ANTARA TEMPAT MENARIK DI KELANTAN YANG MESTI KORANG LAWATI JIKA KE SANA | Kelantan Darul Naim, negari yang kaya dengan makanan kalau Sis ko katagorikan, sebabnya sepanjang Sis dan rakan-rakan semua ke sana baru-baru ni bersama Tourism Malaysia, boleh di katakan banyak tempat makan yang kami singgah dan kami asyik makan aje bila di singgah memana hahaha. Tidaklah 24jam makan tapi ada je benda nak di makannya. Serius cakap, memang kekenyangan kalau korang ke Kelantan ni.
Dan makanannya pulak sedap-sedap, tidak ada yang tak sedap, baik di kedai tepi-tepi jalan, bazar, hotel atau pun resort yang kami pergi, semuanya menu makanannya sedap-sedap dan juga ada manis juga...kalau Sis duduk sebulan di Kelantan ni, mau boleh tambah berat badan hahahaha ke Sis ko aje rasa begitu haaaa...
Takpe jangan panjang lebar menulis, meh baca antara tempat menarik di Kelantan yang Sis pergi dan singgah. Lepas ni korang pulak singgah yer..
1. Sudara Beach Resort & Spa
Kalau nak tengok matahari naik depan mata, haa korang menginap di sini, memang pagi esoknya korang akan nikmati matahari naik betul-betul depan resort di kawasan pantai. Sis pun teruja melihatnya. Lain-lain seperti biasa, ada kemudahan cafe dan menu yang sedap, kawasan yang luas, ada swimming pool, dan korang juga boleh berkaraoke waktu malam bersama kawan ketika makan malam.
Tentang bilik pula, bagi Sis cuma kurang berpuashati, keadaan bilik kurang bersih, terutama bilik air dan juga air paipnya. Mungkin kerana resort ni sudah lama beroperasi. Hawa dingin pun kurang sejuk, dan yang memeritkan lagi, line telefon DiGi Sis, hanya 3G dan kadang terus E ...tapi still okay jika menginap di sini. Harap lepas ni dah di naik taraf sikit keadaan bilik.
Facebook : Sudara Beach Resort & Spa
Instagram: @SudaraBeachResort&Spa
2. Akademi Nik Rashiddin - Pusat Sumber Kandis
Akademi Nik Rashiddin juga dikenali sebagai Pusat Sumber Kandis, ditubuhkan pada tahun 2000. Ia merupakan pusat untuk pengetahuan tradisional dan pemeliharaan warisan Melayu. Sebuah institusi dan juga pusat rujukan ukiran kayu yang cemerlang di persada dunia yang mengekalkan, mendidik dan mengembangkan warisan seni ukir kayu
Korang boleh baca sepenuhnya di SINI
3. Tok Aman Bali Beach Resort
Resort yang bertaraf 4 bintang ini sememangnya sesuai untuk percutian bersama keluarga ataupun untuk adakan seminar atau kursus. Memang kondusif dan mendamaikan. Walaupun tidak berpeluang menginap di sini, tapi melihat keadaan bilik dan semua kemudahan yang ada, wowwww sangat hebat resort ni. Tempatnya sangat mendamaikan. Berdekatan dengan Pantai Bisikan Bayu. Juga terdapat Spa mengurut di sini, ini yang paling menarik pada Sis hehehe. Sambil bercuti, merehatkan badan, boleh mengurut. Pakej tersedia pun sangat berbaloi.
Korang boleh cuba menginap dan bercuti di sini. Kolam renangnya juga adalah kolam yang terbesar antara resort-resort lain. Menarikkan, anak-anak pasti suka!
