PROMOSI MARCH: CAFE BLD RENAISSANCE HOTEL JOHOR BAHRU MENYAJIKAN MENU BERTEMAKAN PERANAKAN NYONYA CUISINE

Sis Lin
6
PROMOSI MARCH: CAFE BLD RENAISSANCE HOTEL JOHOR BAHRU MENYAJIKAN MENU BERTEMAKAN PERANAKAN NYONYA CUISINE | Panjang sekali tajuk kali ini, tapi tajuk tu yang nak Sis kongsikan ceritanya hari ini. Bulan March telah pun sampai, hari ini 3hb March 2019, dan apa yang menarik di Johor Bahru ni sepanjang March? Tentunya bab makanlah yang menarik hehehe.

Sis rasa rata-rata ramai yang sukakan makan menu Peranakan Nyonya Cuisine kan? Termasuk Sis juga, sebab Sis sendiri dari family Baba Nyonya Cina. Dah tentunyalah kalau menu sebegini paling di gemari dan di sukai.  Ramai kadang konpius, kalau kata masakan cina, haa mesti tertumpu pada hanya masakan stim, tidak pedas, masakan rebus, sup dan menu semua terlalu vege, betul tak? .

Korang salah. Tidak sama sekali kalau korang makan di Cafe BLD Hotel Renaissance Johor Bahru ini. Bagi bulan March, setiap hari Jumaat dan Sabtu, mereka menyediakan menu bertemakan Peranakan Nyonya Cuisine yang rata-ratanya kesemua menunya mempunyai rasa dan keunikkannya tersendiri. 

Untuk promosi bulan ini, Cafe BLD telah menyediakan pelbagai hidangan menu dan masakan yang berasaskan menu orang cina yang sememangnya akan menjadi daya tarikan semua untuk makan di sini. Dari segi rasa, dalam setiap hidangan. semuanya ada pelbagai jenis rasa, Sis rasa korang mesti rambang mata nak makannya. 

Di sini Sis cadangkan beberapa menu yang mesti korang rasa dan nikmatinya jika korang ke sini pada masa promosi ya. Nak tengok lebih banyak gambar, sila ke page facebook Sis okay. 

Jom kita lihat 😙


Cincalok Omelet 


Lemak Udang Nanas


Rendang Kambing Nyonya


Kari Ikan Nyonya 

Menu di atas, adalah menu yang korang mesti cuba rasa. Juga ada satu menu Itik Sioh (Sis cari gambarnya tak jumpa, atau terdelete agaknya entah), menu-menu ni semuanya menepati citarasa Sis. Bagi Sis Rendang Kambing Nyonya tu sangat mabeles! Memang banyak Sis makan, sebab Sis pengemar kambing. Lemak Udang Nanas pun sedap!.

Bukan itu sahaja, ada juga menu-menu peranakan nyonya yang lain juga, korang taknak makan nasi, boleh makan mee dan juga western, ada pasta juga pizza. Dimsum pun ada. 

Jom tengok lagi 😁


Nasi Lemak Pandan


Nyonya Chap Chai, sebelahnya ada juga asam pedas style nyonya. 


Pelbagai jenis Dimsum 


Juga beraneka jenis menu mee. Korang mesti cuba Nyonya Seafood Laksa dia, power!


Nyonya Baked Fish 


Nyonya Crab 


Pizza of The Day 


Vegetables Aglio Oglio Pasta 

Yer kesemua kat atas ni semua Sis cuba makan dan rasa. Sedap memang sedap, berbaloi dengan harganya tu. Bayangkan nak makan apa je ada, korang makan je la apa nak. Cuma menu-menu peranakan nyonya dia semua rasa 'unik', mungkin kerana rempahnya atau mungkin ada sesuatu yang istimewa air tangan Chefnya. 

Tu belum tengok dessert dan juga menu 'live' bakar-bakar ala bbq lagi. Sabar ye, sekejap kang scroll lagi korang tengoklah hehehe.

Bab desesert ni paling Sis teruja dan suka, kuih Angku dan juga nyonya kuih talam.


Kuih Apam Merah dan Nyonya Kuih Talam 


Kuih Angku 


Pelbagai jenis kek


Cheesetart Buah

Bahagian pencuci mulut atau dessert ni memang banyak pilihan. Mula tengok je, Sis dah terus amik kuih angku tu. Bila makan memang sedap, cuma agak keras sedikit. Tapi still okaylah. Yang suka makan kek, haaa sialalah makan seberapa banyak nak makan, pelbagai jenis dan red velvet dia memang sedap! 

Bukan itu aja, dan bukan ada hidangan di dalam je, ada juga masakan 'panas' secara 'live' yang di sediakan. Sate, nyonya ikan sumbat, goreng pisang dan pelbagai jenis seafood bakar, pun ada juga. 

Jomlah kita nengoknya 😋


Live Cook - Outdoor


Nyonya Ikan Sumbat 


Goreng Pisang dan ...Sis ko lupa namanya tapi intinya durian ko!


Abam api sedang membakar Sate/Satay .

Kalau bahagian luar ni, jangan lupa cuba dan rasa seafood, ikan juga satay bakar panas-panas. Juga ada goreng pisang panas, popia goreng, karipap juga samosa. Kira yang sebelah luar ni semua panas-panas. Tak panas, ko minta yang panas. 

Seafood dan Nyonya Ikan Sumbat tu pun di bakar panas. Kalau korang nak lebih panas, haaa korang pilih dan suruh abam api tu bakar terus. 

Juga ada lagi banyak menu tersedia, tak silap lebih dari 300 jenis menu sedia ada. Korang makanlah sampai kenyang. Yang biasa makan di sini mesti tau keistimewaannya kan. 
Oh Ya Cafe BLD ni terletak di tingkat bawah (lobby), di sebelah kanan, dan korang masuk jalan terus ke dalam, cafenya ada dalam tu. 

Jadi bagi sesiapa yang ingin mencuba dan merasai menu Peranakan Nyonya Cuisine ni, jangan lupa, boleh booking atau walk in terus ke Hotel Renaissance Johor Bahru . 
Details seperti di bawah ini ya.


Cafe BLD at Renaisaance Johor Bahru Hotel Invites You to Savour in Unique Peranakan Cuisine.


Peranakan Nyonya Cuisine Weekend Buffet

Hanya setiap FRIDAY (Jumaat) and SATURDAY (Sabtu)

Dari Jam 6.30pm hingga 10.00pm

Harga: RM 123.00nett (Dewasa) & RM 61.50nett (kanak-kanak 5 hingga 12tahun)

Untuk membuat tempahan boleh terus hubungi +607.381.3322 atau +607.381.3475

Email kepada Mohamad.abdullah@marriott.com atau partheeban.sundaramurthy@renaissancehotels.com 

Whatsapp +6017.771.3327 




 
P/S: Memang puashati makan di sini. Tidur malam tersenyum-senyum 😚 . TQ Renaissance for having us #JDTblogger . 


إرسال تعليق

6تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Eeeeeeeeeeeeeeeeeeeee,,,, dap nyeeee .... Usap perutt terusss sambil bercakap , "duhai nabilaaa,, ini semuaa cobaaann" hahahahahhaaa..

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha ye laaa orang dah kuruskannn @Farahain hahahaha

      حذف
  2. banyaknya menu..dessert dia sedap² yummeh

    ردحذف
    الردود
    1. Semua sedap-sedap belaka @Rohaida, sepadan dengan harga, sangat berbaloi...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!