THE SHORE OCEANARIUM MELAKA - DAYA TARIKAN BARU BUAT PENGUNJUNG KE MELAKA

Sis Lin
8
THE SHORE OCEANARIUM MELAKA - DAYA TARIKAN BARU BUAT PENGUNJUNG KE MELAKA | The Shore Oceanarium ini antara salah satu tempat tarikan yang kian popular di Melaka, ia merupakan hasil kerjasama bersama Jabatan Perikanan Melaka. Di sini pengunjung boleh melihat pelbagai spesies hidupan laut dan mengenali nama saintifik serta habitat haiwan tersebut. Untuk ibu bapa, sempena cuti sekolah bermula ini, bolehlah jadikan The Shore Oceanarium sebagai destinasi bercuti sambil belajar untuk anak korang. 

The Shore Oceanarium Melaka ni terletak di tingkat 2 di dalam The Shore Shopping Gallery. Sis berkesempatan singgah ke sini sewaktu mengikuti trip Tourism Malaysia sempena Malaysian Sufcasting Siri 1 baru-baru ini di Pantai Puteri Melaka. Selain dapat melihat hidupan laut dengan lebih dekat, The Shore Oceanarium menawarkan banyak aktiviti menarik yang lain. Antaranya adalah seperti aktiviti Junggle Quest, Ocean Journey, Dangerous Marine Species yang mana ia mendedahkan jenis-jenis hidupan laut yang merbahaya, Kampung Penyu serta banyak lagi. 

Sis ko ke sini dah macam kanak-kanak riang juga, seronok dan happy giler masa ni. Sedangkan kami yang dewasa pun suka, apa entah lagi kanak-kanak kan, mestilah lagi suka! 

Meh layan gambar kami sepanjang kami berada di sana. Sis ko tau, korang lebih suka tengok gambar dari membaca kan? Hahahahaha 😝



Harga Tiket The Shore Ocenarium (Premium Plus) 
(The Shore Oceanarium + VRAR Interactive Park) 

Dewasa RM 40 | Kanak-kanak RM 30 | Warga Emas RM 30

Waktu Operasi: Buka pada Setiap Hari
Jam: 10.30 am – 9.00 pm

Info dan Promosi : 
Facebook Page: The Shore Ocenarium  



Best part kat sini, korang boleh sentuh ikan-ikan yang di pamerkan, termasuk baby shark hahahaha. Sis ko memang idok le, terkulat-kulat Sis ko nak hulur tangan oii, Duk bayangkan jari Sis ko kang hilang dek kena makan gan shark hahahahaha. adoiii...sejenis penakut sebenonya 😆

Ko berani ko hulur lerr...setakat ni belum ada rekod jari atau tangan putus hahahahaha..



Sis ko ada berasa lega sedikit masa ni, sebabnya kami semua tidak di bawa masuk ke dalam ini, phewwww lega gilerr...sedia maklum Sis ko memang penakut ular oiii, sampai tanya dengan Ms Lily tu, 'dalam tu ada ular tak?' hahahaha..dia kata ada je, kepala lutut Sis ko dah menggigil tahap nak pusing balik hahahahaha..

Tapi alhamdulilah, legaaa tak di bawa masuk hahahaha 😜



Semasa korang beli tiket tu, mereka akan bagi korang cermin mata 3D, korang simpan, nanti kat dalam tu ada movie yang kena pakai cermin mata tu. Real punya wooo, siap ada pancutan air dan asap seperti dalam movie yang korang tengok. 

Sis duduk kejap aje nengok, sebab bagi peluang adik-adik tu semua duduk. Kemain suka bebudak nengok. 



Bab yang ni wuuu seram juga wooo, tetiba ko lalu bawah tu, jerung semua atas ko, ko ngase? Hahahahaha yer lerr memang le takde apa-apa, tapi kalau dah sejenis Sis ko ni penakut, makanya seakan macam perasaan tu kaca tu nak pecah bila jerung nampak Sis. Agaknya dia nampak Sis macam kepci kot barangkali hahahahha..

Mundar mandir je jerung tu kat atas nuu hahahaha 'lazat lazat' , katanya kot ek 😁



Yer kali ni Sis ko betul-betul teruja, teruja excited nengok kecantikkan ikan-ikan semua. Ada tu ikan yang tak pernah Sis ko nampak, serius laaa, pelik gile ikannya. Malas nak tunjuk gambar, korang pergilah sana dan tengok sendiri.  Yerr tu ikan Nemo, real punya Nemo okay..cute gilee, rasa macam nak mintak 5 ekor hahahaha.

