THE PLATINUM HOTEL & SUITES MELAKA MEMPUNYAI KEUNIKAN DAN SENI BINA TERSENDIRI

Sis Lin
10
THE PLATINUM HOTEL & SUITES MELAKA MEMPUNYAI KEUNIKAN DAN SENI BINA TERSENDIRI | The Platinum Hotel & Suites Melaka yang terletak di Pulau Melaka ini berkonsepkan abad ke 19 era Renaissance yang elegan dan sentuhan reka bentuk warisan peranakan. Tengok sekali terus jatuh cinta. 

Sebuah Hotel yang bertaraf 4 Bintang dan Lokasi yang strategik di Pulau Melaka, dan tidak jauh dari pusat bandar, kurang dari 10 minit dari Dataran Pahlawan, dan Kota A Famosa serta  tempat tumpuan para pelancong. Bangunan setinggi 4 tingkat yang mempunyai keunikan dan keindahan seni bina di sekililing hotel ini, telah menjadi tumpuan ramai pengunjung yang datang semata hanya mengambil gambar (OOTD). Ini berikutan terdapat kedai-kedai 'Cafe' minuman dan makanan ala 'hipster di sana. 


About Hotel 

With its captivating Renaissance-inspired façade, characterised by ornate wrought iron balconies, intricately carved cornices and lofty columns, no other hotel captures the rich history of Melaka quite like The Platinum.

Located at the Melaka Gateway on Pulau Melaka

A mere 3 minutes away from the bustling city center, the 206-room Platinum Hotel and Suites reflects perfectly the mood of this charming UNESCO World Heritage Site. Here, amidst a backdrop of 19th century European elegance, you will find all the contemporary amenities, including indoor/outdoor swimming pools, a 24-hour gymnasium, and The Straits Café@The Platinum which serves authentic local cuisine. Popular restaurants and “kopitiams” are within easy reach to offer further food options while a leisurely stroll across a bridge will lead you into town where you will find the major sightseeing attractions.



Cantikkan, giler tak cantik, kalau di Melaka ni, bangunan apa ajelah semua cantik giler senibina dia. Untuk diri Sis sendiri inilah kali pertama Sis di beri peluang menginap di sini sewaktu kunjungan dan program Malaysian Surfcasting bersama Tourism Malaysia baru-baru ni.

Memang sangat teruja melihat keindahan bangunan dan keadaan sekelilingnya. Yang pernah datang dan singgah mesti tau kan. Kalau yang belum lagi ke sini, korang singgahlah, tak menginap pun, korang datang bergambar. Kalau waktu malam lagi cantik ko pemandangannya. 



Ruang legar lobi yang luas dan terdapat ukiran bangunan bersejarah yang mengamit pandangan para pengunjung. Melihat ke dalam ianya jauh beza pulak dari di luar, Sis ko fikir mesti kat dalam macam antik-antik ke hahahaha, jauh tersasar pulak fikiran Sis hehehe. Ianya lebih kepada moden deko. Tapi still cantiklah. 

Pada haritu, Sis dan Sunah di tempatkan dalam satu bilik, bilik kami di tingkat 2. Perjalanan nak ke bilik tu..kuss semangatt, jauh kemain hahaha hujung nun ke depan. Membakar lemak juga kami semua hahahaha. 



Cuba korang tengok bilik yang Sis dan Sunah menginap ni. Apa kata korang? Hahahaha pertama kali masuk je ke dalam bilik ni, kami berdua terkejut, panjang gile dan luasnyaaa..walaupun bukan lebar tapi kami sangat selesa dengan keadaan dalam bilik kami. Serius sangat selesa. 

Paling suka ada kursi menonton tv juga ruang untuk solat di hujung sliding sana. Selesa benar rasa. Katilnya pun luas, kalau kurus, boleh tidur berdua atasnya hehehe. Sori Sis lupa pulak nak amik gambo bilik airnya, Sis ko amik hanya di IG Story pulak hahahaha. 


Ciri rekaan khas ruangan ke laluan bilik di mana terdapat sistem pengudaraan yang sangat baik, ruang bilik yang cukup luas dan selesa serta kelengkapan dan rekaan set cawan khas hotel, kemudahan gym, kafe dan swimming pool luar dan dalam.

Terdapat 5 pilihan jenis kategori bilik iaitu:

- Platinum Executive Suite
- Platinum Family Suite
- Platinum Deluxe Suite
- Deluxe King / Twin Suite
- Superior King / Twin Suite

Varian harga sebilik semalam bermula mulai RM268 hingga RM988 semalam. 

Sebarang info lanjut boleh lawati laman sesawang www.platinumhotelsuites.com atau penempahan  secara terus melalui email reservation@platinumhotelsuites.com atau hubungi di talian 06-283 3399 . 

#SisSayThankYou
#TourismJohor #MalaysiaTrulyAsia #CutiCutiMalaysia #VisitMelaka2019






P/S: Mungkin akan datang kalau korang datang, tempatnya lagi indah, bagus dan tip top, sebab masa kami datang, masih tengah naik taraf lagi . But so far so good . 


Post a Comment

10Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Assalamualaikum lin..rasanya mmg hotel baru ni kan lin...dulu masa mama dok melaka kat pulau melaka ni masih tak siap lagi...skg semuanya dah cantik2 belaka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumussalam Mama @Maszull...yee Mamaa hotel baru, baru tahun lepas tak silap buka, ke awal tahun macamtu lah...cantik sangat dari luar hingga ke dalamnya..puashati ...

      Delete
  2. Lazimnya bilik lebar ...tapi bila yang ini panjang. Bagi PC ni unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnn @PC, sangat teruja nengok bilik dia..memanjang lebih selesa macam ni rasanya...tapi ada ruang-ruang ...so tidak sempit ...

      Delete
  3. eee rindu lerrrrrr nak duduk sini! tak puassss walaupun ade kekurangan sikit2 kannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Meh jomm kita ke sini yokkk @Sunah..jenjalan dan cuci mata semalaman jadi lerrr hehehehe

      Delete
  4. uniknya bilik hotel ni...memanjang

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat unik dari seni binanya, tapi kalau masuk dalam bilik, lagi unik pulak gaya persembahannya @Julia hehehehe puashati!

      Delete
  5. The visitors of this Greenville SC hotel can likewise unwind on the Hyatt Grand BedTm while playing around with the extreme gastronomic admission in the best cafés.La Quinta kansas city

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!