MENU IKAN PATIN GULAI TEMPOYAK DI RESTORAN KOME THAI SEDAP SUNGGUH!

Sis Lin
8
MENU IKAN PATIN GULAI TEMPOYAK DI RESTORAN KOME THAI SEDAP SUNGGUH! | Buat pengemar  atau kaki makan yang suka makan Ikan Patin Gulai Tempoyak atau Gulai Tempoyak Ikan Patin, bolehlah cuba di Restoran Kome Thai, sedap sungguh ! kalau bahasa budak wechat, katanya sedap nakmateyyy..haa gitulah yang boleh ungkapkan dengan menaip di sini. Kalau nak tau sedap ke idok, kena cubalah. 

Sis sudah makan di sini buat kali kedua, sekali dulu bersama anak juga, Sis makan Pulut Mangga dan Thai Green Tea dia, memang power deboom! Dan baru-baru ni, selepas pick-up anak di airport Senai, anak mengajak lagi makan di sini, dan masa nak duduk di mejalah anak tunjuk ternampak banner di Kome Thai ni, ada menu terbaru Ikan Patin Gulai Tempoyak ni, apalagiii....haruslah mencubanya hehehehe...kebetulan laparr, memang kenalah masanya ...

Malam tu orang agak ramai, so servis ada lambat sikit, tapi masih lagi boleh tahan lapar, dan Sis ko dah bayangkan kesedapan gulai tempoyak tu hahahah mengencess rasanya menunggu oii.. 

Dan bila sampai ajer...taraaaaaa


Uiii besau ikannya dalam mangkuk tu, boleh makan berdua gamaknya ni hahahaha. Ingatkan kecik je ke, phewww telan ayaq liur nengok oii, dengan baunya, tak sabar nak makan! Anak Sis tak makan gulai tempoyak, so apalagi, Sis ko le bedal sengsorang hahahaha..

Sekali hirup kuahnya...arghhhhhhh sedapnyaaa lahaiiii...terasa gulai tempoyaknyaaa dan juga rasa aroma daun kesumnya...phewww rasa puas hirup kuahnya senafas bernafas gituu. Makan pula dengan nasi panas, cubit-cubit isi ikannya, ermmmm lembutnyaaaa...masuk mulut, aaahhhh kemain sedap ya ampunnn!!!

Untuk pengetahuan semua, kalau sebelum-sebelum ni Sis ada juga cuba gulai tempoyak di mana-mana, tapi kalau ingat-ingat lupa rasanya nak banding tempat lain, yang inilah Sis rasa sedap bebeno..! Puashati rasa. Dengan ikannya besar dan juga rasa gulai tempoyaknya pun kaww! Ikannya pun tidak rasa hanyir atau rasa tanah, memang fresh!!..

Okaylah tak boleh cakap banyak, SEDAP itu subjektif, so kena cuba sendiri baru tau sedap atau tidak..Kang Sis kata sedap, ko kata tak sedap, ye dakkk...

Nak mencubanya bolehla ke Restoran Kome Thai ya .
Boleh baca di SINI untuk alamat kedainya .. 






P/S: Sambil taip pun jadi negencesss oii...sedap kemainnn ! Korang boleh cuba ni ..


Post a Comment

8Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Lamanya tak makan gulai tempoyak ikan patin..sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn selalunya kita kalau nak kenalah masak tau makan kat luar nasi berlauk, tak sangka kat sini pun adaa @PC ...sedap!

      Delete
  2. aduii pakkal la kita ni tak suka tempoyak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah, sekali rasa nanti mau tersampukk @Sunah hehehehe

      Delete
  3. Nampk sedap betul tu kak...lapar perut dibuatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iyerrr sangat sedap @Suria...tak sangka kedai jual tomyam pun ada menu ni hehehehe

      Delete
Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!