MAKAN BERDUA DI RESTORAN TODAK ORANG ASLI SEMPENA HARI JADI SI DIA | Orang kata berdua itu lebih baik dari bertiga, betul ke? Makanya berdualah kami dua beranak makan di Restoran Todak Orang Asli sempena hari jadi si anak bujang Sis semalam yang ke 19 tahun. Kakaknya sorang ke KL amik keputusan intern final degree dia, dan yang sorang lagi ke Tanjung Malim ada kursus ujian Proton, dan Ayahnya pula belum pulang kerja lagi, makanya berdua aje laa kami.
Pun begitu, walau ada rasa sedih, sayu dan kesian lihat anak bujang Sis ni, tapi Sis cuba mengembirakan dia, malah anak bujang Sis ni sedikit pun tak mengeluh, malah dia makan sepuas-puasnya apa yang dia nak makan. Alhamdulilah. Dalam pada tu juga, seisi meluah dan melepaskan apa yang rasa nak cakap, kami berdua berterus terang, sambil makan kami bercerita. Gitulah anak bujang Sis, sebagaimana yang sebelum ni Sis bagitau, dia memang rapat dengan Sis, dia boleh bercerita dan bertanya macam-macam, tapi kalau dengan Ayahnya, ada je yang tak kena. Ermmm..
Okaylah, sambung cerita tajuk tu, kami berdua sepakat nak makan di Restoran Todak Orang Asli di Kampung Teluk Jawa, Pasir Gudang sini. Anak kata nak makan ikan, sebab di Politeknik asyik makan ayam memanjang hahahaha sianlah...makanya Sis bawa dia ke sini dan orderkan dia ikan merah masak tiga rasa, dan dia makan sorang sepuas-puasnya...
Jom nengok apa yang Sis makan bersama anak. Oh ya, restoran Todak ni adalah salah satu restoran peberet kami anak beranak, sebab servis cepat, seafoodnya segar dan harga tidak terlalu mahai mencekik darah hehehehe..
Ikan Merah Masak Tiga Rasa.
RM 45.00
Memang sedap, anak makan sampai habis segala ceruk isi dan tulang ikan tu haa dia bedal hehehehe..Ikannya Sis tak pilih, just bagitau dia nak ikan merah makan berdua dan bagitau nak masak apa. Memang besar giler, boleh makan 3/4 orang hahahaha..
Ketam (bangkang) Masak Lada Hitam
RM 153.00 (3 ekor besar)
Yang ni menu Emaknya hahahaha, sekian lama nak makan ketam di sini, asyiklah takde yang saiz kecik, so semalam katanya ada saiz kecik, jadi Sis order 3 ekor masak lada hitam dan makan sepuas-puasnya. Memang banyak gilerr oii hahahaha..Patut order 2 ekor aje hehehe. Tapi takpe PUAS ! Siap bungkus bawak balik tak habis hehehehe..
Udang Masak Kari Indonesia
RM 20.00 (6 ekor)
Menu ni memang wajib order kalau Sis makan anak beranak di sini. Sangat femes dan sangat sedap! Satunya sebab udang yang dia guna sangat fresh! Dan satu lagi masak karinya tu, sekali hirup kuahnya, makkk aiiii sedap nak mateyyyy (bahasa wechat katanya) hahahahaha..Korang cubalah.
Baby Kailan Goreng Asin (Dalam gambar)
RM 12.00
Lupa pulak nak amik gambar sayur tu, tapi korang tengok aje lah dalam gambar yer. Tu pun Sis ko dah meratah separuh dalam pinggan tu, ikutkan penuh sepinggan untuk makan dua orang hehehe. Tengok ajelah muka anak bujang tu kegembiraan dapat makan bebanyak gitu hehehehe. Dia makan sampai dua pinggan nasi, Sis suka nengok! Rasa puas dan berbaloi bawa dia makan di sini, janji dia gembira.,
Kalau korang datang makan sini petang-petang, korang dapatlah tengok matahari terbenam kalau ada rezeki. Sangat cantik. Macam semalam agak lewat Sis datang, makanya begitu ajelah suasananya. Restoran Todak ni sentiasa ramai aje orang, lagi kalau time malam, penuh ko meja. Memang kena tunggu. Kalau bulan puasa, jangan cakaplah, lagi full, nak booking tak boleh, kena walk in ajer.
Untuk semalam, total Sis makan semua RM 263.95 termasuk service caj dia. Kalau bagi Sis okay, sebab apa yang Sis makan semalam berbaloi giler, puashati. Tu harga siap dengan 3 pinggan nasi dan 5 tin minuman juga 2 tisu basah. Tapi apa yang Sis makan ni, sebenarnya boleh makan untuk 3/4 orang, kalau jenis tak kuat makanlah. Tapi sebab semalam memang nak bagi anak makan puas-puas, so makan berdua je tu, sebab tu tak habis makan Sis bungkus hehehe.
Ikan, ketam, korang boleh pilih juga saiznya. Tapi semalam Sis tak pilih, selalu Suami yang pilih, so semalam main order je hehehehe.. Nasib ko le dapat yang beso gile hahahaha harga pun jadi mahal hahahaha.
Kalau korang nak cuba, pergilah yer ..
Alamatnya: 1, Kg. Orang Asli, Kampung Teluk Jawa, 81750 Masai, Johor
Di buka setiap hari dari jam 11.30am hingga 11.30pm
Baca Juga artikel berkaitan :
P/S: Dan TAHNIAH buat anak Lin, Kakak, sekali lagi meraih Dekan untul final exam (intern) degree dia!! Menangis Emak huhuhu terima kasih Allah..alhamdulilah ...
pibeday amat! besau gilerrr ketam tu...kalah ketam kat amari..hahahahha
ReplyDeleteTau takpe, makan 2 orang sampai 3 ketul, last-last tak habis siap tapau @Sunah hahahaha bukan tamak tapi nak bagi dia makan sepuasnyaa...
Delete