NASIHAT 3 : TANGGUNGJAWAB SEORANG SUAMI

Sis Lin
4
NASIHAT 3 : TANGGUNGJAWAB SEORANG SUAMI | Wahai kaum suami! Pergaulilah isteri-isteri kamu dengan ma'aruf yakni baik. Namun seandainya kamu tidak menyukai isteri kamu, apakah perlu hantar kembali isteri kamu ke rumahnya, ataupun mencerainya dengan talak? Begitulah gambaran realiti hari ini yang menjadi pilihan ramai suami.

Sebagai contoh, lihat sahaja kes-kes talak di mahkamah yang kian bertambah. Lebih malang kebanyakkan mereka itu adalah dalam kalangan orang-orang islam. Sedangkan kita umat islam telah disediakan oleh Allah swt di dalam Al-Quran begitu banyak berkaitan membina dan memelihara rumahtangga supaya hidup bahagia dan harmoni. Namun berapa ramai yang berusaha mentadabur dan mengambil iktibar daripadanya.

Oleh sebab kegagalan kita daripada benar-benar mengambil iktibar daripada panduan wahyu ini, maka itulah antara sebab ramai yang gagal memahami soal meguruskan rumahtangga. Melainkan hanya mereka ketahui adalah, aku terima nikahnya.

Wahai kaum suami! Ketahuilah bahawa bilamana kamu mengambil seorang perempuan itu sebagai isteri, beerti kamu telah mengambil amanah daripada Allah swt walaupun dilihat zahir akad nikah itu bersama wali perempuan itu. Maka tanggungjawab bagi suami itulah adalah kepada Allah swt.

Ketahuilah tanggungjawab itu bukan sekadar memberi nafkah minum, makan, pakaian, dan tempat tinggal. Yang menjadi keutamaan juga adalah seorang suami itu wajib memberi tarbiah kepada isterinya yakni pendidikan supaya menjadi seorang wanita solehah. 

Ramai suami yang sekadar memberi perhatian akan hal ehwal nafkah keduniaan itu, namun terlupa untuk mengambil perhatian tentang solat fardhunya dan soal kesempurnaan isterinya menutup aurat. Begitu juga bagaimana batas-batas isterinya dalam bermuamalah dengan orang lain terutama apabila di luar rumah.

Wahai kaum suami! Jangan jadi seperti apa yang disebut oleh Baginda Rasullullah saw iaitu yang dayus. Ditanya pada sahabat , siapakah mereka yang dayus itu wahai rasullullah, maksudnya suami yang tiada tergugat maruahnya terhadap isteri dan keluarganya. Dia tiada mengambil kisah dengan siapa, ke mana, dan urusan apa isteri dan ahli keluarga keluar dari rumah.

Wahai kaum suami! Selain memahami itu adalah amanah daripada Allah, ketahuilah bahawa dirimu juga bertanggungjawab kepada Rasullullah saw. Baginda Rasullullah saw telah berwasiat kepada seluruh kaum suami untuk berbuat baik kepada kaum isteri yakni memenuhi hukum-hakam yang menjadi ketentuan buat suami kepada isteri. 

Sehingga Allah swt memberi nama ikatan suci ini, iaitu ikatan nikah ini sebagai mitsaqan qhalizo. Bermaksud sudah di ambil ke atas kamu suatu janji dan sumpah yang berat .

Nasihat 3 : Tanggungjawab Seorang Suami

Perkongsian dari buku Nasihat Buat Diri 


P/S: Alhamdulilah Suami Sis Suami yang 'bertanggungjawab' ...Terima kasih Allah ..

إرسال تعليق

4تعليقات

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging.

  1. Berat tanggungjawab bila da bergelar suami ni sebenarnya...antara yang akan disoal di akhirat kelak..

    ردحذف
    الردود
    1. Yerr @Sunah, moga suami-suami kita tahu erti tanggungjawab itu ...

      حذف
  2. Berat tanggungjawab seorang suami..janji dengan ibu bapa isteri..janji dengan Allah SWT juga..perkahwinan besar skopnya..kalau orang kata mejaga rumahtangga itu mudah..bagi PC tidak semudah ABC.

    ردحذف
    الردود
    1. Benar sekali @PC ..mudah-mudahan kita sebagai isteri sentiasa mendoakan suami agar sentiasa ingat pada tanggungjawabnya ...

      حذف
إرسال تعليق

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Check Now
Ok, Go it!