Website: http://www.tokamanbali.com.my/
Tel : +609 – 691 8899 Fax: +609 – 691 8787
Tok Aman Bali Beach Resort Lot 6264(1), Pantai Bisikan Bayu, Semerak 16700 Pasir Puteh, Kelantan
4. Istana Bunian, Bachok Kelantan
Rumah persendirian yang diberi nama Istana Bunian ini direka dan dibina seorang diri oleh Hasyim Rahman di Kg Tok Burung Bachok Kelantan. Hashim Rahman merupakan seorang tukang rumah yang terkenal dengan hasil kerja seni yang sangat teliti. Kerja-kerja pembinaan Istana Bunian ini telah dimulakan sejak tahun 1981 lagi. Namun, sampai hari yang kami sampai, ianya masih belum siap 100%. menurut kata guide tour kami, Hashim membinanya seorang diri sahaja. Jika beliau tidak berpuas hati, beliau akan memecahkan bahagian tertentu dan membinanya semula dengan idea yang baru.
Baca kisah sepenuhnya di SINI .
5. Wat Dua Naga @ Wat Phothikyan Phutthhaktham
Kawasan ini dipagari dengan patung naga sepanjang 598 meter. Tiap seekor bernilai RM150,000 yang disumbangkan oleh bekas sami sebelumnya Archan Phrak Ajchan Porchai pada 1992. Wat ini dibangunkan semula oleh sekumpulan sami pada tahun 1993. Wat ini mengandungi bangunan mandi wap sebagai satu cara perubatan tradisional dan bangunan tempat upacara 'Musuh Sami'. Pasti yang kunjung ke sini akan mendongok kepala ke atas untuk melihat replika patung Budda yang besar dan tinggi. Pemandangan di Wat ini sangat cantik kerana terdapatnya pelbagai replika patung dan tempat penyembahan yang mempunyai pelbagai motif yang halus.
Apabila anda sampai dipintu kuil ini anda akan kagum melihat ukiran yang penuh keunikan. Dimana sepasang Naga yang cantik menyambut kedatangan anda. Dibina dengan belanja RM2 juta, sebahagian besar sumbangan orang ramai, ia merupakan ketiga di Kelantan. Kampung menjadi tarikan utama kepada pelancong kerana ia juga mempunyai kira-kira 100 buah patung pelbagai jenis.
6. Restoran Nasi Ulam Cikgu
Restoran Nasi Ulam Cikgu, memang femes di kalangan warga negeri Kelantan, sebabnya kedainya terletak berdekatan dengan muzium dan pusat kraftangan. Atau lebih di kenali sebagai Kg Kraftangan. Beralamat di Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan, kedai makan ni di buka setiap hari bermula jam 11am hingga 5pm kecuali hari Jumaat aje tutup. Ada dua ruang makan di sini, di dalam atau pun di luar. Cuma bahagian dalam agak kecil, kalau nak duduk dalam kena booking dulu. Call : 019-961 6665 .
Baca sepenuhnya di SINI , Sis ada update entri khas pasal kedai ni .
7. Hotel Perdana Kota Bharu Kelantan
Hotel Perdana Kota Bharu menawarkan sebuah penginapan di Kota Bharu. Ia terletak dalam jarak 10 minit pemanduan dari Pasar Siti Khadijah. Ia menawarkan 5 pilihan tempat makan, kolam renang luaran, pusat kecergasan dan kedai mudah beli di lokasi. Penginapan yang mewah ini juga menyediakan parking percuma dan akses WiFi percuma di semua kawasan. Hotel ini terletak di sepanjang Jalan Mahmood, hanya 5 minit berjalan kaki dari Stadium Sultan Muhammad IV dan Pusat Kebudayaan. Bazaar Tok Guru terletak sejauh 10 minit pemanduan, manakala Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra boleh diakses dengan memandu selama 20 minit.
Tunggu kisah selanjutnya. Nanti Sis update satu entri pengalaman Sis menginap di sini ya .
Tunggu .
