MEMANDU TANPA TELEFON BIMBIT, BOLEH KE?

Sis Lin
10
MEMANDU TANPA TELEFON BIMBIT, BOLEH KE? | Setiap hari, ada sahaja berita di televisyen, internet dan surat khabar yang melaporkan mengenai kes kemalangan jalan raya. Betulkan? Apa yang pasti, kemalangan boleh berlaku disebabkan masalah teknikal kenderaan itu. Namum, kebanyakannya adalah berpunca daripada kecuaian pemandu itu sendiri.


Kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) mendedahkan, 43.4 peratus pengguna jalan raya menggunakan telefon bimbit ketika memandu kereta dan menunggang motosikal sehingga mendorong berlakunya nahas.


Punca utama kemalangan berkaitan penggunaan telefon bimbit adalah disebabkan gangguan dari segi fokus pemandu itu sendiri. Apabila memulakan sesuatu perbualan, fokus mereka akan lebih tertumpu kepada konteks perbualan tersebut sehingga mengabaikan risiko berlakunya kemalangan.

Bukan sahaja tabiat membalas mesej dan membuat panggilan telefon, malah aktiviti seperti makan dan minum, merokok, menggunakan sistem navigasi, menukar siaran radio, menukar suhu pendingin hawa, mengenakan gincu bagi kaum perempuan, membetulkan tudung juga antara faktor yang boleh menggangu kosentrasi pemandu.


Sis sendiri pun kadang-kadang terlupa nak fokus juga…opss, tapi masih dalam keadaan sedar diri. Memandu biar dengan perlahan dan selamat. Buat apa memandu dengan laju, kalau pertengahan jalan dah naik ambulance? hehehe.

Bawak laju satu hal, kemalangan pulak tu dan melibatkan orang lain juga. Siapa nak tanggung bayar? siapa nak cover bil hospital, siapa nak cover bil kereta semua? siapa? Ada beli insurans motor /takaful ke? Jangan nanti sampai masa nak tuntut, jawapannya tidak ada dalam sistem, melopong le kat situ nanti. Sediakan payung sebelum hujan. Lebih-lebih lagi, sekarang sebab Insurans Motor / Takaful telah diliberalisasikan untuk manfaat para pengguna. Inilah apa yang anda perlu buat semasa membeli atau memperbaharui insurans motor / takaful anda :

Layari ‘Motor Product Selector’ di laman web PIAM atau MTA dan buat perbandingan dari segi:

- Jenama / Syarikat Insurans atau Takaful (ada banyak tau!)
- Harga premium (tak lagi ikut tarif so harga akan berbeza antara satu sama lain)
- Produk-produk sampingan yang ditawarkan (pelbagai produk baru)


Pesanan di atas untuk diri sendiri juga. Jangan kecam Sis ya hehehe..

#playyourrolemy





P/S: Memandu menguji kesabaran sesaorang itu. Lagi pulak kalau time bulan puasa, mengucap panjang kalau bawa kereta hahaha..kan kann.. 


إرسال تعليق

10تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Disebabkan asyik duk tengok telefon.. nyawa sendiri atau orang lain pun boleh melayang kan..

    ردحذف
    الردود
    1. Kannn @Farah, kebanyakkannya kemalangan terjadi begitulah...mementingkan diri sendiri ...

      حذف
  2. kekadang saya salute dengan org yang boleh berbaals mesej dan wasap waktu memandu,saya memang tak bolehhhhh huhuuu phone on hanya tuk waze or maps sahaja,dan call pun jarang saya nak jawab kalau tgh drive,jap lagi ke longkang karang hahahah,memang tak reti betul...

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha Sis ko tengok hp dan balas ketika di traffic light aje, tu pun balas kata 'Tengah Drive' ...kalau jawab call pun tengok keadaan ..kalau tgh highway memang idok lerr...kena stop tepi ..

      حذف
  3. Perkara boleh elak, cuba jauhkanlah agar terjamin keselamatan :)

    ردحذف
    الردود
    1. Betul, sangat benar...benda boleh elak, buat apa nak menyusahkan orang lain, tak gitu kann @Eyma ..

      حذف
  4. jangan cakap orang lain, saya sendiri pun kadang2 hampir terbabas bila ralit dengan telefon masa memandu...sejak2 tu la segala whatsapp dan call masa memandu akan diabaikan...

    ردحذف
    الردود
    1. Tau takpe, kita kena sendiri ingat dan pesan diri sendiri kann @Sunah, tak kita dalam bahaya, mungkin orang lain ...

      حذف
  5. kalau dah pegang stereng memang tak pandai touch phone except gps.haha..kemudahan da ada kan pakai stand. yang masih memandu sambil main phone sesaje tu memang selfish.

    ردحذف
    الردود
    1. Begitulah @Ena...Sis kadang jahat juga, time traffic main hp, kang terleka kena hon dek orang belakang hahahahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!