VISIT JOHOR vs VISIT MELAKA | Johor ke Melaka, kalau Sis yang drive, dalam 1 jam boleh sampai hahaha. Bukan nak eksen tapi tapi tengok keadaanlah. Kalau memang jalan lancar dan tidak banyak kereta, memang 1 jam boleh sampai, syyhhh sebab Sis dah pernah test hehehehe. Kalau jalan banyak kereta, sejam setengah sampai. Secara peribadinya Sis sendiri sangat suka jalan ke Melaka, cuma kalau Suami dan anak-anak aje yang kalau sebut je nak ke Melaka, masing-masing semua buat muka. Yer faham, yang pertama sekali, jem...bukan Melaka namanya kalau tak jem kan..
Melainkan kalau korang ikut tour atau ikut rombongan. Jem tak jem ko duduk je ler dendiam dalam kereta kan. Macam Sis juga, baru-baru ni ikut Tourism Malaysia ke Melaka, kami semua pergi dalam satu van, ada event media yang nak kami laksanakan, jadinya memang ikut aje le kemana pun pergi. Jem tak jem, duduk je diam hehehehe. Cuba kalau bawa kereta sendiri, hilang juga sabar kalau kena jem kan.
Lagi satu kalau tak pandai nak berjalan cari tempat menarik dan juga tempat makan. Mau berwaze dan berpusing satu bandar kan. Tapi kalau ikut tour, ko diam aje, tau-tau dah sampai....Yerrr Sis suka suka suka sangat hahahaha. Akhirnya sampai juga ke Melaka !
Kalau yang biasa jalan ke Melaka, mesti tau tempat-tempat menarik untuk pergi, tapi kalau yang tak biasa, mesti tercari-cari juga tempat mana nak pergi dalam Melaka ni. Sedangkan kalau betul-betul pandai, pusing-pusing, situ aje tempatnya. Cuma kalau pertama kali memang agak kekoklah, tambah pulak semua jalan sehala di sana. Memang konpius jugalah kepala nak menghafal jalan, berpusing-pusing jadinya.
Bukan nak kata Melaka ni kecik, tapi maksud Sis, kalau korang dah tau dan pandai jalan Melaka sekali, datang kali kedua, kompom dah pandai punya. Pusing-pusing tang tu juga hehehe. Dan lagi satu, kalau korang datang time cuti sekolah, pastikan dah beli hotel/resort awal-awal, memang kalau musim perayaan atau cuti sekolah, semua tempat full.
Selalu orang bertanya, 'ada lagi ke tempat menarik di Melaka tu? Bukan ke banyak tempat sejarah aje?'..Haaa soalan ni selalu Sis dapat kalau kata nak gi Melaka. Haa tu ler, korang silap, sebenarnya ada lagi tempat yang menarik yang boleh korang pergi. Cuma korang je tak explore hehehe. Melaka dah upgrade okay! Hehehehe.
Takpe, nanti Sis cerita dan up entri tempat-tempat terbaru yang Sis dah pergi baru-baru ni di Melaka. Bagi Sis ianya satu pengalaman indah, sebabnya, tempat yang Sis pergi tu semuanya meninggalkan kesan kenangan manis buat Sis sebagai blogger.
Sempena Tahun Melawat Melaka 2019, eloklah korang pergi bercuti ke Melaka, banyak tempat menarik terbaru yang korang boleh pergi selain tempat-tempat bersejarah. Sis cakap sebab Sis dah pun pergi. Sangat teruja!. Tempat penginapan yang Sis stay pun, ini kali pertama Sis pergi, sangat cantik!! Nanti Sis share okay.
Jangan risau nanti Sis update buat korang ya.
So nanti cuti sekolah boleh bawa anak-anak dan juga keluarga ke Melaka.
Apa-apa pun Sis berterima kasih buat Tourism Malaysia & juga Tourism Johor yang telah membawa kami ke Melaka . Satu pengalaman yang tak dapat di lupakan.
Korang boleh baca cerita Cabaran Memancing Malaysian Surfcasting Siri Pertama baru-baru ni di Pantai Puteri, Melaka. Pemenang utama bawa pulang wang tunai RM 70,000 cash ko! Dan kalau korang minat nak join sama, haa korang boleh daftar sekali untuk pusingan seterusnya ya. Semua info ada dalam situ.
Okay, stay tuned untuk update seterusnya.
Jeng jeng jeng ..
P/S: Sis macam plan, nak ke Melaka lagi, nak pergi lagi..ada sesiapa nak join? Ajomm kitaa..
rindunya nak jalan2 kat melaka.. skrg ni kalau balik melaka memang malas nak keluar berjalan bila jem je.. huawaaaa..
ReplyDeleteHehehe kalau jenis Sis mybe suka drive, so kalau jem pun jenis tak kisah @Dilah, janji jalan hehehehe
Deleteterbaek.. seronoknya dpt jenjalan. :)
ReplyDeleteSeronok sangat @Ejulz ...
Deletetahun 2019 ni jer dah dua kali kita bercuti ke Melaka. Tak penah jemu ngan Melaka tapi sakit hati dengan traffic jammed
ReplyDeleteKannn Kak @Seri, Saya juga kalau ada peluang nak pergi juga lagi Kak, best sebenarnya Melaka, tak puas jalan...
DeleteBaru gi Melaka last yr, memang ya ampun kalau nak drive sndri round bandar melaka, nan ado la.. So kesudahan nya, amek grab je la... hehehehe...
ReplyDeleteHehehehe jomm laa ke Melaka @Retna, aku drive hahahahha
DeleteKalau balik ke Melaka memang jarang nak jalan ke Bandar Melaka sebab tau jammed and susah sangat nak cari parking
ReplyDeleteMemang Melaka jem tapi Sis ko jenis suka drive, so jem tu jadi tak kisah lerr @Rohaida ...
Delete