DATING BERDUA BERSAMA ANAK DI BEANS.DOT CAFE | Kalau dah anak Sis yang sulung ada, memang ginilah kerjanya bawa Emaknya mencuba semua cafe hipster yang ada. Pantang ada cafe baru yang lain dari yang lain, mesti si anak ni mengajak cuba. Dan sejak dia duduk di rumah ni bersama Sis, si Kakak ni sejenis memang pantang kalau dengar Emaknya kata 'boringnya Kak', haaa mulalah keluar bermacam-macam plan dia berkuat kuasa serta merta, ermm hampeh betul! Tau-tau nanti dia terus tunjuk je cafe yang nak pergi, dalam diam dia amik kesempatan dengan kebuhsanan Emaknya hahahahha..
Tapi Emaknya suka juga, sebab paling best, kami berdua dapat keluar sesama dan kami memang suka bubble tea hehehehe. Dan cafe terbaru kami cuba adalah cafe Beans.Dot.
Terletak di Permas Jaya, area dekat-dekat dengan hotel Renaissance sana. Cafe ni mungkin baru lagi di buka, sebab anak ada terbaca di InstaGramnya. Nak kesananya pun tak susah dan tidak jauh dari rumah, makanya memalam tu juga kami berdua keluar.
Melihat suasana keadaan dalam cafenya yang membuatkan anak Sis kemain suka nak ke sana dan nak mencuba bubble tea nya. Emaknya layankan aje.
Meh tengok apa yang bestnya cafe Beans.Dot ni .
Ini gambaran dari luar cafenya. Buat pengetahuan korang, cafenya agak sukar nak parking, sebab kalau pergi di waktu malam, depan kedainya penuh dengan cina-cina meniaga makan, so bahagian parking semua dah kena konker dek peniaga, so korang kenalah park jauh sedikit ya.
Nak buat pesanan, korang cuma order di kaunter luarnya aje, depan betul cafe. Ada macam-macam pilihan, sejuk dan panas. Buat masa ni, kalau korang beli 2 minuman, korang akan dapat kentang goreng hanya dengan harga rm0.90sen sahaja..hehehe berbaloi oii, banyak gile kentang goreng dia hahahaha..
Dah buat pesanan, haaa korang akan di bagi resit dan nombor. Korang boleh tunggu di luar atau masuk kedalam dan tunggu sehingga nombor korang di panggil . Sis ko terpegun nengok cafe dia tau..cantik sangat!
Masuk ke dalam cafe, mesti korang kata sweetnyaaa...yeee sangat sweet ko. Romantik Sis ko ngase hahahahaha.. Walaupun simple deko tapi tak taulah mata Sis ko nengok sesedap mata memandang ..
Suka sangat konsep cafe dia.
Ni ler tadi Sis kata, beli 2 minuman dapat beli kentang goreng hanya rm0.90sen sahaja. Kemain banyak gilee kann..berbaloi hahahaha. Sis punya minuman panas, manakala anak amik yang sejuk.
Anak Sis punya ni sedap. Dia amik signature minuman dia, Sis ko tak ingatlah nama dia tapi kalau nak order korang tanya je rekomen atau signature, nanti dia mesti suruh order yang ni, ternyata memang sedap.
Dan korang nak tau tak, bila pestime dapat minuman tu, yang ada dalam kepala otak Sis masa minum tu kan, terus kata kat anak, agaknya cafe ni khas untuk orang tu kot Kak, sebabnya kenapa gambo cafe dan cawan dia pompuan toncit siput kepala tu? Kan nyonya-nyonya je yang siput macamtu hahahaha. Terus gelak anak Sis ko dengar hahahaha ..
Korang kalau nak cuba, pergilah. Kalau kot nak tenang-tenangkan fikiran, haa mai datang sini hehehehe..
Beans.Dot
21G, Jalan Permas 11/1c, Bandar Baru Permas Jaya, 81750 Masai, Johor
Di buka setiap hari, dari jam 12pm hingga 1am .
Instagram : @beans.dot
P/S: Baru tau, area sana tu kemain banyak cafe hipster oii...memang sibuk area sana nuuu..lpeas ni anak dah ada lagi cafe nak di ajak test..ermmmm layankan ajerr..
Wahh kemain mak jln2 mkn bubble 😝😝..nakcikit
ردحذفHahahaha yelah sejak dah ada geng ni kannn @Retna hehehehe...Bilalah awak nak teman kita pulak ek...
حذفBest apa jalan2.. Mother and daughter time.. ❤️
ردحذفKannnn @Farah...hilang kebuhsanan Emak ...
حذفArea situ mmg banyak café baru buka kan. Permas ni samalah mcm area Bukit Indah, area2 Tmn Sutera pun sama, banyak café macam ni.
ردحذفtertarik plak tengok air si kakak.. Emaknya.. kekopi ke tuuu?
Yerrr Kak @Seri...sana pun jalan dia sesak, kiri kanan penuh dengan kereta dan kedai makan dan cafe hipster...sesekali jomm cuba...
حذفEmaknya latte tea hehehehe
nice tengok cafe ni...
ردحذفYerr @Rohaida, sangat nice dan sweet ...
حذفjarang jumpa kafe bubble tea yang luas macam ni..biasanya kat kecik aje atau kat tingkat atas rumah kedai...tiber teringat teadayz..terus rasa nak pergi esok..hahahah
ردحذفbanyak jugak kentang dia tuuu
Kannnn @Sunah, memang boleh lepak santai...nanti jom kita gi yeaaa...
حذفGile banyak ko, 90sen aje hahahaha