Ikan duyung takde, so dapat amik gambar berduyung jadilah hahahahaha..



Pengalaman yang tidak dapat Sis ko lupakan, uii malu pun ado hahahaha. Mana taknya, agaknya Sis ko kot jerit yang paling kuat masa ni. Hahaha pakai VR tu, lepas tu movie dia dalam dasar laut, ko ngase? Tak ke macam real, konon ko tengah snorkling, then macam-macamlah ko jumpa, pastu datang pulak jerung, cisssss menjerit Sis ko, kaki sampai naik atas kursi hahahaha

Tu nasib baik dalam 4 minit tau, kalau 10 minit, habis movie, rasanya tau-tau dah atas kursi Sis ko manjat hahahaha ..padahal realitinya takde apa pun hahahaha 😆



Untuk kanak-kanak pula, yang ini lagi menarik, Sis ko pun turut menyampuk gak nak buat hahahaha. Yang atas tu game, kena pakai cermin mata VR nya, game apa Sis pun tak tau, sebab untuk budak-budak yer. Dan gambar kedua tu macam magic ko. Ko warna dinasour tu, kemudia gunting, dan dinosaour tu akan muncul dalam skrin besar dalam bilik ni hahahahha. 

Sis ko geram, Sis ko pun cuba dan buat sekor, warna macam aiskrim paddle pop, lepas tu siap, wowwww keluarlah dinasour Sis ko alaf baru dalam skrin hahahaha *lupa pulak nak amik gambo. Budak-budak tu pun gelakkan Sis ko 😆



Oh ya, ada juga kedai cenderamata untuk korang nak beli. Macam-macam ada, Sis ko pun nyaris gak nak terbeli hehehe. Tapi nak kejar masa, takpe lain kali boleh datang lagi. Sebenarnya ada hampir 18 aktiviti yang korang boleh buat dalam The Shore Ocenarium ni, selain yang Sis cerita tu, ada Freshwater Animals, River Terrapin, Seashells Museum, Shark Quest, Rainforest, Dangerous Marine Species, Ocean Life, Mangrove, Living Fossils, etc, cuma yang ini, Sis update sebagai perkenalan aje untuk korang teruja, korang kenalah pergi dan cuba sendiri, tak rugi pun. 
Tiket pun murah berbaloi. 

Sangat menarik untuk berkenalan dan perkenalkan kepada anak-anak dengan hidupan laut, hidupan laut merupakan anugerah semula jadi yang tidak terperi cantiknya dan mereka masih kekal sebagai satu misteri besar dalam kehidupan manusia. Kalau dewasa pun suka, apatah lagi kanak-kanak. 

Kepada sesiapa yang berhajat nak datang ke sini, bolehlah dapatkan maklumat lanjut di:

Waktu operasi : 10.30 pagi - 9 malam (setiap hari)

Untuk korang lihat aktiviti-aktiviti yang terdapat di The Shore Ocenarium ni, korang boleh baca di SINI ya. semua info ada . 









P/S: Untung budak sekarangkan, macam-macam aktiviti cuti sekolah ada, time Sis ko dulu ermmm Abah asyik le bawak ke ZOO Johor je wakkkk, gajah pun dah kenal Sis masa tu hahahahaha..


Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. pernah masuk The Shore masa tu, ingatkan nak masuk The Shore Sky Tower, tapi mak mentua i pulak gayat ,so tak jadilah..Next time boleh la masuk sebab dak Naura dah besar..Jadi adalah mainan yang dia boleh main dalam tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang best giler @Rohaida...tak puas rasanya, nanti nak pergi lagilah hehehehe

      Delete
  2. Lazat...lazat....hahahahha

    Jemput baca apa 18 tarikan menarik kat The Shore Oceanarium & VRAR Interactive Park ni:
    https://www.sunahsukasakura.com/2019/03/18-tarikan-menarik-di-shore-oceanarium.html

    hahahah nak jugak promote :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahaha dia pun nak juga spam ek sini hahahahah
      Jerung tengok ko mesti dia kata dapnyaa dapnyaaaa @Sunah hahahaha

      Delete
  3. Dah pegi the shore oceanarium tu.. suka tengok ikan2 tu.. siap pegang lagi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yerrr @Dilah, Sis ko pun sama jakun dah macam bebudak hahahaha

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!