THE SHORE SKY TOWER MELAKA UJI TAHAP GAYAT SIS PADA KETINGGIAN 143 METER

Sis Lin
4
THE SHORE SKY TOWER MELAKA UJI TAHAP GAYAT SIS PADA KETINGGIAN 143 METER | Jangan nak gelak sangat yer, korang dah cuba ke? Eleh yang eksen tu bolehlah cakap 'dah', sebab ko tak gayat, bagi Sis ko yang agak gayat walau masih berani ni, so jadi 'haru biru' jugalah masa nak mencubanya hahahaha. 

Memang tak dapat dinafikan lagi bahawa negeri Melaka sememangnya destinasi pilihan pelancong baik dari dalam negara mahupun luar negara, selain tersimpan 1001 sejarah menerusi peninggalan bangunan lama, Melaka sentiasa tampil dengan daya tarikan bagi menyemarakkan lagi kedatangan pelancong ke negeri itu.

Bersambung lagi kisah sewaktu Sis mengikuti Tourism Malaysia ke Malaysian Surfcasting baru-baru ni ke Melaka, Sis berpeluang untuk merasai dan naik ke atas The Shore Sky Tower ni. Sky Tower ni sama letaknya satu bangunnan dengan The Shore Ocenarium yang Sis share tu sebelum ni, cuma Sky Tower ni terletak di tingkat 43 atas nun. Kalau korang nak pergi sama juga macam nak ke Ocenarium tu, cuma menggunakan lift khas untuk ke atas. 



Untuk sampai ke Sky Tower, korang perlu naik liff ke tingkat 42 bersamaan dengan 163 meter dari aras laut . Tapi untuk sampai ke Sky Tower, korang kena transit di tingkat 3A . Korang ikut je arahan yang di berikan bila nampak papan tanda tu, ikut lift yang di sediakan tu, jangan memandai nak ikut lift lain, kang naik ke hotel bukan ke sky hahahahah. 

Lift agak lambat sedikit, dan juga kadang, lift sampai je, dah penuh, so korang kena tunggu lagi hehehe, harap bersabar, sambil ko urut-urut dada sebelum naik atas yer hahaha. 



Bila dah sampai ke atas nuuuu..mulalah hati berdebar sebab dah nampak pemandangan lampu-lampu dari bangunan tapi bukan dari atas, bangunan tu kat bawah oiii hahahahha ko ngase???..

Dug dag dug dag rasa di hati, macam menunggu nak meminang hahahaha. Nak taknak dah sampai kena laa bergerak oii, takkan nak terjun pulak hahahaha.. KengKen ni kemain lagi peace-peace yo pulak ni..hahahaha cepat jalan KengKen oiii...



Dalam pada Sis ko takut tu, Sis ko kira laju gak jalannya, lagi lambat lagi seram oii, makanya baik lerr Sis ko jalan lelaju, buat-buat tak nampak bawah jer hahahaha..

Alhamdulilah dah selamat sampai atas sekali. Yayyyy Sky Tower Sis ko jejak ko, ketinggian 143 meter dari bawah bangunan, perghh hebat tak Sis ko hahahahaha 😆
Korang rasa, Sis ko pergi tak ke platform standing tu? Hahahahahah



Hellooo peliss lah okay, Sis ko pantang di cabar hahahaha kalau kata suruh pergi tu, Sis ko mesti cuba hahahahah. See nampak tu, Sis Lin sudah berdiri di hujung sana dalam keadaan ketaran tahap level air mendidih hahahahaha.. Kalau si Jannah dan Syahmi tu adoii lawak gileee.. kenapa? (biarlah rahsia) hahahahahahah 😆

Nasib baiklah malam, tapi jujur, Sis ko memang tak tengok pun bawah tu hahahaha. Kat sini korang boleh berdiri di situ, dan di larang amik gambar sebenarnya menggunakan hp, tapi pepandai ko ler hahaha. Mereka ada sediakan jurugambar, dan korang berdiri dan mereka tangkap gambarnya. Hasil gambarnya korang boleh beli di kaunter depan. Memanglah cantik gambarnya...tapi harga boleh tahan ...hehehehe



Di Sky Tower ini korang boleh nikmati pemandangan sekitar bandar Melaka. Ambil gambar seberapa banyak yang korang nak tapi ada satu spot yang korang tak boleh ambil gambar. Spot yang atas tu ler hehehehe. Kalau nak cantik dan nampak real, korang pergilah waktu siang. Hehehehe kalau malam macam Sis ni, macamtu je le, nampak lampu-lampu je. Ada gak teropong (ek) boleh suluh bulan bintang ko..dan pertama kali nampak real bulan secara dekat! SubahanaAllah..

Tiket masuk ke The Shore Sky Tower ni, korang boleh refer pada gambar tu yer. Harga berbaloi. Satu pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan.. Seeloknya korang amik pakej sekali dengan Ocenarium tu. Anak-anak mesti suka. 

So korang pergilah menguji kegayatan korang yer di The Shore Sky Tower tu..

Facebook Page : The Shore Sky Tower 

Website : The Shore Sky Tower 

#SisSayThankYou
#TourismJohor #MalaysiaTrulyAsia #CutiCutiMalaysia #VisitMelaka2019






P/S: Kalau pergi dengan anak-anak dan Suami, kompom kena gelak sakan dengan mereka hahahaha..mereka suka menyakat Emaknya, dah tau Emaknya memang gayat..huhuhu tapi gayat Sis  masih boleh kontrol ayu okay hahahaha. 


Post a Comment

4Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. hahaha...nak tahu sebab ape aku lambat sampai? sebab jannah lahhh..ahahahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahaha lain kali jalan depan, jangan jalan belakang @Sunah hahahahaha

      Delete
  2. haritu kan saya dah masuk dah the shore ni bawak si firash tgk ikan. tapi kenapa tak nampak sky tower ni? huhuhuhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laaaa, kalau kat kaunter tu kan boleh nampak @Julia, ada signboard dia..cuma tiket masuk Sky Tower je kena beli kat atas...

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!