PERTANDINGAN MEMANCING SIRI KEDUA | Tawaran hadiah lumayan kepada juara iaitu hadiah wang tunai bernilai RM70,000.00 telah menarik kira-kira 1,600 penyertaan pertandingan ini.
Setelah berakhirnya cabaran memancing siri pertama di Melaka, kini cabaran siri kedua pula di Kelantan telah pun berakhir, siri kedua ini yang berlangsung pada hari Sabtu lepas di Pantai Bisikan Bayu,Kelantan dengan penuh meriah dan telah menarik ramai pemancing untuk sertai pertandingan ini.
Pertandingan memancing anjuran Tourism Malaysia dengan kerjasama Wakjali Event Management ini mendapat tajaan daripada Igloo dan Adabi ini telah dipilih sebagai salah satu daripada aktiviti untuk mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2020 ke seluruh negara. Di samping itu, acara ini juga menjadi platform untuk mempromosikan pantai-pantai di seluruh negara.
Program teah dirasmikan oleh YB Dato Hassan Mahmood, Timb. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaan, Warisan dan Pelancongan Negeri Kelantan.
Juara bakal membawa pulang RM70,000, kedua RM12,000 dan ketiga RM5,000. Pemenang keempat hingga ke-100 juga bakal pulang bersama hadiah wang tunai. Menurut wakil WakJali Event, Md Zali Kasran, pertandingan itu bakal menyaksikan pemancing dari seluruh negara berkumpul di Kelantan.
Terdapat juga cabutan bertuah kepada peserta antaranya TV LED 60 inci dan TV LED 32 inci.
Selepas beberapa jam para pemancing bertarung dalam keadaan cuaca yang sangat panas dan penuh sabar. Akhirnya keputusan rasmi telah di keluarkan. Dan ikan pari sebesar dan seberat 8.27kg telah di naikkan .
Dengarnya sebelum ini ada ikan pari sebesar dan seberat lebih kurang 37kg pernah di naikkan di Pantai ini. Perghh dapat Sis ko bayangkan bagaimana tarikan joran tu kann..ermmm dan terfikir pula, kat Pantai pun ada pari, selama ni mandi pantai takde pulak kena gigit dek pari hahaha..
Dan tahniah buat Pak Cik seorang warga emas dari Kota Bharu, Mat Dahab Ismail, 64, menjadi juara Pertandingan Memancing Malaysia Surfacasting Tour: A Jurney To Visit Malaysia 2020 bagi pusingan kedua di Pantai Bisikan Bayu, Kelantan .
Ikan pari seberat 8.27 kilogram (kg) dinaikkannya membolehkan Mat Dahab membawa pulang wang tunai RM70,000 yang disampaikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan Masyarakat, Kebudayaaan, Warisan dan Pelancongan Negeri, Datuk Hassan Mahmood. Mat Dahab berjaya mendaratkan ikan dari spesies Whiptail Stingray pada pukul 9.12 pagi yang merupakan rezeki paling bernilai sepanjang lebih 30 tahun dia memancing ikan.
Pemenang kedua ialah Rohaizat Ridwan, 47, dari Bukit Rambai, Melaka yang menerima wang tunai RM12, 000 dan tempat ketiga dimenangi Muhammad Ridwan Abd. Aziz, 26, dari Pasir Puteh, Kelantan, dengan membawa pulang wang tunai berjumlah RM5,000.
Seramai 1,570 kaki pancing seluruh negara menyertai pertandingan memancing yang menyediakan sejumlah RM132,750 hadiah berbentuk barangan dan wang tunai.
Setelah berakhirnya cabaran memancing siri kedua ini, seterusnya Malaysian Surfcasting siri ketiga akan ke Pantai Remis, Selangor pula pada 28hb April 2019. Bagi sesiapa yang ingin mendaftar atau ingin menyertainya, bolehlah merujuk di SINI untuk mengetahui lebih lanjut .
Borang pendaftaran boleh didapati di laman web www.wakjalitour.my atau peserta boleh mendapatkannya di kaunter pendafataran. Pendaftaran menggunakan nama samaran adalah tidak dibenarkan.
Pertanyaan lanjut boleh hubungi urusetia di talian 019-6203040, 012-2141401, 013-3838655 dan 012-6823479.
P/S: Sis masih terbayang-bayang wajah pakcik tu waktu dia menerima wang tunai di tangannya, menggigil tangannya hingga tidak mampu berkata apa-apa...Tahniah Pak Cik !
cuaca panas menyebabkan saya tidak mampu bertahan lama di atas pantai nan indah..
ReplyDeleteBTW...tahniah kerana berjaya mengharungi cabaran tersebut
Yee @MrHanafi, cuaca panas terik sangat, dah macam ikan kering dah hahahaha...
DeleteAlhamdulilah bertemu juga kita yaa..
bertuah betul kan pemenang..Bukan sikit² duit tu menang...apa pun tahniah buat mereka
ReplyDeleteYerr @Rohaida, cash koney tu RM 70,000, mau tak gigil pakcik tu...
DeletePari yg membawa tuah!
ReplyDeleteSangat bertuah...sampai kelu tak terkata pakcik tu Kak @Seri ...
DeleteAssalamualaikum lin...tahniah pd pakcik yg berjaya tu...x pernah pegang duit byk2 tu kat tgn mmg pasti gigil jadinya lin...
ReplyDeleteWaalaikumussalam Mama @Maszull...yee Mama, terkedu sampai membisu Pak Cik tu bila duit rm70,000 dalam tangan....rezeki pantai ...
Deletepakcik tu gigill je kannnn mse dpt duit... tapii tu lerrr kalo dh rezeki tak kemana kan .💕💕💕💕
ReplyDeleteBukan gigil lagi, terkedu seribu bahasa @Farahain huhuhu...rezeki yang tak di jangka ...
Delete