SAMBUT BIRTHDAY ANAK DI MARCO POLO KITCHEN. PERMINTAAN BIRTHDAY GIRL. | Kalau baca post sebelum ni mengenai Birthday Adik Yana tu, yerr ramai yang PM di Page Aku Sis Lin bertanya, betul ke Sis bersalinkannya dalam Teksi..adeii iyeee tu memang cerita benar. Jiran sebelah rumah tu bawa Teksi, makanya bersalin dalam Teksi le namanya hehehehe. Yang belum baca boleh baca ceritanya di SINI .
Berbalik kisah sambutan harijadi anak Sis pada 29hb Mac yang lalu, kami anak beranak sambut simple aje, memasing dah beso panjang, tak payah le nak buat party bagai, dapat berkumpul bersama sekeluarga, sudah cukup bahagia rasanya bak kata Suami Sis haritu 'Ayah rasa bahagia sangat bila dapat happykan anak-anak harini", tiberr sedih pulak ayat Suami Sis haritu. Bukan sebelum ni tak bahagia, tapi pada haritu lain sikit bahagianya. Yee Sis faham sebab Ayahnya sekarang bizi dengan tuntutan kerjanya, dan kerja pun jauh dari kami semua, jadi emosional laa sikit bila dapat berkumpul dan nampak anak-anak gembira pada haritu .
Okay dah jangan cerita sedih, nanti Sis ko pulak yang menangis huhuhu. Untuk kali ni, Sis dan Ayahnya ikut aje permintaan besday girl nak makan di Marco Polo Kitchen Bukit Indah. Kelas ko permintaan dia, Omaknya nak makan Chili Crab di Todak pun takde yang melayan hahahaha.
Sebelum ke sana, Sis semua ke rumah Emak dulu, Suami dan anak bujang solat Jumaat di depan rumah Mak aje, lepas solat Jumaat baru kami gerak ke Marco Polo Kitchen.
Inilah anak-anak kebahagian Sis dan Suami. Yang sulung dah 25tahun, yang tengah dah 23tahun (birthday girl) dan yang bongsu dah 19tahun. Alhamdulilah syukur Ya Allah .
Anak-anak inilah harta Sis dunia akhirat. Nyawa Sis. Sedih gembira, sakit sihat , kami senantiasa bersama. Moga Allah lindungan dan pelihara keselamatan anak Sis dunia akhirat.
Oh kenapa katun kuning tu ek? Katun Sally Line tu adalah katun kegemaran anak Sis,Yana buat masa ni, segala benda nak di belinya kalau nampak katun Sally Line ni. Makanyalah si Kakak dan si Amat berpakat beli belon dan kek bithdaynya bertemakan katun Sally Line ni hahahaha.
Sebenarnya ada kejadian mengenai kek bithday Sally Line tu hahahaha..tu nantilah Sis cerita hahahaha. Hampa betul tengok keknya tapi nasib baik sedap keknya.
Meh ler nengok apa yang kami anak beranak makan di Marco Polo Kitchen haritu..
Ini yang birthday Girl nak makan sangat. Lasagna.
Nama sebenar menu-menu Sis ko dah lupalah. Korang layan aje lah gambar menu-menunya yer..
Yang ni Sis dan Suami kongsi makan, sebab kami berdua ada order pizza juga.
Pizza di Marco Polo Kitchen ni memang sedap. Rata-rata yang datang makan sini semua mesti makan pizza.
Menu yang ini anak bujang yang punya. Katanya lama tak makan ikan, sebab tu dia order ikan, kat Poli asyik makan ayam dan daging aje katanya hahahaha..Sian anak Emak ..
Dan yang ini menu si kakaknya, entah apalah namanya tapi anak kata sedap gile, makanya sedaplah tu hehehehe..
Yang ini pula menu 'bakal', dia datang buat surprise untuk anak Sis hehehe. Terima kasih yaa 'bakal' ...
Yaa inilah family kecil kami. Susah senang kami sentiasa bersama.
Doa Sis Moga Allah lindungi, merahmati kebahagiaan kami hingga ke Jannah. Jauhkan dari segala anasir jahat dan pelihara kami dunia dan akhirat ..aamiinn..
Selepas aje kami semua makan di Marco Polo Kitchen, Ayahnya ajak ke Holiday Plaza, nak mengurut kaki dan badan. Memang Suami suka mengurut. Sis dan Suami masuk mengurut, manakala anak-anak menunggu di McD sementara Sis dan Suami mengurut.
Dalam pada sedang mengurut, adik Sis no 2 pulak call, nak belanja makan steambot di Rawa. Tanya anak-anak dan Suami, semua kata ON, makanya, lepas aje mengurut dan solat maghrib, kami terus gerak ke Taman Gaya, Steamboat Rawa untuk makan malam.
Semua ada, hanya family adik no3 sahaja yang takde. Kalau tak meriahlah malam tu.
Terima kasih Lily belanja Ayyom semua makan.
Okay tu jer nak cerita untuk harini. Memang satu hari tu penuh dengan kebahagiaan, masing-masing bercerita, luah perasaan, bertanya pendapat, dan siap ada seisi soal jawab hehehehe. Dan Ayahnya pulak tak henti-henti gelak tengok perangai anak-anak, hilang stress kata Ayahnya. Alhamdulilah,
Thank You Allah 💓
P/S: Ada yang pesan, jangan di cerita kebahagian kita pada umum, takut ada antara kita suka mengambil kesempatan atas kebahagiaan orang lain, tapi tak apalah, ALLAH kan Ada, hanya Allah maha melindungi dan maha mengetahui.
Happy Birthday Yanaa!
ردحذفTerima kasih @Farah .. :)
حذفalhamdulilah..murah rezeki akak sekeluarga..:)
ردحذفAamiinn...makaseh Cik @Nor ...
حذفBila dapat meraikan hari bererti orang yang kita sayang,,,nikmatnya sangat lain macam..alhamdulillah.
ردحذفAlhamdulilah @PC..begitulah rasanya bahagia itu bila dapat bersama.. :)
حذفpizza tu rare gilerrrrr...terkezut kita nengoknyeee
ردحذفgambar family tu, kakak memang macam ayahnye ek..suke tak pandang kamera..hahahaha
ishh, cerita kat blog ni lain tau..dia macam diari peribadi kita...khas untuk kenangan kita pada masa hadapan...biaq pi la yang cakap bukan2 tu..huhuhu
Hahahaha pizza tu next time kita ke sana makan, share-share, sedap @Sunah..
حذفHahaha yerr Kakak dan Ayahnya susah nak pandang kamera ...
Yerr @Sunah..kisah kita tapi ada kalanya orang melihat punya hati yang tidak menyenangkan kita ...
kenapaaa ain boleh rasaaaa bahagiaa ituu.. hehehehe. sesungguhnya..bahagia itu satu pilihan...dan itu pilihan terbaik buat semuanya. 💖💖💖
ردحذفEcececece sebab crush ke @Farahain hahaha...
حذفBahagia itu pilihan tapi jangan sampai tersalah buat pilihan hehehehe
happy birthday yana.. bila dapat kumpul makan2 1 family mcm ni memang happy sgt kan..
ردحذفTerima kasih @Dilah ....yerr Dilah, dengan kesibukkan Ayahnya, bila dapat bersama bahagia rasanya ...
حذفcomel2 anak2nya.. Happy belated birthday ^^
ردحذفAlaaahaiii kurniaan Allah swt @Siti..kami biashe-biashe ajerr hehehe
حذفTerima kasih Siti ..