8. Restoran Anjung Rebana
Nampak macam dewan suasana dalamnya tapi ianya sebuah restoran. Anjung Rebana sebuah restoran yang menyediakan pelbagai menu makanan ASEAN. Antara menu yang disediakan pada makan malam kami adalah seperti: Sup ekor, Butter Prawn, Lemon Chicken, Crispy Egg dan juga Ikan Siakap 3 Rasa. Semuanya sedap-sedap. Sampai tak termakan kami semua pada malam tu.
Memang rekomen kat korang yang datang ke Kota Bharu, boleh singgah sini mai makan sini. Tempatnya pun boleh buat event atau majlis keraian. Alamatnya di : Lot 1103, Jln Dato' Lundang
15200 Kota Bharu. Atau call : 011-2929 2252 untuk pertanyaan .
9. Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara Kelantan (JKKNK)
Kompleks Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Kelantan merupakan infrastruktur bagi aktiviti seni budaya. Pembinaanya adalah untuk membantu penggiat / karyawan Seni Budaya serta masyarakat setempat bersama- sama rakyat bagi menyemarakkan seni dan budaya di Negeri Kelantan. Ia berfungsi bagi mencapai objektif secara teratur, teracang dan selaras dengan Gagasan 1Malaysia.
Galeri Seni JKKN Kelantan telah diwujudkan pada tahun 2015 dan telah dirasmikan oleh YBhg Datuk Norliza Rofli, Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) pada 12 Jun 2015. Galeri ini terletak ditingkat bawah Blok Pentadbiran JKKN. Pelbagai maklumat berkaitan kesenian tradisional Negeri Kelantan dipamerkan seperti Mak Yong, Menora, Wayang Kulit, Gasing, dan peralatan muzik tradisional Negeri Kelantan seperti Kertuk dan Rebana Ubi.
10. Ayang Cafe
Bayangkan menikmati sekeping roti tebal lembut yang dibakar, kemudian disapu dengan kaya dan diletakkan telur goyang di atasnya, ko ngase? Makan seketul tak cukup hahaha. Menu yang diberi nama 'Roti Ayang' itu dijual di Ayang Cafe yang menjadi viral dan hot menu setiap kali pengunjung datang ke Ayang Cafe yang terletak berhadapan Masjid Diraja Long Yunus, Langgar.
Ada bermacam juadah sarapan pagi, termasuk, nasi dagang, nasi tumpang, nasi kuning, nasi pulut, aneka kuih muih, roti bakar, dan juga mee goreng, laksa dan bermacam lagi. Korang kena datang singgah sini ya. Owner dia kemain ramah! ..
Facebook : Ayang Cafe
Instagram: @ayangcafe
11. Asni Batik & Boutique House
Asni Batik & Boutique House merupakan butik fesyen pakaian berasaskan BATIK sepenuhnya. Asni Boutique sentiasa mengikuti perkembangan trend fesyen generasi terkini dan menumpukan perhatian kepada aspek minat pelanggan kami.Tidak hanya menumpukan perhatian kepada gaya pemakaian, aspek warna dan motif juga menjadi perkara penting bagi setiap generasi lelaki, wanita dan juga kanak-kanak untuk menggayakan fesyen batik ini.
Butik yang terletak hanya beberapa kilometer sahaja dengan pusat bandar Kota Bharu di tepi jalan utama menuju ke Pantai Cahaya Bulan PCB. Jadi kalau korang nak membeli batik untuk yang tersayang atau diri sendiri, datanglah ke sana, banyak pilihan yang ada.
Website : Asni Boutique House
12. Galeri Wau Pak Sapie
Siapa menyangka kedai membuat wau tersohor di Kampung Badang di sini yang menjadi rujukan ramai serta tumpuan pelancong dari serata pelosok dunia rupanya beroperasi tanpa bekalan elektrik sejak lebih 35 tahun lalu. Pak Sapie yang merupakan pakar pembuat wau handalan malah diiktiraf sebagai Adiguru Kraf oleh pihak Kraftangan Malaysia sebagai pengiktirafan kerajaan atas kemahiran tinggi arwah. Beliau telah mengelilingi dunia bersama wau dengan mengadakan demonstrasi pembuatan wau dan kemahiran beliau mendapat liputan media tempatan dan antarabangsa. Galeri ini menempatkan sebahagian daripada koleksi Wau Pak Sapie yang juga dijual kepada para pelawat galeri wau beliau.
