RESTORAN NASI ULAM CIKGU DI KOTA BHARU KELANTAN MEMANG SEDAP ! | Serius tau, memang betul Sis tulis tajuk tu 'SEDAP' sebab memang sedap, takde nak menipu atau membodek tapi memang sedap!. Dulu ada pernah makan sewaktu Sis ke Kelantan dulu bersama Suami tapi Sis dah ingat-ingat lupa kedai yang mana, yang ini ke atau ada yang lain ke, tapi nama sama, nasi ulam juga. Cuma kali ni betul-betul nikmati kesedapannya, bukan sebab lapar tapi menu dia memang menarik perhatian anak tekak hehehehe. Lagi pula Sis pengemar ikan keli hehehe.
Restoran Nasi Ulam Cikgu, memang femes di kalangan warga negeri Kelantan, sebabnya kedainya terletak berdekatan dengan muzium dan pusat kraftangan. Atau lebih di kenali sebagai Kg Kraftangan. Jadi memang ramai pengunjung atau pelancung akan singgah ke sini untuk makan tengah hari. Masa sampai pun, ramai orang, penuh kedai.
Beralamat di Kampung Kraftangan, Jalan Hilir Kota, Bandar Kota Bharu, 15300 Kota Bharu, Kelantan, kedai makan ni di buka setiap hari bermula jam 11am hingga 5pm kecuali hari Jumaat aje tutup. Ada dua ruang makan di sini, di dalam atau pun di luar. Cuma bahagian dalam agak kecil, kalau nak duduk dalam kena booking dulu. Call : 019-961 6665 .
Kalau di lihat pada menunya memang simple, tapi bergantung pada set yang korang makan atau lauk yang korang nak makan. Boleh juga ceduk lauk tambahan lain yang tersedia atau pun minta set sedia ada. Macam kami semua, pihak Tourism Kelantan dah sediakan dan tersedia, mereka amikkan kami set, jadi lauk pauknya semua datang siap set ikan, ayam, sayur, ulam-ulaman, buah dan juga air.
Ada Sis nampak juga ada lauk sotong, ikan singgang dan juga macam-macam jugalah lauk lain. Tapi kalau makan set yang ni pun dah puashati, kenyang! Dan ikan keli goreng tu, fulamakkkk terbaek giler! Garing dan gurih orang kata. Sedap sangat. Sambal pun ada macam-macam sambal, korang pilihlah nak sambal mana. Kalau di Kelantan semestinyalah sambal budu hehehehe.
Sis tak semoat nak meninjau ke kedai dan amik gambar lauk pauk yang tersedia, sebab orang begitu ramai sekali, dan keadaan masa pun terkejar-kejar, settle makan terus gerak ke destinasi lain. InsyaAllah lain kali ada jodoh dan rezeki akan datang ke sini dan share lagi banyak gambar keadaan seebnar dalam restoran ni ya.
Kalau dah siap makan, haa korang bolehlah nak soping barang kraf di sini. Yang ni paling berdekatan dengan Restoran Nasi Ulam, sebelah belakang tepi. Ada macam-macam juga. Sis pun sempat gak membelek, tapi blur nak beli apa. Berkenan tudung saji dia, tapi sebab kenangkan kereta kami dah full, makan tak jadilah nak belinya hehehe ada kang tudung saji atas kepala hahahaha
Ini adalah pejabat Tourism Kelantan. Sis suka beno senibina dia tu, ukiran-ukiran pada tepi-tepi tu haa. Kalau dulu nak ada rumah berukiran macam tu, tapi tak kesampaian, sekejap je guna perhiasan jati, last-last sekarang, deko rumah dah ke arah modern dah hehehehe. Barang jati lama semua dah jual hehehe Suami tak suka hahaha..
Okaylah, kalau korang ke Kelantan , jangan lupa singgah ke sini ya, Sis memang rekemen sangat. Oh ya! sewaktu kami makan tengah hari kali kedua di sini, ada pulak rakaman memasak bersama Chef Ismail dan Fizo Omar, tapi tak sempatlah nak menengoknya, masa terhad..kalau tak, memang ku ajak selpie bersama Chef Ismail tu..
Atau korang boleh ke facebook page : Restoran Nasi Ulam Cikgu
Nanti sambung lagi cerita jalan-jalan dan makan-amakan di Kelantan yer..
Tunggu ..
P/S: Kelantan kaya dengan makanan oii...kalau yang diet tu, lupakanlah dietmu hahahaha..
wow.. dilah x pandai makan ikan keli tp bila tgk ikan keli goreng tu mmg nampak sedap sis.. nampak garing diluar dan dah tentu lembut kat dalam.. haha
ReplyDeleteIkan keli peberet Sis @Dilah, kena pulak yang ini sikit pun takde bau dan rasa pasir, memang sedap gileeee
Deletenasi ulam dengan nasi kerabu lain kan sis :)
ReplyDeleteLainn @Ana, nasi kerabu lain, nasi ulam lain...
Deleteikan keli diaaaa ya ampun masih terkenang lagi .. dan sayur masak lemak dia tuhh..pehh... 😋😋😋😋
ReplyDeleteKannn @Farahain...sedap tak tau nak kata dan mengata acaner ...
Deletehaha..kak..kita lalu g pasar jer sini..singgahnyer malas..slalu pnuh jer cni.:)
ReplyDeleteHahahaah iyerr memang penuh ajee Cik @Nor, ni pun sebab Tourism dah booking, so dapatlah tempat makan kat dalam ...
Deletenampak menarik menu dia tu sis...
ReplyDeleteYup menu dia simple aje tapi sedap kemainnnn @Rohaida ,,
Deletenasib baik la seketul sunah tak berapa makan ikan keli...tak de la berebut dengan seketul ain dan seketul sis lin...hahhahaa
ReplyDeleteHahahahaha kalau tidak, Sis ko rasa terbalik meja tu kann @Sunah hahahaha
Deletehahhaha...sedap makan di situ
ReplyDeleteIyerrr sedap snagat..menu simple tapi sedap semua...
Delete