TUANKU PUAN ZANARIAH TENGKU AHMAD MANGKAT - BONDA SULTAN JOHOR | Bonda Sultan Johor, Tuanku Puan Zanariah Tengku Ahmad mangkat.
Bonda Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, Tengku Puan Zanariah Almarhum Tengku Ahmad mangkat pada usia 79 tahun. Khabar mengenai kemangkatan baginda disahkan oleh Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook dan Instagram baginda pada pukul 8.10 pagi Isnin.
Almarhumah Tengku Puan Zanariah yang sebelum ini menggunakan gelaran sebagai Sultanah Zanariah merupakan permaisuri kedua Sultan Iskandar selepas mendirikan perkahwinan pada 1961.
Posting yang dimuat naik oleh Sultan Ibrahim di laman Instagram milik baginda.
Baginda ditabalkan sebagai Raja Permaisuri Agong antara tahun 1984 hingga 1989. Almarhumah Tengku Puan Zanariah merupakan anakanda ketujuh daripada sembilan beradik kepada Tengku Panglima Raja Kelantan.
Seri Paduka Baginda Sultan Zanariah binti Tengku Ahmad Panglima Raja, Raja Permaisuri Agong Malaysia sentiasa menitikberatkan sifat-sifat kesopanan dan kesusilaan apabila bergaul dengan setiap masyarakat yang berdamping dengan baginda, walau di mana baginda berada.
Dengan peribadi baginda yang lemah lembut itu, baginda sentiasa dapat menarik perhatian sesiapa juga yang bertemu dengan baginda. Sifat-sifat seumpama ini telah dapat diturunkan oleh baginda kepada Paduka putera-putera dan puteri-puteri baginda dalam menjalankan tugas baginda sebagai seorang bonda terhadap keluarga.
Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepadanya kami kembali.
Al-Fatihah .
1. Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
2. Pujian bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam,
3. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani,
4. Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat),
5. Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan,
6. Tunjukilah kami jalan yang lurus,
7. Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang dimurkai ke atas mereka, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.
P/S: Update seterusnya, korang boleh baca di laman facebook & instagram Sultan Ibrahim .
Takziah..al-fatihah
ردحذفAaamiinn, makaseh Cik @Nor ..
حذفSalam takziah
ردحذفTerima kasih Cik @Cappuccino ..
حذفtakziah... dan al-fatihah..
ردحذفAaamiinn..makaseh @Mia ..
حذف😪 salam takziah dan alfatihah
ردحذفAaamiinn...
حذفsembah takziah buat keluarga sultan johor...almarhumah sangat dekat di hati rakyat utm..
ردحذفIyerr @Sunah..arwah Abah Sis pun suka dengan almarhumah Tuanku Zanariah ni..sikap peramah beliau kepada rakyat sangat di senangi ...
حذف