Allah swt yang menuntutnya.

Maka, anak-anak sekalian, penuhilah tuntutan ini dan janganlah sesekali mengungkit pula apa yang pernah dibeti kepada ibu bapa itu. Kerana tidak terbanding pengorbanan yang diberikan anak dengan pengorbanan ibu bapa kepada anak-anak yang jauh lebih besar.


Tuntutan kewajipan dan adab seorang anak kepada ibu bapa itu bukan daripada mereka, tetapi Allah swt yang menuntutnya.




Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri  ..






P/S: Salam Jumaat buat semua, moga kita sama-sama di lapangkan rezekinya dan dipermudahkan urusannya hari ini dan seterusnya, aamiinn..


إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. الردود
    1. Sama-sama @Hasliynda..moga kita sama-sama muhasabah diri ...

      حذف
  2. thanks sharing sis... #muhasabahdiri

    ردحذف
    الردود
    1. Yaaa @Rohaida..sama-sama kasih ..sharing is love ...

      حذف
  3. sentiasa berimpian untuk bahagiakan mereka sebelum mereka pergi meninggalkan dunia ini...insya'Allah...

    ردحذف
    الردود
    1. Aaamiinn..impian setiap seorang anak @Sunah..moga kita sempat berbakti kepadanya ...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!