Sepeninggalan Pak Sapie, Galeri Wau Pak Sapie kini dikendalikan oleh anak beliau Wan Anur Sapie bersama isterinya. Mereka bersedia berkongsi cerita mengenai wau dan pengalaman mereka dalam memperjuangan seni wau daripada dahulu sehingga sekarang. Percayalah, lawatan anda ke sini pasti berbaloi.
Facebook : Galeri Wau Pak Sapie
13. Pasar Besar Siti Khadijah
Pasar Besar Siti Khadijah ini terletak di Jalan Buluh Kubu, 15000 Kota Bharu, Kelantan. Pasar ni adalah pasar yang menjadi tarikan pelancung ke Kelantan, yang di bina pada tahun 1985. Nama asalnya dulu adalah Pasar Besar Buluh Kubu, kemudian di tukar namanya oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Y.A.B Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat sebagai tanda penghormatan kepada kaum Hawa, memandangkan majoriti peniaganya terdiri daripada golongan wanita. Di buka setiap hari bermula dari jam 7am hingga 6pm.
Korang boleh baca cerita sepenuhnya sewaktu Sis ke pasar ini untuk mencari asam jawa madu. Baca di SINI
Yaa itulah antara tempat menarik di Kelantan yang sempat Sis singgah dan Sis kongsikan untuk korang di sini. Untuk penginapan di Hotel Perdana tu, nanti Sis akan update di entri lain ya. Memang sangat best menginap di situ.
So korang, kalau ada ke Kelantan, singgahlah ye ..
*Ada satu tempat yang kami pergi tapi takde gambar, iaitu Wakaf Che Yah . Gambar makan durian je adalah hahahaha....memang nak kena datang lagi ke apa ni hehehehe
P/S: Tiberrr rindu plak orang Kelantan !! Orang Kelantan peramah dan mesra alam...sangat selesa berurusan dengan mereka.. dan tak lupa, Terima Kasih Tourism Kelantan !!..
wahh banyaknya tempat best kak. bulan 10 pegi kelantan boleh la pergi semua tempat yang akk dah pegi ni. teringin nak rasa roti ayang tu.
ReplyDelete@Ena yee Ena, banyak tempat menarik yang boleh kita singgah kalau ke Kelantan, lebih-lebih lagi tempat tu jarang sangat orang pergi ...
Deleteseronoknya... bila lah nk sampai sana... selalu dgr kwn2 dok cerita makanan best kt sana, lagi lah kwn2 kt opis ni ramai or kelantan
ReplyDeleteInsyaAllah one day sampailah tu @NorHidana...cuti-cuti nanti pi lee sana..
DeleteKelantan antara destinasi yang menjadi pilihan kami sekeluarga setiap kali bercuti. cumanya asyik makan ajelah, takde lagi pergi tengok kesenian, muzium dan sebagainya. tu kena buat lawatan sambal belajar kot bawa Budak kolej, huhu
ReplyDeleteJauh perjalanan Luas pemandangan kan Kak @Seri, Lin suka drive ke Pantai Timur, banyak tempat makan tepi jalan yang boleh kita cuba dan singgah..kalau di Kelantan lagilah..kenyang manjang kalau ke sana...
Deleteteringin nak tengok orang canting batik depan mata..mesti best kan.. Banyak tempat yang unik di Kelantan ni yang kita belum terjah
ReplyDeleteMasa sekolah dulu selalu pi rombongan kat Mersing tu @Rohaida, tapi sekarang dah takde dah...
Deletesedap2 makanan kat kelantan..
ReplyDeleteTersangat sedap @Dilah ..kenyang manjang kalau ke sana..
Delete