SAHABAT DULU, KINI DAN SELAMANYA - GENG BAS SEKOLAH'76 | Alhamdulilah, kalau baca tajuk tu memang bersyukur sangat, mana taknya kami semua berkawan dari mula darjah 1 hingga ke tingkatan 5 kemudian berpisah sekejap (Sis ko kahwin), then kemudian kami bertemu semula (dalam facebook) dan hingga sekarang kami tetap bersama.
Syukur padaMu Ya Allah.
Sebenarnya ada lagi kawan sama-sama sekolah yang masih Sis keep in touch, semuanya bermula di facebook cuma.. mereka ini antara yang memang Sis paling rapat dan selalu jumpa dan berchit-chat dalam group wahtsapp. Cuma ada seorang lagi di KL nunn terpelanting hahahaha..yang lelain ni semua di JB ajer. Kalau yang fren di facebook Sis, mesti perasan mereka ni semua kan.
Kami semua lahir tahun 1976, dan kini kami semua dah berusia 43tahun..alaa apa nak rahsia umur, umur hanya angka aje okay, tapi korang nengok le memasing, ada nampak macam makcik pakcik umur 43tahun ke? Hahahahaha,....ada tu dah anak 5/6 orang, cuma saiz badan dulu dan kini aje membezakan kami hahahaha dan ada juga yang masih single mingle ehemm ehemm..siapa? biarlah rahasia hahahaha..
Sebenarnya lama kami semua pakat plan nak jumpa, tapi kerana kesibukkan Sis ko ni dengan media review #BuffetRamadhan, maka asyiklah tertangguh perjumpaannya, dan akhirnya semalam setelah tengok jadual, malam semalam Sis free dan ada juga antara kami pun free, so berjumpalah kami semua.
Semua pakat bertemu di Banafee Sri Alam. Cuma...bila dah sampai sana, rasa agak tidak selesa sikit sebab ada live band, so agak bising sikitlah kalau nak berborak, kena kuat sikit suaranya dari hujung ke hujung hahahaha. Lepas ni kena cari port senyap sikit, senang nak borak hehehe.
Kalau dah jumpa mesti ada makan-makannya. Kebetulan ini pertama kali ke Banafee Sri Alam ni, makanya, blur juga nak makan apa. Di sebabkan dalam menu tu ada menu-menu rekomen dari Chef, so masing-masing pun cubalah Nasi Ayam Penyer dan juga Chicken Chopnya.
Menu semua nampak sedap, tapi memang sedap. Nasi Ayam Penyet dia pun sama, sambalnya pun sedap, sama juga Chicken Chop tu, kawan-kawan Sis kata sedap. So lepas ni bolehlah cuba lagi. Sis ko makan Kue Tiaw Goreng (tak amik gambar sebab biasher-biasher aje) hehehehe...
Kalau dah jumpa, memang kami ni berborak tak sudah. Dan yang mesti buat, apalagi, bergambar di semua ceruk hahahaha..bergambar itu wajib, buat kenang-kenangan di hari tua esok. Dari mula sampai, tengah makan, habis makan, dari dalam, bawa ke luar, kemudian ke parking, tak sudah-sudah lagi ceritanya hahahaha..lawak betul..nasib baik tak sambung pulak dalam kereta hahahaha
Kalau di ingat-ingat kembali waktu sekolah, macam-macam hal, kelakar pun ada, kami semua ada yang satu kelas dari sekolah rendah ke sekolah menengah, sori, geng ponteng sekolah takde sini, tapi kalau geng kelab badan uniform, geng disiplin dan geng kesayangan cikgu ada hahahaha. Sis ko sorang je lerr yang kaki monteng sekolah dulu, tapi tak panjat pagar okay, Sis ko brutal je selamber jee keluar pagar sekolah pintu belakang, pengawas pun kecut perut nengok Sis ko jegil bijik mata..hahahaha ..macam nampak hantu agaknya.
Kenangan zaman sekolah dulu memang tak boleh dilupakan, tak akan ! semua orang akan ada kenangannya sendiri, walaupun selepas SPM aje Sis ko dah berkahwin tapi kenangan zaman sekolah tetap ada. Yer, antara semua tu, Sis ko paling awal berkahwin, dan anak Sis ler yang paling besar antara kawan-kawan sekolah semua, dah nak menimang menantu pun yer hahahaha. Okaylah tu, nanti geng-geng sekolah semua datang..dah macam reunion nanti, alahaiii meriahnyaa kann..insyaAllah ..
Moga Allah pelihara persahabatan kita semua hingga ke Jannah..
Al-Fatehah juga buat sahabat kami yang telah pergi Mohd Syukri. Engkau tetap di hati kami semua.
Ni dia ketua Geng kami, abang Parkson tapi tak lama lagi jadi abang Sogo ek hahahaha..
Dia ni kalau ada apa-apa event geng kami, dialah jadi 'plannernya' takde dia, susah kami semua hehehehe.
Ada yang nak berkenalan? Meh PM tepi Sis hahahaha..
Aku tunggu lagi 10 hari tau Zammm hahahahahah... 😜
P/S: Opss nak sampuk sikit..Tahniah Blogger Cik Epal dan Jofliam..!! Terbela nasib mereka yang teraniaya. #KesViralSiTopiMerah
Sangat seronok bila dapat terus berukhuwah kan Kak.
ردحذفYerr @PC bukan kata seronok, sahabat yang baik juga adalah rezeki buat kita ...
حذفwoww sis.. lama betul usia persahatan sis dan kwn2 sis tu..
ردحذفYe @Dilah..dulu kini dan selamanya..insyaAllah ...
حذفZaman sekolah palinggg heaven kan..klu dpt geng yg sekepala lagi ar.. tp kdg nk kekalkan persahabatan dr zaman sek agak payah..lbh2 lg bila ada yg dh kawen... Ermm...
ردحذفKannn @Retna..kalau duduk semeja tak habis cite semalam...
حذفBetul, nak kena give and take dengan perangai memasing, alhamdulilah geng aku ni sekepala gila-gilanya hahahaha
Seronok kan dapat jumpa kawan lama macam nie. Kak Sue pun ada juga kawan sekolah yang masih berhubung cuma nak berjumpa tu payah sikit sebab masing-masing jauh..
ردحذفSangat seronok Kak @Sue...kena pulak meamasing semua dekat-dekat dan ada yang dekat aje dengan Lin..tak jumpa tapi dalam group meriah hehehe
حذفNasib baik ada Facebook kan sis. kalau x susah jugak nak jmpa kawan-kawan lama
ردحذفBetul sangat @Mawardi..kalau tidak, entah mana nak cari kawan-kawan lama ...
حذفAssalamualaikum lin...mmg tetap jd kenangan memori di sekolah...best ada geng sekolah dok dekat2 ni,boleh buat gathering mcm ni..kalau mama jauh no nak ke Muo tu semua geng sekolah kat sna...
ردحذفWaalaikumussalam Mama @Maszull...kenangan yang tetap di hati walaupun sampai SPM aje Maa...bertuahnya Lin sebab semua ada di JB, ada sorang aje di KL ..
حذفSebak tiber teringat zaman sekolah
ردحذفKannnn...bila kenangkan kembali, rasa banyak benda nak kasi ulang Kak @Seri ...huhuhu
حذفWoweeiiiiii....I like..xsabar nak tgu event besar thn depan ni...@sis terima menantu hakak yg excited....hahahah
ردحذفHahahahaa...insyaAllah doakan aje laaa moga dipermudahkan yer...
حذف