NAMPAK PETAI TERUS LUPA DAUN KESUM !

Sis Lin
12
NAMPAK PETAI TERUS LUPA DAUN KESUM ! | Asam Pedas Ikan Mayong, nampak sedapkan? Mestilah sedap, dah sendiri masak, di masak pulak dengan penuh kasih sayang, mestilah sedap hehehe. Siapa lagi nak puji masakan sendiri selain Suami, anak-anak dan juga diri sendiri hahahaha. Menu ni semalam adalah menu yang memang Sis nak masak, sebab macam rasa lama sangat tak masak asam pedas kat rumah ni, so kita masaklah asam pedas ikan mayong yang Suami belikan. 

Suami memang pantang nampak ikan mayong ke duri ke, tak payah suruh beli mesti dia belikan, paling tak sekor, kalau elok fresh sangat ikannya, dia belinya 2 ekor ermmm...Suami tau ikan kegemaran Isteri dia hehehe. Maka dah selamatlah di asam pedaskan oleh Sis semalam, dan Sis masukkan terung ke dalam asam pedas tu. 

Yang geramnya, malam sebelum tu beriye pergi ke kedai nak beli daun kesum, siap pesan kat anak, ingatkan Mak tau, sekali sampai kedai, bukak peti aisnya, terus nampak petai, amik petai, montel-montel dan segar petainya, siap cium-cium lagi Sis ko petainya hahahaha.. then amik lada merah, daun bawang, lepas tu pi le membayar, dah siap, terus menonong jee masuk kereta, macam takde rasa apa yang lupa beli, sampailah ke pagi esoknya masak nak masak baru ingat, yang semalam tak beli daun kesum, gara-gara petai punya hal laa ni !!!.

Nampak petai sampai lupa daun kesum, huh ! Terus terdiam kejap, macam mana nak masak asam pedas ni kalau takde daun kesum, boleh tu boleh tapi rasa tu tak 'kick' lah...ermmm dalam diam termanggu, arghhh bantai jelah, gantikan dengan serai, janji asam pedasnya menjadi ye sudah...kang kempunan pulak kalau tak dapat makan asam pedas hahahaha..


Taraaa siap juga asam pedas ikan mayung Sis ko walaupun tanpa daun kesum, Sis gantikan dengan serai tumbuk. Jadilah, rasanya pun sedap. Janji asam pedasnya ada umph ! Menu-menu lain Sis masak telur dadar, gorengkan tempe, ulam petai dan juga sambal asam (cecah dengan tempe)..yummmmsss..

Hantar gambar kat Suami, terus Suami jawab "Sedapnya, rindu masakan Isteriku"..huhuhu 😭

Sabar ye Sayang ..
OkBai...





P/S: Isnin yang blur...harini ada banyak keje nak di settlekan termasuk hantar kereta Suami ke bengkel ...ermmmm ..


إرسال تعليق

12تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. adoii..kak nampak petai..hilang rasa nak bli daun kesom..hiihi

    ردحذف
    الردود
    1. Hahaha Tau takpe, boleh macam kena pukau dek petai Cik @Nor hahahaha

      حذف
  2. Bagi penggemar petai termasuklah PC..ianya satu yang bahaya..bila petai tu pukau..yang lain terus lupa..tu yang biasanya PC buat senarai..takut nampak petai terus ter'delete' barang lain apa yang nak dibeli.Hehehehe..parah.

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehehe kena pukau dek petai kannn @PC...bahaya sungguh, lagi kalau dah depan mata dan atas meja, lagi bahaya, makan nasi bertambah gagagagaga

      حذف
  3. الردود
    1. Tu lerrr, janji siap juga asam pedas Sis ko @Rohaida hehehe...

      حذف
  4. Petai punya pasal, lupa daun kesum ye sis.. haha

    ردحذف
    الردود
    1. Hahahaha iyerrr duk gelak dengan anak semalam @Dilah ...

      حذف
  5. Menjejeh air liur baca entry kak lin masak asam pedas...ish2 kena buat lah hujung minggu ni, sedap tak terkira ni makan dengan nasi panas-panas.

    ردحذف
    الردود
    1. Hehehehe apalagi kenalah masak yerr, jangan lupa daun kesumnyaaa @Julia hehehehe

      حذف
  6. kalo tanam limau purut, boleh la nak tukar ke limau purut kan..tapi takde jugak..hahahhaha

    ردحذف
    الردود
    1. Ada tanam limau purutnyaa, tapi batangnya aje yang ada, daun tak ada @Sunah hahahahaha

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!