SIS NAK BERTANYA, KORANG DAH GANTI PUASA KE BELUM ?

Sis Lin
8
SIS NAK BERTANYA, KORANG DAH GANTI PUASA KE BELUM ? | Hehehe soalan cepu emas yang ramai membuat mata terbeliak terkejut sekejap. Terus melatah 'Alamak lupa laa nak ganti puasa'...takpe takpe, itu ayat memang biasa Sis dengar. Sebab itulah Sis bertanya awal ni sebelum masuknya Ramadhan. 

Untuk diri Sis sendiri, alhamdulilah dah selesai mengantikannya 4 hari puasa. Biasalah, Orang pompuan, paling tak sebulan mesti ada cutikan. Tapi ada juga yang bernasib baik tidak ada cuti puasa, penuh sebulan. Sis sendiri pernah puasa sebulan. Ya Allah syukur tak terkata, rasa puas ko puasa sebulan. Kepuasan tu lain macam rasanya. 

Diam tak diam tinggal beberapa hari sahaja lagi nak masuk Ramadhan kan. Masa pantas berlalu. Ada yang dah tempah baju raya, dah mula promosi biskut raya, jahit langsir baru, cat rumah, semua dah buat persiapan awal, bagus...supaya nanti tiba masa Ramadhan tidaklah kelam kabut semua. 

Agak-agak puasa tahun ni panas ke idok ek? Kalaulah puasa nanti cuaca seperti sekarang ni, Allahu kasihanlah bagi anak-anak yang bersekolah, Suami Isteri yang bekerja, juga surirumah yang sibuk urus anak. Mesti keletihan melampau agaknya, terdampar baring seperti ikan-ikan di dalam aquarium yang memerlukan oksigen hahahaha. 

Sis ko sendiri walau tak bekerja, tapi dulu masa urus anak sekolah, masyaAllah dugaan dia sangat hebat! Hantar anak pergi balik sekolah je pun, tapi kalau time puasa tu, panas berdenting, dia punya letih, macam nak berendam dalam pool tau. Penat letih haus semua ada. Tengah-tengah termenung menunggu anak, tiberr lalu budak umur 3 tahun nyonyot aiskrim malaysia, tak pun lolipop, Sis ko rasa macam nak culik je budak tu masuk dalam kereta, kemudian buat ayat 'nak sikit dik' hahahahah. aishhhh cobaan...

Ni bukan kata tak kuat iman, tapi iman tergugat oii. Kalau dah letih panas, ko tengok air paip pun nampak sirap, tengok pokok tepi jalan pun macam sayur brocoli kukus tau hahahaha tu Sis ko la. Korang mungkin iman kuat *sambil tangan atas bahu* ...

Sekarang ni pun kalau nak ganti puasa, duk jengan-jengah kajian kaji cuaca, kalau kata esok hujan, okay kita puasa hahahahaha kalau kata panas haba tinggi, nanti aje lah puasa, haaaa tu anak Sis la tu hahahah siap tengok kajian kaji cuaca ko tau. Dia kata panas tak tahan, kena pulak kalau tengah study, otak boleh beku. Tapi Sis banyak kali pesan, tak kisah le beku ke panas ke, cair ke, janji puasa tu habis ganti!

Jadi bagi korang yang belum ganti puasa tu, silalah berbuat cepat yer. Jangan sampai ramadhan ketemu ramadhan, kang terus lupa semua. 



Menangguhkan Qadha' Puasa Dengan Sengaja.

Ulama’ keseluruhannya bersepakat (ijma’) dalam menyatakan kewajiban Qadha’ puasa ramadhan yang ditinggalkan bagi orang yang mampu untuk mengqadha’kannya. Bagi mereka yang tidak berpuasa pada bulan ramadhan, maka dia wajib mengqadha’kannya sebelum tiba ramadhan yang seterusnya.

Ini berdasarkan hadith aisyah Radiallahu anha yang diriwayatkan oleh ibnu majah dalam kitabnya Sohiih Ibnu Majah, juga disahihkan oleh sheikh Al-bani:

كان يكون عليَّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجيء شعبان
Maksudnya: “Aku masih berhutang puasa Ramadan dan aku tidak dapat menggantikannya sehingga Sya’ban tiba”

Hadith ini menunjukkan perlunya qadha’ puasa ramadhan sebelum tiba ramadhan seterusnya.

Sekiranya dilambatkan puasa qadha’ tanpa keuzuran sehingga bertemu ramadhan seterusnya, maka para ulama’ dari mazhab syafie berpandangan wajib qadha’ puasa dan membayar fidyah. Pandangan ini disokong oleh Ibnu Umar, Abu hurairah, Mujahid, Ath-tahuri, imam malik, Auzaie dan Ishak. Ini kerana tindakannya mengambil ringan dalam melakukan perkara wajib sedangkan dia berada dalam berkemampuan.


Niat Ganti Puasa 

#SisSharing






P/S: Tahun ni awal bulan 5 dah mula puasakan, makin lama makin cepat. Moga Allah panjangkan usiaku dan juga semua pembaca blog ini untuk menyambut Ramadhan ..amiinn


إرسال تعليق

8تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. kita ganti dalam bln syawal lagi kak..hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulilah tahniah Cik @Nor, selesai jalani tanggungjawab ..

      حذف
  2. kejap je dh nk start puasa... cepat betul masa berjalan skrg ni.. anyway, salam kenal dr sis hawa.. done follow blog sis lin hehe

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn @Siti kannn, masa cepat sangat berlalu, tau-tau nak masuk ramadhan nanti ..
      Done juga, lama dah follow blog Hawa hehehe

      حذف
  3. eeee belum habis ganti lagi..insya'Allah niatnya next week nak puasa full 5 hari lagi...boleh feel berbuka kat buffet ramadhan review..

    ردحذف
    الردود
    1. Kannnn...Sis pun insyaAllah masa review Ramadhan pun nak puasa @Sunah..jomm sesama jommm

      حذف
  4. الردود
    1. Hahahaha berapa hari le tuu tinggal @Retna..heheheh

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!