PESAN BUAT DIRI SENDIRI - TERIMA KASIH ALLAH

Sis Lin
6
PESAN BUAT DIRI SENDIRI - TERIMA KASIH ALLAH | Wahai mata, janganlah menangis tersedu sedan meratapi setiap keperitan yang menjalar memakan perasaan.  Kerana kau harus percaya bahawa setiap  dugaan yang sedang kau rasa adalah takdir dari yang maha Esa. Tiada duka yang akan abadi selamanya. Dan Allah maha perkasa menentukan segalaNya.  Redhalah dengan suratan yang telah di gariskan. Maha Adil Allah akan menjadikan segalanya sempurna.

Lekak lekuk di kehidupan sementara ini adalah lubang-lubang yang perlu ditampung dengan kekuatan dan iman yang kukuh, barulah perjalananmu boleh menjadi sekuat aloi yang  tidak akan runtuh.

Wahai mulut, kau diciptaNya begitu unik dan tiada sesiapa yang bisa menggantikan fungsinya walaupun sebuah robot ciptaan manusia yang berharga sejuta.  Melaluinya, Allah menghadiahkan pula suara.  Dan aku mengharapkan suara yang akan dikeluarkan bukan segala jenis umpatan dan cacian terhadap kejadian yang terlihat di penglihatan.  Jadikanlah mulut itu sebagai saksi suara melafazkan ayat-ayat Allah dan memberikan nasihat dan kebaikan.

Wahai telinga, dengarkan segala nasihat-nasihat yang bernilai yang akan memimpinmu menjalani kehidupan ini dengan sempurna.  Tutuplah telinga mu dari mendengan suara-suara sumbang yang cuba membengkokkan jalan yang lurus, yang cuba melalaikan dan menidurkan mindamu dari berfikir perkara kebaikan.

Wahai jasad yang akan hancur lumat dimamah tanah, kau adalah amanah dari Allah.  Siapa kita untuk menjadi perosak diri? Tega sungguh wahai manusia jika kehidupan sementara yang dilalui diisi dengan melakukan maksiat yang hanya akan memakan diri.

Bukankah diri adalah amanah dari Allah untuk kita jaga dan lindungi dari azab api neraka?  Allah hadiahkan kita penglihatan, pendengaran, suara, sentuhan dan segala kemudahan. Dia tidak meminta bayaran di setiap sedutan udara yang kita gunakan.  Apakah hendak bersyukur dengan menyebut sepatah “Alhamdulillah “ pun terasa berat untuk di ucapkan?



Berterima kasihlah kepada Allah yang maha pemurah lagi maha pengasih.  Nikmat yang di anugerahkan ini terlalu bernilai.  Jagalah dan gunakanlah di jalan Allah dan bukan gunanya untuk meraih dunia semata-mata.





P/S: 'Buai laju-laju' ...


إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Thanks share akak...menusuk dalam kalbu baca bait2 ayat...semoga allah permudahkan buat semua

    ردحذف
    الردود
    1. Sesama @Suria, sama-sama kita ingat mengingati .. :)

      حذف
  2. alhamdulillah terima kasih atas perkongsian. sangat membawa maksud yg mendalam :)

    ردحذف
    الردود
    1. Sama-sama @Umi...peringatan bersama buat kita ...

      حذف
  3. sis....ape yang buai laju-laju tu?

    ردحذف
    الردود
    1. Nantikan episod post seterusnyaaa hahahaha @Sunah..

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!