NASIHAT 5 : BIBIR BOLEH TERSENYUM, HATI ALLAH SAHAJA YANG TAHU | Berapa ramai hari ini orang yang bilamana yang dia hasad tertimpa sebarang musibah seperti muflis ataupun apa sahaja perkara buruk yang berlaku kepadanya, jauh dalam hatinya dia merasakan seronok dan lega. Dan juga berapa ramai orang hari ini yang hatinya merasa susah bilamana melihat orang yang dia tidak suka, mendapat nikmat.
Begitu juga ramai kaum muslimin hari ini yang seronok bilamana saudaranya yang dia ada perbezaan pandangan atupun punyai perselisihan dalam bisnes umpamanya, ataupun dalam perkara apa pun dalam keduniaan, bilamana tertimpa mereka dengan sebarang musibah, mudah untuk mereka berkata "Haa...Tengok, Allah hukum dia sebab mengingkari saya".
Ini telah melangkahi hak Allah seolah-olah diri yang berkata itu menerima wahyu seperti apa yang beliau kata.
Berlaku seperti ini tidak lain kerana hati yang berkata itu berpenyakit. Terlalu banyak keburukan dan penyakit hati yang tidak diubati sehingga ada yang terungkap dengan lisan dan ada yang diterjemaah dengan perbuatan.
Apakah yang tidak terungkap pada kedua-duanya itu yakni yang tersimpan di hati itu akan hilang begitu sahaja? Di dalam Al-Quran telah disebut bahawa di hari akhirat itu di kembalikan semua manusia yang sudah mati serta terbukanya segala yang rahsia sehingga tiada satu pun yang tersimpan. Berapa banyak perkara yang tersimpan di dunia namun akan terungkap di akhirat nanti.
Sesungguhnya Allah swt ingin menyatakan orang-orang yang beriman itu supaya berta'amul dengan Allah bukan seperti berta'amul antara manusia dengan manusia. Kita boleh senyum kepada orang, kita boleh membantu orang, tiada yang tahu apa yang tersimpan di hati kita. Namun Allah yang maha mengetahui itu senantiasa tahu apa yang tersimpan di hati kita.
Apabila berinteraksi sesama manusia, jikalau kita hanya melihat zahir manusia itu sahaja tanpa memperhatikan siapa yang mencipta manusia dan yang mengetahui isi hati kita, maka kita adalah orang yang cetek imannya. Bahkan tidak sempurna iman dalam diri kita kerana berta'amaul dengan makhluk tanpa memerhatikan Khaliq.
Bukankah salah satu rukun dalam agama itu adalah ihsan, yakni dirimu menyembah Allah seakan dirimu melihat Allah. Ataupun jikalau tidak dirimu yakin bahawa Allah itu melihat dirimu, Allah tetap melihatmu.
Yang Allah lihat pada dirimu itu bukan sekadar yang zahir, begitu juga apa sahaja yang tersimpan dalam hatimu.
Oleh yang demikian, Allah swt ingin menyedarkan kaum Al-Mukminin bahawa Allah maha mengetahui apa yang tersimpan di dalam hati, dan Allah akan turut menghisab apa yang ada di dalam hati itu.
Perkongsian dari Buku Nasihat Buat Diri
P/S: Salam Jumaat semua, dan selamat mengerjakan solat Jumaat buat kaum Adam. Doa bebanyak moga apa yang di doakan akan Allah makbulkan..aamiinn...10 hari lagi menuju Ramadhan ...
Terima kasih atas perkongsiannya, Lin
ردحذفSama-sama Kak @Seri, kita saling ingat-mengingati ...
حذفsentap hati Nur Farahain membacanya... 😭😭
ردحذفPeringatan bersama @Farahain..
حذفAllahu...mari sama2 bersihkan hati...rasa macam da banyak sangat kekotoran ni...walopun benda sekadar gurauan...
ردحذفSama-sama kita perbaiki dan bersihkan hati @Sunah...Ramadhan bakal menjelma..insyaAllah sama-sama kita mencari redha Allah ..
حذف