NASIHAT 2 : MEMAHAMI ERTI MENEGUR DAN DI TEGUR | Sesungguhnya orang yang mengajak orang lain berbuat baik itu perlu terlebih dahulu dirinya diminta berbuat baik. Namun bukanlah beerti bilamana orang mengajak berbuat baik sedang dirinya belum lagi berbuat kebaikan, lalu yang diajak itu boleh membalas dengan kata-kata seperti, "Kamu juga tidak buat, selepas itu suruh aku yang buat".
Begitu juga dalam hal jikalau ada orang yang melarang orang yang lain dari melakukan perkara mungkar, sedangkan yang melarang itupun masih melakukan kemungkaran. Maka orang yang dilarang itu tidak boleh mempersoalkan seperti, "Kamu juga melakukan kemungkaran".
Harus difahami, bilamana datang kepada diri kamu ajakan untuk melakukan kebaikan ataupun larangan daripada melakukan kemungkaran, maka itu ada adalah ajakan dari larangan Allah swt. Adapun jikalau yang mengajak itu jauh daripada kebaikan yang diajak itu, atupun masih juga melakukan kemungkaran yang ditegah itu, itu sememangnya salah bagi dirinya.
Namun kesalahan itu antara dirinya dengan Allah, bukan dengan diri kamu.
Adalah menjadi tanggungjawab bagi diri kamu, mendengar apa yang disampaikan, arahan mahupun tegahan yang datangnya daripada Allah swt dan Rasullullah saw, dan sedaya upaya mengambil manfaat daripada apa yang disampaikan itu. Tidak berhak bagi kamu untuk mempersoalkan kembali kepada yang menyampaikan kepada kamu.
Sebagai orang yang beriman, arahan daripada Al-Quran supaya mengajak orang kepada kebaikan perlulah difahami dengan betul. Hendaklah kamu mengajak orang lain berbuat dan seiring dengan itu berusaha juga untuk diri kamu berbuat baik. Maka, adalah dilarang sesaorang yang mengatakan bahawa dirinya belum berbuat baik, maka terlepas bagi dirinya untuk menyampaikan kebaikan.
Seharusnya perlu sesaorang itu berpegang, sekiranya tidak mampu berbuat semua, maka jangan ditinggalkan semua. Jikalau masih belum ada kemampuan berbuat baik, mengapa meninggalkan kemampuan anda menyampaikan kebaikan? Tidak salah untuk kita terus menyampaikan kebaikan dan pada masa yang sama mengambil kesempatan dari situ untuk berazam memperbaiki diri.
Tatkala itu, berhati-hatilah kamu dengan tipu daya syaitan kerana akan dibisikkan kepada kamu seperti "Macamlah kamu baik sangat untuk ajak orang lain pula. Perbaikilah diri kamu dahulu sebelum ajak orang lain". Persoalannya, bilakah diri kita akan menjadi baik jikalau kita tidak mengajak orang lain berbuat baik? .
Justeru, ketahuilah dengan mengajak orang berbuat baik itu akan memotivasikan diri untuk kita melakukan kebaikan yang kita seru kepada orang lain itu.
Sesekali jangan bagi laluan iblis untuk menyesatkan kamu. Tutuplah serapat mungkin pintu bisikan itu dengan bermuhajadah melawan hawa nafsu .
Perkongsian daru Buku Nasihat Buat Diri
P/S: #SisSharing . Alhamdulilah, moga perkongsian harini membawa manfaat buat semua .
Assalamualaikum lin...alhamdullilah jika masih ada yg nak tegur kalau x ada mmg ada yg x elok terjadi la tu...
ردحذفWaalaikumussalam Mama @Maszull...yerr Mama, selagi ada yang nak menegur, kita terima..baik dan buruk pun terima..untung ada yang nak menegur kan...dari diri terus hanyut ..
حذف