BUFFET RAMADHAN : BERBUKA PUASA DI AMANSARI RESIDENCE RESORT - BELI 5 PERCUMA 1 | Bertemakan 'Sinaran Ramadhan' Amansari Residence Resort - Official menyajikan lebih daripada 100 hidangan berbuka puasa yang lazat lagi menyelerakan buat semua pengunjungnya sepanjang Ramadhan nanti bermula dari 10 Mei hingga 4 June 2019 .
Dengan iringin muzik tradisional sepanjang berbuka puasa, korang akan berasa selesa dan santai-santai sewaktu berbuka puasa bersama keluarga, teman dan juga yang tersayang. Sambil-sambil tu, korang juga boleh duduk makan sepuasnya dari jam 6pm hingga ke 10pm. Bermacam dan beraneka menu dan juga masakan akan di hidangkan.
Di Amansari Residence Resort juga ini ada menyediakan kemudahan surau yang berdekatan, so bila masuk waktu maghrib, selepas berbuka, korang bolehlah solat dulu dan kemudian duduk sambung makan semula. Yang penting solat dulu ya.
Antara menu yang di hidangkan ada bermacam-macam, Sis nak sebut satu-satu pun terlalu banyak, so korang layan ajelah gambar yang sedia ada. Mungkin sewaktu korang berbuka di sana, ada lebih banyak menu di hidangkan, ini adalah contoh sedia ada sahaja yer.
Kailan Salted Fish
Japanese Beancurd With Minced Chicken
Stir Fried Nestum Butter Prawn
Flower Crab Nyonya Style
Fried Seabass 3 rasa
Honey Rock Sugar Chicken
Aneka Acar Dan Salad
Aneka Kerabu
Ulam-ulaman dan juga berjenis sambal
Laksa Johor
Sup Cendawan dan Roti
Satay
Rojak
Nasi Ayam
Kambing Golek
Roti Canai
Ubi dan Goreng Pisang/Keledek
Aneka Pencuci Mulut
Buah-buahan
Kuih Tradisional
Aneka Bubur
Minuman Sejuk dan Panas
Amansari Residence Resort Bandar Sri Alam
Jalan Persiaran Seri Alam, Bandar Seri Alam
81750 Masai, Johor, Malaysia
Pembelian awal :
- Dari 15 mac-30 april 2019 - [Beli 5 percuma 1]
- Dari 1 Mei 2019 - [Beli 10 percuma 1]
*Pembelian tunai & baucer Dewasa sahaja* ..
Harga baucer bufet :
Dewasa - RM85
Kanak² & Warga Emas - RM40
Untuk tempahan sila hubungi 07-381 7070 samb. 811 atau email hotel_info_sa@amansarihotels.com
Juga ada persembahan muzik tradisonal dan juga cabutan bertuah setiap hari !!
P/S: Review Sis, kalau ada yang tanya sedap ke? Sedap tu subjektif, kang Sis kata sedap, korang kata tak pulak, so kena cuba sendiri. So far Sis pergi makan semua sedap dan kena dengan selera anak tekak Sis. Paling suka laksa Johor dia, memang power !! .
Makanan-makanannya memang terbaik kan sis lin..
ReplyDeleteYerr @Syaza, makanan dia semua sedap-sedap, sampai kekenyangan gara-gara makan semua hahahaha
Deletelaksa Johor dia sedap... jenis makanan pun banyak. puas hati makan
ReplyDeleteBetul @Rohaida, paling sedap laksa johor nya laaaa..puas makan...
Delete