DAH HABIS KE CERITA MAKAN-MAKAN?

Sis Lin
0
DAH HABIS KE CERITA MAKAN-MAKAN? | HaHaHa korang bayangkan ada yang bertanya soalan macamtu dengan Sis, kau ngase? Kuikuikui mana pernahnya habis cerita makannya dik nun, selagi Sis ko ni ada menulis, blog ni wujud, selagi tulah masih lagi ada aje cerita makannya. Tapi yang dia maksudkan tu adalah cerita makan #BuffetRamadhan...Yer belum habis, masih tengah nak mengarang le ni wakkk..Nak ikutkan dah siap semua dah, tapi sebab last minit Sis ikut trip ke Kelantan selama 3 hari bersama Tourism Malaysia, makanya sedikit lewat nak post..tapi takpe, sedaya upaya buat yang terbaek, janji update.

Yerr wakkk, Sis ke Kelantan selama 3 hari. bertolak pada hari Jumaat lepas, sampai Johor jam 2.30am Isnin pagi tadi, ni pun rasa badan masih letih lesu, tapi kalau kenangkan balik kenangan yang terpahat dan memori indah yang dapat kami semua cipta selama 3 hari tu, hilang segala penat! dan tak akan ku lupakan gelak tawa dan bermacam-macam gurauan yang akan menjadi ingatan selamanya. 

Yang bestnya, di Kelantan kaya dengan aktiviti makan dan makan, kau orang rasa Sis ko ada masa untuk berlapar? hahahaha...macam nak pecah perut Sis ko duk keje duduk makan manjang. Makanan yang di sediakan semuanya sedap-sedap, sukar nak tolak pinggan ketepi, lagi tarik kedepan ada hahahaha..layanan yang di berikan sangat tip-top! walaupun bahasa loghat kami lain, tapi kami tetap mesra dalam pergaulan. Terharu di beri layanan yang sungguh '1st class' . Alhamdulilah ..

So korang mesti nak baca juga kan apa ceritanya di Kelantan tu..okay nanti Sis update one by one ya, harap bersabar. Sebab Sis ko nak settlekan update #BuffetRamadhan dulu hehehe..

Korang dah ada pilihan ke nak berbuka puasa di mana nanti? Kalau tak ada pilihan lagi, bolehlah riki-riki yer di blog Sis ni, search aje di atas, atau guna je label Buffet Ramadhan di bawah tu, nanti keluar ler semuanya. Kot mana le tau berkenan kan...

Okay nanti sambung lagi, Sis nak sambung mengupdate dan membelek gambar..jenuh ko beribu-ribu lemon dalam phone gallery ni hahahaha muntah hijau nengok gambo hahahahhaa


Cantikkan...gambar ni Sis amik menggunakan iphone8+ Sis, NO Edit...
Tangkap terus publish di IG @akusislin 

Tempat kedai makan di depan Felcra Sungai Ara ..







P/S: Apa-apa pun nak ucap Terima kasih Allah, memberi peluang dan ruang dan permudahkan urusanku..alhamdulilah ..


Tags

إرسال تعليق

0تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!