KISAH SEBENAR DISEBALIK ISTANA BUNIAN DI BACHOK, KELANTAN | Selama ni duk sebut aje kan 'Bunian' tapi tak tau pulak ada rupanya Istana Bunian. Cumanya ini adalah dalam dunia realiti, bukan dalam alam fantasi hehehe. Pada mulanya dengar nama Istana Bunian ni, memang agak seram juga...ermm ada ke istana bunian, detik dalam hati Sis ni. Rupanya ada. Makanya rezeki Sis la sewaktu join FAMtrip bersama Toirism Malaysia dan Tourism Kelantan, kami semua di bawa ke sini untuk lihat sendiri yang namanya Istana Bunian.
Sampai aje ke sini, gulp! agak menyeramkan tapi tidaklah terlalu seram, sebabnya rumahnya di kelilingi dengan kawasan perkampungan rumah lain, cuma istana bunian ni aje yang senibinanya agak pelik dari jauh, macam 'rumah tak siap' ermmm pelik juga.
Dan setelah di tanya dan di ceritakan asal ususl rumah ni, barulah kami semua faham..Cuma waktu kami sampai, takde rezeki nak jumpa tuan rumahnya. Kalau tak dapat masuk ke dalam rumahnya .
Jom lihat sekitar Istana Bunian ni dan juga kisah sebenar dan sejarah rumahnya ..
Rumah persendirian yang diberi nama Istana Bunian ini direka dan dibina seorang diri oleh Hasyim Rahman di Kg Tok Burung Bachok Kelantan. Hashim Rahman merupakan seorang tukang rumah yang terkenal dengan hasil kerja seni yang sangat teliti.
Kerja-kerja pembinaan Istana Bunian ini telah dimulakan sejak tahun 1981 lagi. Namun, sampai hari yang kami sampai, ianya masih belum siap 100%. menurut kata guide tour kami, Hashim membinanya seorang diri sahaja. Jika beliau tidak berpuas hati, beliau akan memecahkan bahagian tertentu dan membinanya semula dengan idea yang baru.
Istana dua tingkat tersebut mula dibina 32 tahun yang lalu dan masih dalam proses pembinaan ini, mempunyai tujuh buah kolam yang amat unik, umpama gua dengan bermacam-macam bentuk pada setiap kemasan dinding . Tidak hairanlah istana yang masih dalam proses pembuatan ini pernah ditawarkan dengan harga RM 1 juta.
Mengikut apa yang Sis baca, mengikut kata tuan miliknya, istana bermaksud besar, cantik, indah manakala bunian bermaksud alam halus. Istana Bunian adalah sebuah bangunan yang indah dengan reka bentuk ukiran yang halus. Tercetusnya idea untuk membina sesuatu yang unik sejak beliau berumur 12 tahun lagi. Beliau mempelajari ilmu seni daripada alam semula jadi seperti bukit-bukau, gunung-ganang.
Setiap reka bentuk seperti kabinet, almari pakaian, jendela diperbuat daripada simen dan diukir mengikut kreativiti beliau. Ukirannya buatan tangan dilakukan dengan begitu tekun dan hasilnya sungguh menakjubkan, pemandangan dari luar istana seolah-olah diliputi oleh bukit.
Menurut apa yang dikata dan dirancang oleh En Hashim, masih banyak binaan yang belum siap termasuk kolam besar diruang dapur rumah yang ingin dijadikan seperti tempat perkelahan air terjun yang mana kolam itu boleh juga dijadikan kolam untuk mandi-manda.
Begitulah kisahnya...sangat kreatif! Korang tengok sendiri baru korang rasa terpegun dengan senibinanya ..
Jika korang berkunjung ke Bachok, cari lah Kg Tok Burong dan korang boleh lihat hasil kerja beliau yang sangat teliti dan berseni.
Sis sendiri pun teruja ..
P/S: Ada yang tanya, ada bunian tak? Ermmm baca dan fahamkan dulu ceritanya Istana Bunian ni yer..lepas tu baru korang faham ..
Seram tgok rumah dia...ni blom siap kan..kalau dh siap mesti cantik ni
ReplyDeleteKannn masa mula nengok seram, tapi bila lama kat situ, rasa teruja dengan senibinanya @Suria ..
DeleteMenarikk ni.. Macam istana zaman purba..
ReplyDeleteBetul @Farah, boleh jadi sejarah dalam Kelantan ...
Deleteagak seram tgk umah dia dari luar..tapi rasanya dah siap ni, confirm lawaaa...
ReplyDeleteYup, kalau dah siap memang lagi cantik...tapi ni dah 32tahun belum siap lagi @Fieza ..
DeleteOo..ada ke?? Nanti nak try pergi jugalah
ReplyDeleteHaaa cubalah pergi, untung nasib dapat jumpa tuan rumahnya Cik @Tie ..
DeleteLama betul bina. Masih x siap2. Lari bajet kot?
ReplyDeleteMasaalahnya, buat pastu dia tak puashati dia roboh, berulang macamtu je laaa Abam @Kie ...
DeletePerghh ku byangkan bunian tu istana mcm ni.. Ehhehe..
ReplyDeleteWaaaa imaginasimu sangat realiti @Nadia ...hehehehe
Deletemasa gi PD, kitorang cite pasal istana bunian ni..mih mih mih
ReplyDeleteMenyeramkan ajeeee @Sunah oiii....
Delete